BAB 8

7.8K 285 5
                                    

"Mummy, Ed rasa macam dah lama Ed tak balik rumah lama. Esok Ed nak pergi sana boleh? "Soal Edlynn. Kepalanya diletakkan pada riba mummy. Saja nak bermanja dengan mummy malam ni.

"Pergilah. Mummy tak halang pun. Nak pergi dengan siapa? "
"Soranglah. Nak ajak siapa lagi? "Jawab Edlynn. Tangannya bermain dengan hujung baju tidur mummy.
"Ajaklah Ian. Dia bukan pergi mana pun. Nanti mummy suruh dia bawa kamu. Takkan nak naik skateboard kamu tu kan. Jauh tu. "Ujar Mummy. Kenapa lah hidup kau tak boleh kisah dengan mamat lembik tu. Edlynn tersenyum kecil.
"Kamu suka tinggal kat sini? "Soal mummy.
"Suka. Mummy baik. Daddy pun baik. Cuma Ian je lah. Suka cari pasal dengan Ed."
"Biasa lah tu. Anak tunggal. Kesepianlah tu. "
"Apa kata mummy bagi adik kat Ian. Ed pun nak adik lagi. "Usul Edlynn.
"Ishh. Merepek kamu ni. Kamu tu sepatutnya bagi mummy cucu. Kan kamu dah besar. Dah boleh kahwin, jadi mak orang dah. " gurau mummy.
"Ee.. Tak naklah kahwin awal. Tak advanture langsung. Ed nak jadi fashion designer yang terkenal dulu baru nak kahwin. Baru ada income. Nanti tak lah terumbang ambing hidup Ed."
"Apa susah? Kahwin je dengan Ian. Kamu duduk senang lenang je kat rumah. "Usul mummy. Pantas Edlynn menggeleng laju.
"Tak nak lah mummy. Ian tu dah lah lembik. Baru langgar sikit, jeritnya macam nak terberanak. Lagipun, Ian tu bukan taste Edlynn. Ed nak yang sado, ada six pack, muka hensem, kaya dan pandai buat lawak. Tak adalah hidup Ed bosan. Lain benar dengan Ian. Dah lah tak hensem, bajet macho, lembik lepas tu suak cari pasal dengan Ed. Simpang malaikat 44. Kalau tak ada lelaki nak dekat Ed pun, Ed sanggup kahwin dengan beruk daripada Ian. "Kutuk Edlynn.
"Amboi, kutuk habis anak mummy ni. Kamu belum jumpa half side dia yang lain. Terkejut kamu nanti. "Ura-ura mummy.

***

Edlynn melangkah masuk ke dalam rumah usang milik mak dan abahnya. Dibina hasil titik peluh daripada kedai pakaian kecil milik mereka. Habuk melekat tebal di segenap ruang. 'Kena kemas ni'. Danial terbatuk-batuk tatkala memasuki rumah tersebut. Alahan dengan habuk. 'Lembik'.

"Aku nak kemas rumah. Kalau kau tak tahan sangat, duduk luar main CoC sana. Jangan menyibuk. Nanti sakit, aku juga jadi mangsa." Awal-awal lagi Edlynn sudah memberikan amaran kepada Danial. Danial hanya akur. Dia mengambil tempat di bangku di hadapan rumah. Redup. Danial mengeluarkan iPhone 8 Plus Gold miliknya. "Aku tak pernah Ed main dengan telefon. Dia tak ada telefon ke? "Soal Danial sendiri. Persoalan hanya dibiar sepi. Laju dia membuka aplikasi Instagram. Ada 10 followers baru. Followernya meningkat kepada 1.9m.Salah satunya Tiara. Baru keluar dengan aku sekali, dah menggatal. Dia membuka wallnya. Ada 19 keping post. Semuanya hipster. Nak buat story lah. Pantas Danial merakam pemandangan di rumah usang Edlynn.

"Hai, hari ini kena temankan si pendek bersihkan rumah. Itu pun si pendek. "Danial melambai ke arah Edlynn yang sedang menyapu lantai. Telefonnya dihalakan ke arah Edlynn yang bingung itu. Danial tertawa kecil. Story. Done. Nak upload picture lah. Danial berlari ke arah Edlynn.

"Ed,senyum."pinta Danial. Serentak itu, punat kamera ditekan. Gambar Danial tersenyum dan Edlynn yang bingung.

"Eh, apa kau buat? " jerit Edlynn. Danial berlari semula ke bangku tadi. Gambar itu diedit supaya bertambah cantik. Captionnya ialah ft si pendek. Post. Dalam masa 10 minit sudah ada 1k likes. Ada juga komen.

Siapa perempuan tu?
Why perempuan tu hodoh sangat?
Hensemlah you ni. Lagi hensem kalau you amik gambar dengan I.
Macam aku kenal perempuan tu.

Mampus. Umar. Si buaya tembaga. Padahal dua-dua sama. Tak sedar diri. Aplikasi instagram ditutup. Icon Whatsapp dibuka. Nama Umar dicari.

Danial
Kau jangan nak dedahkan identiti Ed kalau ada sesiapa tanya.

Umar
Ok. Tapi apa kau buat kat rumah Ed. Kau jangan memacam. Ed tu innocent. Tak sama dengan perempuan yang pernah kau tackle.

Danial
Tak ada apa-apa. Kitorang buat kerja sekolah sama-sama.

Goreng habis si Danial. Takut kantoi.

Umar
Yelah tu. Macam tak boleh percaya je cakap kau ni. Oklah.aku tengah teman Datin Sri Mariam membeli-belah. Penat tau tak tunggu dia. Chau. Dia dah panggil dulu. Nasjb orang tak cakap gigolo. Kalau tak jatuh saham aku.

Danial
Oklah. Bye.

Aplikasi tersebut juga ditutup. Lama lagi ke? Danial mengerling jam Fossil miliknya. Baru pukul 11 pagi. Tadi sampai sini pukul 9. Dah dua nak jam. Banyak lagi ke belum kemas. Kalau aku tolong, memang cari bala. Mahu ruam badan seminggu. Danial membuka aplikasi instagram. Ada beribu notification. Kebanyakan likes post tadi. Comment pun banyak. Ada satu yang menarik hatinya.

Edlynn Adrianna Tan Sri Kamal Edri. Tunggu kau.

Danial berasa pelik dengan komen itu. Kenapa dia letak Tan Sri pada nama bapa Edlynn? Siapa dia pada Edlynn? Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya.

"Hoi! Berangan pula. Jom, pergi IKEA. Aku nak tengok perabot untuk butik aku nanti. "Sergah Edlynn. Danial tersentak. Hanya mengangguk kecil. Ngauman Audi R9 kuat membelah jalan. Destinasi. IKEA.

***

"Aku nak sofa ni juga. Cantik lah. "Rayu Edlynn. Danial menggeleng laju. Jari telunjuknya dihalakan pada sebuah sofa L berwarna merah. Edlynn pula yang menggeleng.
"Tak lawa lah. Warna hitam lagi lawa. "Bantah Edlynn. Tangannya di silangkan. Mukanya cemberut. Bukannya aku guna duit dia.
"Akak, saya nak sofa ni dan itu. Meja ini. Lampu chandelier itu. Almari itu, saya nak 5. Nanti hantar kat alamat ini." Laju Edlynn memberitahu barangan yang dia perlukan. Tanpa megambil sofa pilihan Danial.
"Akak, saya nak sofa merah itu sekali. Isteri saya ni memang cerewet sikit. " Kata Danial. Edlynn membesarkan matanya. Ewah, siapa isteri kau. Tangan Danial pula sudah melingkar pada pinggang ramping Edlynn. Pantas Edlynn menumbuk perut Danial. Lain kali jangan cari pasal dengan Edlynn Adrianna. Kalau tak nak sakit.

"Siapa nak bayar sofa itu? Aku dah buat bajet tau. " kata Edlynn. Di dalam banknya hanya tinggal 20k untuk membeli kelengkapan butiknya. Mana dia nak korek jikalau bajetnya lari. Duit pampasan abah sudah habis digunakan renovate butiknya.
"Jangan risau aku belanja. Tapi sofa je lah. Yang lain kau bayar sendiri. Aku bukan kaya pun, yang kaya daddy. Hehehe... "Sengih Danial. Buat sakit hati je. Ingatkan nak belanja. Kalau tak jimatlah sikit.
"Puan, ini resitnya. Hantaran akan dibuat pada keesokan hari lantaran kakitangan kami yang tidak mencukupi. Maaf. "Kata akak yang melayan kami tadi. What? Puan! Aku baru 17 tahun lah. Danial punya pasal lah . Tak memasal aku dapat gelaran Puan. Edlynn menjeling Danial yang tersenyum lebar. Eeee... Macam nak penyekkan je dia tu. Sabar je lah.
Nasib baik butik dah nak buka. Kalau tak aku hayun sofa tu masuk mulut dia.

---------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-



ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now