bab 18

6.6K 256 3
                                    

Matahari terbit memancarkan sinar paginya. Bunyi burung-burung berkicauan mencari rezeki untuk anak-anak burung yang masih kecil. Alunan muzik alam semula jadi menjadi penghalwa telinga. Edlynn tersedar dari lena yang panjang. Terkejut melihat wajah Danial yang hanya seinci darinya. Tangannya pula enak memeluk tubuh hangat Danial. Nasib baik dia belum sedar. Edlynn bangun dan mengeliat panjang.

Lenguhnya tidur duduk. Edlynn meninjau kawasan sekitar untuk mencari air. Mana tahu boleh dibuat minum. Namun tiada punca air pun.

Ahhhhh.

Danial sudah bangun. Dia melihat sekeliling. Edlynn sedang mencari sesuatu. Dia tersenyum kecil.

"Kau cari apa tu Ed? " Edlynn tersentak. Baru perasan Danial sudah bangun.
"Cari jalan keluar"bohongnya.
"Ya ka? Kalau nak cari air, cuba kau tadahkan air guna daun tu. "Arah Danial. Jarinya ditunjuk pada daun pokok beri.. Edlynn membuat muka pelik. Biar betik.

Danial hanya tersenyum sambil mengangguk. Edlynn membuat seperti yang disuruh. Titisan embun mulai bertakung pada tadahan daun. Edlynn menghirup sedikit titisan embun tersebut. Segarnya.
"Kau tak nak ke? "Tanya Edlynn.
"Aku tak larat nak bangun. "Balas Danial.
Edlynn tersengih. Dia memetik daun yang terdapat tadahan air embun dan melangkah ke Danial.

Daun tersebut dihalakan pada mulut Danial. Dihirup sedikit air tersebut. Lega tekaknya yang kering sejak semalam.

"Danial!! Edlynn"

Edlynn dan Danial memandang ke arah bunyi tersebut. Edlynn meninjau kawasan sekeliling. Ternampak Umar dan Faiz.

"Faiz. Kat sini. "Edlynn melambai ke arah Faiz yang kebetulan melihat kawasan tersebut.

"Ed"jerit Faiz. Pantas Faiz dan Umar melangkah ke arah Edlynn.

"Apa jadi ni? Kenapa Ian macam lemah je ni? "Soal Umar.
"Jangan banyak tanya. Bawa kitorang balik cepat. Ian kena dirawat tu. "Arah Edlynn . Pantas Umar memapah Danial. Jaket dipakaikan pada tubuh Danial. Faiz mendukung Edlynn yang juga kelihatan lemah.

Tiba sahaja di tapak perkhemahan, Edlynn dan Danial diberi rawatan. Pelajar dari sekolah lain sudah pulang memandangkan semalam patutnya mereka habis perkhemahan tersebut. Cuma tinggal beberapa pelajar VPHS yang menolong mencari Danial dan Edlynn. Tiara masih tinggal di situ bersama Rose kerana bimbang akan Danial. Natalia dan F4 juga masih ada. Bersama Mr. Eric dan Mrs. Jennifer.

Mujur duri tersebut tidak dalam tusukannya . Edlynn yang keletihan diberi minuman dan makanan. Disuruh berehat dahulu sebelum bergerak pulang ke KL.

"Kau ni, memang suka menyusahkan hidup orang kan? Buat -buat tersesat konon. Padahal nak menggedik dengan Danial. Tengok. Apa jadi kat Danial? Kau ni memang bitch! "Tiara yang masuk ke khemah rawatan Edlynn terus menghina Edlynn. Ditunjal-tunjal kepala Edlynn.

"Memang perempuan tak sedar diuntung. Perampas kekasih orang." Hina Tiara lagi. Hatinya masih belum puas kerana dimalukan di dalam bas. Sepanjang perkhemahan pula, Danial mengelakkan diri daripada Tiara.

"Cakaplah apa kau nak cakap. Aku dah malas nak layan kau. Ambillah si Danial tu. Sekarang, boleh berambus tak? Penat otak aku melayan kau. "Perintah Edlynn. Dia memicit kepalanya yang pening.

"HEY,BITCH.DENGAR SINI. TENGKU DANIAL HAFIZ PARK CUMA MILIK TENGKU TIARA JACQUELINE SEORANG. KAU TU PEREMPUAN SAMPAH!! TAK LAYAK UNTUK DANIAL!! "

Pangg!!!

Faris menampar kuat pipi Tiara. Dadanya berombak menahan marah.
"Jangan kau berani nak hina kawan aku. Sekali lagi aku dengar kau hina Ed. Penumbuk pula makan kau. "Faris bersuara kuat. Menengking Tiara yang sudah kecut. Air matanya mulai bergenang sebelum keluar dari khemah rawatan.

"Kau ok, Ed? "Soal Faris. Dia merapati Edlyy.
"Aku ok sebelum kau masuk. Ini ke perangai kau dengan perempuan? Dayus? Sanggup kau pukul seorang perempuan? "Kata Edlynn. Walaupun dia benci dengan Tiara namun dia tahu Tiara tu perempuan. Sama macam dia. Lemah.

"Aku.. "
"Dah lah. Kau keluarlah. Aku lagi pening tengok kau. "

Faris hanya melihat Edlynn yang sudah baring menyelubungi dirinya. Dengan kecewa, dia membawa diri keluar.

                                   ***

Minggu peperiksaan.

Teruk juga Edlynn berpulun untuk memastikan dia mendapat keputusan yang cemerlang. Impiannya sebagai fashion designer perlu digapai.

"Edlynn Adrianna. Jangan tidur. "Kata Danial. Oh lupa pula. Edlynn sedang mengulang kaji pelajaran bersama Danial. Edlynn menguap besar apabila matanya mulai kuyu. Walaupun exam Physics lusa, namun dia harus mengulang kaji lebih awal.

"Edlynn Adrianna. Sebutkan simbol bagi temperature? "Soal Danial tetiba.
"Suhu. "Jawab Edlynn merapu. Maklumlah mata dah kuyu.
"Woi. Kau merepek apa? "Jerkah Danial. Namun, Edlynn makin sedap diulit mimpi. Tambahan pula air con di perpustakaan mini yang sangat sejuk membuatkan Edlynn makin rasa inging tidur.

"Ian. Kenapa belum tidur lagi? "Soal mummy dari daun pintu. Mukanya kelihatan sangat mengantuk. Yelah dah pukul 3 pagi kut.
"Belum, my. Tengah study. Kan last paper lusa. Tapi Ed ni. Dah tidur dulu. "Jawab Danial. Telunjuknya ditunjukkan pada Edlynn yang sedang lena.
"Pergilah tidur dulu. Esok sambung lagi. Jangan paksa diri. Pergi angkat Ed masuk bilik sana. Mummy pun nak sambung tidur. Baru pukul 3 pagi. "Arah mummy sebelum menghilang. Ke kamar beradunya.

Danial mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja. Tubuh keding Edlynn dicempung masuk ke dalam bilik.
'Penat eh sayang belajar. Ini kan demi cita-cita sayang juga'ucap Danial di dalam hati. Hatinya berasa sejuk melihat Edlynn yang kelihatan polos semasa tidur. Berlainan dengan waktu terjaga. Dia mencium lembut dahi Edlynn sebelum keluar bilik.

                                         ***

"Apa soalan ni? "Getus Edlynn di dalam hati. Masa hanya tinggal 10 minit. Mujur soalan lain telah dijawab. Tinggal soalan ini sahaja. Soalan 10 markah.

Dia merenung soalan yang diberikan.

A company wants to make a pile contractor.
Within your knowledge, describe how  to make a pile contractor.

Modification questions . Soalan paling aku tak pandai buat. Hentam jelah. Masa pun tinggal 5 minit.

Edlynn menjawab soalan tersebut dengan segera. Tak kisahlah jawapan merapu ke asalkan siap.

"Times up. Puts your pen down. Make sure you have write your name. I will collect your answers now. "Ucap pengawas peperiksaan tersebut. Edlynn menghela nafas lega. Peperiksaan O-level sudah berakhir. Bolehlah lepas ni uruskan butik yang terbengkalai itu.

Masing-masing keluar dari dewan peperiksaan dengan gembira. Yelah. Dah habis exam.

"Ed. Jom gi mall. Kita raikan kebebasan kita. "Ajak Umar. Danial, Faiz,Rayyan dan Natalia turut serta. Edlynn hanya mengangguk.

"Yang bayarkan untuk aku nanti kan Ian"
Gurau Edlynn. Skateboard nya masih dipegang.

"Banyak cantik muka kau. "
"Muka aku memang cantik. Bolehlah, bang... "Edlynn membuat suara paling gedik kepada Danial. Semata-mata untuk belanjanya.
"Yelah. Nanti aku bagitau mummy susah aku. "Kata Danial. Semua tertawa mendengar penyataan Danial.

Kling

Kalau kau nak tahu siapa parents kau sebenarnya, kenal dulu siapa Tengku Badli Shah.

What? Apa kaitan dengan daddy?

"Ed. Jomlah. "Ajak Danial. Edlynn yang termangu-mangu tidak tahu apa-apa menuruti Danial.

'Ehm... Makin rapat kau dengan musuh kau. '

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora