bab 24

6.7K 252 1
                                    


Penthouse yang baru dipindah masuk awal bulan lepas ditenung. Ini ke rumah aku. Bersepah nak mampus. Bantal kusyen bersepah di ruang tamu. Majalah fesyen bertaburan di sekeliling meja kopi. Tingkap pun berdebu. Haih, misi membersihkan rumah ke? Edlynn mengemas segala barang yang bertaburan di atas lantai. Bulu ayam digunakan untuk menghilangkan debu di sofa. Lantai disapu kemudian dimop. Setelah itu, divakuum. Mujur ruang tamu je yang bersepah. Kaki yang patah sudah mulai sembuh. Natalia pun sudah kembali ke pangkuan Umar.

Penthouse yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi dibeli dengan titik peluh selama 12 tahun dalam dunia fesyen. Kini, Edlynn cuma perlu tenang dan menunggu dipinang. Ceh, siapa nak pinang anak dara tua ni?

Deringan lagu Youth oleh Troye Sivan dari iPhone Os  Prime Plus rose gold menyentakkan Edlynn yang sedang bermimpi dipinang anak raja.

"Hello"
"Ed. Jenguk daddy untuk aku. Aku kat Colombia ni. Doktor cakap dia tengah nazak. Aku tak boleh balik sekarang. Tolong eh. Bye. " Danial lantas mematikan panggilannya sebelum kembali menjalankan misi di Columbia.

Edlynn kehairanan. Yelah. Aku kan dah maafkan Daddy. Pantas dia menyarung sweatshirt berwarna hitam dan skinny jeans berwarna hitam. Nike Roshe highcut berwarna putih disarung. Kunci kereta Lamborghini Aventador Pro berwarna metalik hitam diambil sebelum kereta tersebut dibawa meluncur laju ke IJN.

                                  ***
"Daddy.. "Panggil Edlynn. Sayu hatinya melihat wayar yang berselirat ditubuh daddy. Mesin bantuan pernafasan juga dipasang. Mata daddy yang terbuka kecil sempat menangkap figura Edlynn. Tersenyum dia.

"Ed.. Daddy... Dah... Lama... Tunggu... Ed. Masa... Daddy dah... Tak... Lama... Ed kena... Tahu kebenarannya... Cari... Helmi Mokhtar.... Ayah saudara tiri Ed... "Gigih daddy menyampaikan amanat terakhirnya. Jari sejuk daddy digenggam.

"Daddy. Ed dah maafkan daddy. Ed tahu Ed tak patut simpan dendam ni. Dia cuma memakan diri je. Daddy. Ed sayang daddy. "Luah Edlynn. Airmata mulai bergenang.

Daddy tersenyum kecil.

"Daddy. Ian tak dapat datang. Dia kena menjalankan tugas untuk negara kita. Untuk agama kita. Daddy jangan kecewa. Ed ada. Ed ada untuk daddy. "Kata Edlynn. Air mata mengalir laju membasahi pipi.

"Ed... Janji.... Kahwin..... Ian... "Pinta Daddy. Edlynn terkejut namun ditahan. Hanya mengangguk.

Beep... Beep...

"Daddy... Kenapa ni? Daddy jangan tinggalkan Ed. Ed dah tak ada sesiapa. Daddy ikut Ed ngucap. " Edlynn mengajar daddy mengucap. Namun hanya mampu menyebut Allah sebelum malaikat Izrail mancabut nyawanya. Ditutup mata daddy. Doktor dan nurse juga dipanggil.

Edlynn menahan air matanya dari mengalir lebih laju. Mesti daddy tak nak tengok aku lemah macam ni. Dia mendail nombor Danial namun dimatikan. Mungkin Danial sedang menjalankan misi. Tak apa. Danial mesti kuat untuk menerima berita itu. Hanya ditinggalkan mesej untuk menelefonnya semula selepas semuanya selesai.

"Cik ni waris pesakit ke? "Soal nurse yang menguruskan daddy.

"Ya. Saya anak angkatnya. "
"Cik nak pihak kami uruskan atau pihak cik? "Tanya nurse itu.

"Boleh uruskan jenazah mangsa secepat mungkin tak? Kalau boleh asar dah tanam. Saya tak nak ayah saya tersiksa macam ni. "Pinta Edlynn. Nurse tersebut hanya mengangguk.

Urusan pengebumian jenazah daddy berjalan lancar. Umar sendiri mengetuai solat jenazah daddy. Danial masih belum dapat dihubungi. Selepas solat asar, jenazah dimakamkan di tanah perkuburan islam di Masjid As-Soffa. Natalia turut hadir menenangkanku. Bacaan talkin dan yassin sayu diperdengarkan di tanah perkuburan itu. Usai itu, Edlynn menyiram air mawar ke pokok puding yang ditanam di kubur daddy. Bersebelahan kubur mummy.

"Mummy, Ed datang ni. Ed nak minta maaf sebab tak sempat nak jumpa mummy sebelum mummy meninggal. Cuma satu je Ed harap. Semoga Mummy dan Daddy tenang kat sana. Ed bahagia di sini. Danial pun. Danial sedang berbakti untuk jalan Allah mummy. Mummy mesti bangga kan. Ed pun bangga ada abang macam tu. Mummy, Ed ada hadiah untuk mummy. "Edlynn membacakan surah Yassin untuk mummynya. Natalia, Umar, Rayyan, Faiz, Boy dan Maya setia disebelahnya. Juga membacakan surah Yassin untuk mummy.

                                       ***
"Alhamdulillah. Daddy pergi dengan tenang. Nanti dah selesai kerja aku kat sini, aku balik Malaysia. Aku nak lawat daddy dan mummy. "Ucap Danial dari Columbia. Sedikitpun dia tidak mengalirkan airmata malahan dia mengukir senyuman kerana daddy berjuang hingga ke akhir hayat dan Ed sempat minta maaf kepada daddy.

"Ian. Kenapa kau tak sedih? "Tanya Edlynn dari Malaysia.
Danial tersenyum.
"Kenapa nak meratapi pemergian mereka? Makin terseksa diorang nanti. Better aku sedekahkan Al-Fatihah but diorang. "Uajr Danial.

"Rupanya kau tak lembik sangat pun. Kau lagi tabah dari aku. Aku salute dengan kau. "Kata Edlynn.

"Apa je daddy pesan lagi selain cari ayah saudara tiri kau tu? "Soal Danial.
Edlynn terkedu. Takkan nak cakap.

"Dia cuma pesan kat anak lelaki dia yang lembik supaya kahwin cepat. Dah tua bangka tak kahwin lagi. "Sindir Edlynn.

"Eh. Edlynn Adrianna. Awak sedar tak kita ni sebaya. 29 tahun. Ok lagi. Belum masuk 3-series. Lainlah kau. Lepas masuk umur 30-an,siapa je nak kau."kata Danial.

"Alah. Aku tengah tunggu anak raja pinang aku. Kalau boleh nak Putera Mahkota Johor lah. Hensem dowh. "Edlynn membayangkan wajah Putera Mahkota Johor yang sangat hensem.

"Berangan lah kau. Ed. Mintak tolong boleh? "Tanya Danial. Lemah lembut sekali suaranya.

"Tengokkan Paradigma Group. Aku dah suruh Rizuan tolong tengokkan syarikat tu. Tapi aku nak kau tolong jenguk-jenguk syarikat tu. "

"Rizuan tu siapa? "Soal Edlynn. Biskut Marie digigit sedikit sebelum dikunyah. Matanya memandang skrin TV  HD lengkung miliknya.

"Sepupu aku. Dialah yang tolong aku uruskan syarikat. Eventhough ada Raycarl iaitu anak sharepartner Paradigma Group. Raycarl tu entahlah. Aku tak percayakan dia. Dia macam ada main kotor. Tapi aku belum ada bukti. Kau tolong eh. Nanti aku inform kat Rizuan." Kata Danial. Askar bawahan sudah mengisyaratkannya supaya bersedia.

"Ed. Aku letak telefon dulu. Bye. "Danial mematikan telefonnya dan disimpan di lokernya. Dia harus bersiap sedia dengan musuh yang akan menyerang mereka.

Edlynn menatap skrin iPhone Os Prime Plus rose gold miliknya. Huishh, nasib tak cakap pasal daddy nak aku kahwin dengan Ian. Apa cerita aku kena kahwin dengan Danial?
Siaran The Awaken Dragon di televisyen dilihat semula. Best apa cerita tu? Cerita kuasa -kuasa. Bestnya kalau ada kuasa magic.

-----------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now