Bab 47

7.3K 216 1
                                    

Maota Barat.
19 April 2030.

"Macam mana keadaan kawasan pengeboman? Di mana penduduk dipindahkan? "Bertalu-talu soalan ditanya kepada seorang askar berpangkat Kapten.

"Keadaan dilaporkan selamat, Mejar. Penduduk pula telah selamat dipindahkan di kawasan Maota Barat Daya. "Lapor Kapten itu.

"Baiklah. Sila pastikan tiada yang memasuki kawasan pengeboman sehingga siasatan selesai dijalankan. "Arah Danial. Kapten itu mengangguk laju sebelum memberi tabik hormat kepada Danial sebelum Danial membalasnya.

Pantas Danial melangkah kearah Emir yang sedang menggodam kawalan keselamatan kawasan Maota Barat itu.

"Macam mana? Dapat kesan siapa dalangnya? "

"Sudah, tuan. Pihak polis sedang mereman suspek untuk siasatan lanjut. "

"Shahril? "

Emir menggeleng.

"Bukan, tuan. Dipercayai suspek mempunyai sejarah silam dengan kawasan Maota Barat dan ingin mengebom kawasan ini untuk melupuskan kenangan silam yang pahit. "Terang Emir.

"Siapa? "

"Suspek bernama Eric Jung. Seorang warga Korea Selatan yang berhijrah ke Maota. Suspek merupakan seorang novelis. Menurut laporan kesihatannya, suspek dipercayai mempunyai gangguan mental akibat kenangan silam tetapi jarang mengikuti program pemulihan. "

Danial meneliti gambar Eric Jung yang dipaparkan di PC dihadapannya.

"Zoom."Emir menzoom gambar suspek tersebut.

"Macam pernah nampak. "Gumam Danial.

"Hah? "

"Kau ingat tak, cleaner kat depoh tahanan yang aku cakap muka dia macam Lee Dong Wook tu? Aku rasa ni orang yang sama. "Tajam mata helang Danial melihat paparan itu.

"Kau pasti? Kalau macam itu, suspek bukan sengaja mengebomkan kawasan Maota Barat yang terpencil ini atas tujuan menghapuskan kenangan silam tetapi... "

"Kambing hitam!!! "Kata Danial dan Emir serentak.

Pantas Emir menaip papan kekunci komputer itu untuk mendapatkan kepastian.

"Danial, ingat tak bila tarikh kau jumpa suspek? "Soal Emir.

"Tak silap aku, masa kita ada lawatan rasmi dari Perdana Menteri Berlin. 20 Mac!! "

20 Mac 2030.

"Pukul berapa kau terserempak dengan dia? "

"Around pukul 2 petang. Kat depan tandas. Tingkat 5."

Klik!

Terpampang rakaman cctv di hadapan tandas tingkat 5 depoh tahanan Penjara Maota Barat.

Seorang cleaner sedang membersihkan kawasan luar tandas sebelum seorang lelaki memasuki tandas tersebut. Cleaner itu beralih tempat untuk membersihkan kawasan dalam tandas. Seorang lelaki yang berpakaian cleaner keluar dari tandas. Berpura-pura membersihkan kawasan luar tandas.

Emir dan Danial datang untuk melepaskan hajat di tandas. Selepas beberapa ketika,mereka berdua pun keluar. Sempat Danial mencuri pandang wajah cleaner itu.

Selepas beberapa langkah Danial dan Emir meninggalkan tandas, cleaner itu berlalu ke arah lokap yang menempatkan beberapa tahanan berprofil tinggi.

"Apa motif suspek ke lokap? Dia ada kenal tahanan ke? "Soal Emir.

"Kau fikir tak apa yang aku fikir? "Soal Danial. Emir mengerutkan dahinya. Tanda tak faham.

"Maksud kau? "

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now