bab 33

6K 227 0
                                    

Tidak lepas mata Danial melihat Edlynn yang ayu berbaju kurung. First time kut. Sopan je. Macam perempuan Melayu terakhir. Comel je.

Edlynn tidak senang duduk melihat Danial. Nak breakfast pun tak senang. Diperhatikan sahaja oleh Danial.

"Janganlah tenung aku je. Makan nasi goreng tu. "Arah Edlynn. Dia menyuap nasi goreng ke mulutnya. Danial masih ralit memandangnya.

"Danial Hafiz!! "
"Ya, aku makan. Tak boleh lepaslah tengok kau. Lawa sangat. Macam nak ajak kahwin esok je. "Usik Danial seraya mencubit pipi Edlynn.

Edlynn menggosok bekas cubitan itu. Ingat aku ni teddy bear ke?

"Dah cepat. Aku nak pergi kerja. Lainlah kau tak kerja. "Edlynn meminum teh o panas sebelum mencapai beg tangannya. Bangun dan mencapai heels yang dipakai malam tadi. Dress tadi malam hanya dibiarkan di rumah itu sahaja. Lain kali ambil.

"Aku pergi dulu. "Ucap Edlynn. Danial hanya mengangguk.

"Lunch nanti aku ambil kau. "Arah Danial.
"Tak payah. Aku busy. Kau free kan? "Soal Edlynn. Terhenti langkahnya untuk ke kereta. Sebelum berpusing. Memandang Danial. Danial mengangguk laju.

"Ha, Bagus. Nanti tolong settlekan apa yang patut dengan Clara. Tahukan Butik Clara? Nanti kau pergi sana. Sorry, aku busy gila. 2 weeks more, my fashion show in Paris. I'm busy handle it now. Tolong eh? Bye. "Ucap Edlynn sebelum Lamborghini Aventador miliknya laju membelah jalan.

Danial masuk semula ke dalam rumah. Nasib baik hari ini aku free. Bolehlah nak jumpa Clara. Kesian juga kat Ed uruskan seorang diri.

Deringan ringtone Danial mengejutkan Danial. Rizuan. Dia pantas mengangkat panggilan tersebut.

"Hello. "
"Hah, Danial. Kau boleh datang office tak? Ada pelabur nak tarik balik usahasama. Aku tak pandai nak settle. Raycarl pun ak ada ni. Selama Raycarl yang tolong. Boleh eh? Aku tak tahu apa yang diorang tak puas hati. Lagipun pelabur tu Raycarl punya. "Terang Rizuan tanpa basa-bai. Straight to the point.

Danial berfikir semula. Clara ke office?
"Ok. Lagi 30 minit aku sampai. Kau lengahkan masa pelabur tu. "Danial terus meletakkan gagang telefon. Pakaian kasualnya ditukar kepada pakaian pejabat. Kot hitam dan seluar slek. Mujur kemeja sudah digosok.

"Hello, Clara. Hari ni saya dan Edlynn tak boleh hadir. Tukar hari lain boleh? "
"Boleh. Lusa I free. Boleh? "
"Yeah. Thank you. "
"Welcome. "

Danial terus melangkah ke Audi TT 9 miliknya. Sebelum meluncur laju ke Paradigma Group.

Semua orang yang melintas di hadapan Danial menundukkan kepala. Danial hanya tersenyum. Dia sudah lambat. Kalau lambat lagi berkemungkinan besar pelabur akan lari dan syarikat akan kerugian besar.

Semput dia mengejar masa. Nafas diambil sebelum pintu bilik mesyuarat dibuka. Beberapa orang pelabur sedang runsing. Rizuan cuba menenangkan pelabur yang runsing itu.

"I'm sorry. My bad. Can I know what exactly happen? "Soal Danial setelah mengambil tempat di bahagian tengah meja mesyuarat.

"Mr. Danial. I know you are so busy with your army. But please take care about your company. We had some big troubles. "Ucap Dato' Ja'afar. Danial mengangguk. Fail mengenai isu ini dibuka.

"We heard  some rumours. About you COO.  He's psyco. How can he become a COO? "Soal Dato' Usman.

"And we also heard there's a conspiration. Raycarl was betrayed us. He  corrupted. "Terang Dato' Ja'afar lagi.

"What? How can be? Ok, calm down. I will settle this matter. Don't ever take action yet. And please be loyal to our company. I'm begging you. "Rayu Danial.

"Ok. But make sure you all this matter. I want  heard good news only."Danial mengangguk. Para pelabur keluar dari bilik mesyuarat.

Danial mengurut kepalanya. Pening dia memikirkan. Danial memandang Rizuan yang setia di sebelahnya.

"Sejak bila tahu Raycarl makan rasuah? "Soal Danial.
"Masih dalam siasatan polis. Tapi, sekarang ni Raycarl dah larikan diri. Dato' Helmi dah kena tahan untuk bantu siasatan. "Jelas Rizuan.
"Ok, aku faham. Biar polis buat kerja diorang. "
"Danial. Edlynn suruh aku double check laporan kewangan ni. Aku dah audit laporan ni guna juruaudit luar. Memang ada pencanggahan baki kat kunci kira-kira. Tapi, penyata kewangan balance. Kita rugi banyak. Aku syak ada orang palsukan laporan kewangan lepastu ambil duit syarikat. "

Danial memeriksa fail laporan kewangan itu. Memang ada percanggahan antara penyata kewangan dan kunci kira-kira. Takkan lah akauntan tak pandai buat kerja. Danial memeriksa carta aliran keluar wang syarikat. Megah Padu Sdn. Bhd. 'Sejak bila kita ada kerja sama dengan Megah Padu? '

"Rizuan, Megah Padu ada kerja sama dengan kita ke? "Soal Danial.
"Ada. Tapi cuma projek berskala kecil. Kenapa? "
"Kalau projek kecil, kenapa keluaran wang boleh sampai £ 1 bilion?Banyak kut. Siapa handle projek ni? "Rizuan melihat plannernya.

"Alah, aku tak catat. Kena geledah cari fail pasal Megah Padu. Kejap. Aku cari. "Rizuan terus berlalu ke biliknya.

Telefon bimbit yang berdering minta diangkat. Edlynn.

"Hello. "
"Hello, kau dah pergi? "
"Sorry, aku ada urgent meeting kat office. Lepas ni aku nak pergi pejabat tentera. "
"So, macam mana? "
"Aku dah call Clara. Lusa dia free. Maybe aku free juga. Nanti aku pergi. "
"Oklah kalau macam tu. Kau boleh curi masa datang sini tak? Aku nak ukur badan kau. "Danial mengerling jam tangan jenama Fossil miliknya. 12 tengah hari.

"Esok boleh? Hari ini aku busy gila. Ada hal kat office. Kena settle. Aku janji esok aku datang. "Danial merayu. Rizuan masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Weh, aku kena letak dulu. Aku janji esok aku datang. Bye. "Danial menyimpan telefonnya semula. Rizuan menghulurkan fail berkaitan projek dengan Megah Padu. Cuma pembelian kapal minyak.

"Kapal minyak? Bukan kapal tu berapa ratus juta ke? Macam mana boleh naik harga? Dinyatakan kat sini kapal tu bernilai £1.2 bilion. Dan kos pembinaan kapal pula £ 1 bilion. What the hell? Banyaknya. "Danial masih membelek fail itu. Pembelian kapal diuruskan oleh Raycarl Dato' Helmi Mokhtar.

Raycarl?!

-----------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now