BAB 9

7.5K 303 3
                                    

Ramainya yang berkerumun kat papan kenyataan Victoria Private High School yang terletak di ruang legar sekolah tersebut. Edlynn menapak ke arah situ apabila pelajar mulai surut.

PERHATIAN

Bulan Mei telah dipilih sebagai bulan karnival. Maka pelbagai karnival akan dijalankan.
Minggu pertama:karnival budaya
Minggu kedua:karnival permainan dan sukan
Minggu ketiga:karnival seni mempertahankan diri
Minggu keempat:karnival CINTA.
Oleh itu, semua pelajar perlu melibatkan dalam setiap karnival yang dianjurkan.
Sekian,terima kasih.


Edlynn bersorak gembira. Dah lama tak ada aktiviti macam ini. Tapi kenapa CINTA tu caps lock? Macam manalah rupanya. Tak sabar rasanya. Nat mesti tahu. Edlynn berlari mendapatkan Natalia yang berada di kafe. Breakfast.

"Natalia! "Jerit Edlynn dari pintu masuk kafe tersebut. Semua pelajar menoleh ke arah Edlynn yang tersengih. Edlynn melabuhkan punggung di depan Natalia.

"Weh, dah tahu pasal bulan karnival tu? "Soal Edlynn dengan teruja. Natalia yang berhenti menyuap salad buah kembali menyuapnya. Tidak ambil endah pasal bulan karnival. Sebaliknya iPhone 8c rose goldnya dibelek.
"Nat. "
"Ya. Aku dah tahu. Acara tu memang tahunan. Boring. Mesti acara sama. Malas lah nak join. "
"Alah. Kau tak kesian kat aku ke. Aku ni baru first time nak rasa. "Edlynn mengerdipkan matanya beberapa kali. Acah comel.
"Yalah. Aku teman kau RASA semua yang ada. "Natalia menekankan perkataan rasa. Perli Edlynn. Edlynn bersorak gembira. Mangkuk salad milik Natalia diambil dan menyuap sesudu salad ke dalam mulutnya.

"Woi, salad aku. "Edlynn tersumbing kecil.

***

Minggu budaya

Pelbagai pameran budaya terpamer. Semuanya tidak menarik minat Danial. Matanya tertancap pada Edlynn yang sedang mencuba hanbok, pakaian tradisional masyarakat korea. Comelnya. Terkial-kial Edlynn pakaian tradisional itu. Mujur ada budak yang membantu. Tak apa, sayang. Kau kena biasa dulu sebab aku ni banyak darah campuran. Aku akan pastikan kau pakai semua pakaian tradisional campuran aku-Melayu, Korea, Jepun dan Itali.

"Susahlah,Nat. Dah lah panas. Aku nak try makanan diorang pulak."ujar Edlynn. Natalia hanya akur. Dia memesan mi udon, bibimbap, kimchi, ladu dan ramyeon untuk Edlynn. Mujur diberikan dalam mangkuk kecil. Jika tidak jenuh Edlynn hendak menghabiskannya.

Booth seterusnya ialah Jepun.
Edlynn sudah serik hendak mencuba pakaian tradisional. Maka, dia hanya mencuba makanannya sahaja. Onigiri, takoyaki, dorayaki dan sushi menjadi pilihan. Manakala pengetahuan tentang budaya tradisional masyarakat Jepun tidak dihiraukan. Sebenarnya tujuan adalah untuk mencuba segala makanan yang ada. Secara percuma. Yalah makanan ni akn mahal kalau kat luar. Time ni lah nak rasa. Hehehe. Pandai strategi Edlynn.

Minggu permainan dan sukan.

Uishh... Ini excited sikit sebab ada pertandingan skateboard. Edlynn dengan penuh yakinnya memasuki pertandingan tersebut. Latihan insentif telah dilakukan di gelanggang skateboard di belakang rumah. Baru dibina. Daddy yang baik sangat nak buatkan. Katanya kesian aku kena main kat gelanggang skateboard yang jauh nun kat tengah bandar. Danial pula sibuk nak kacau aku. Menyibuk. Nak ajak main kata tak pandai. Berlatihlah aku sesorang.

"Ed, good luck. Kau menang, hadiah kau nanti bagi aku sikit. Banyak tu £500. Kau £200 ,aku £300." Danial mengusap rambut Edlynn yang diikat satu. Dia bakal mengusul Edlynn ke tempat perlawanan.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon