bab 28

6.6K 242 3
                                    

Sabtu. Edlynn menjawab panggilan telefon yang dari tadi memekik.

"Yosoebseyo? "Edlynn yang masih mamai tiba-tiba bercakap menggunakan bahasa korea.

"Apa yoseobseyo? Dah pukul berapa ni? Penat aku tekan loceng. Better kau bersiap sekarang. "Arah pemanggil itu. Edlynn yang berasa terkejut melihat skrin telefon. LEMBIK.

Edlynn pantas keluar dari katil.

"10 minit. "

Edlynn pantas mematikan panggilan dan meluru ke bilik air. Mandi kerbau je. Disarung tshirt putih,  floral kimono cardigan dan jeans berwarna biru. Beg tangannya dicapai. Dikuak pintu penthousenya. Danial sedang memeluk tubuh sambil bersandar di hadapan pintu dan menayangkan muka dingin. Emir pula tersenyum kecil melihat Edlynn. Edlynn menayangkan sengihannya. Dicapai Converse berwarna blue black dari rak kasut sebelum menyarungnya.

"Hehehe, sorry lambat. Lupa hari ni Sabtu. "Ujar Edlynn. Mereka terus menuju ke basement. Nissan GTR F5s milik Danial dinaiki. Menuju ke Pavilion.

Rayyan, Umar, Faiz, Natalia, Boy dan Maya sudah sampai. Mereka menunggu di Secret Recipe. Setelah itu, mereka beredar untuk masuk ke panggung wayang. Evil Death dipilih. Edlynn yang sememangnya penakut membantah. Namun keputusan majoriti yang menang. Dia mengambil tempat di tengah. Di antara Maya dan Natalia. Permulaan cerita sahaja Edlynn sudah menjerit kerana terkejut dengan sound effectnya. Tetapi, setelah itu Edlynn diam kerana tertidur kebosanan.

"Warghhh!!! Ngantuknya. "Edlynn mengeliat sebaik sahaja keluar dari panggung.

"Apa kau buat tadi malam? "Soal Natalia yang setia memeluk lengan Umar. Maya pula mengenggam erat jari Boy. Bila aku nak macam tu? Faiz pun sudah mengumumkan untuk bertunang bulan hadapan. Esoknya, majlis akad nikah. Sebulan kemudian, baru bersanding. Dengan minah Arab katanya.

"Tetiba idea datang mencurah-curah. Aku lakarlah. Lepas tu tak boleh tidur. Then, aku tengok Barbie. Marathon 3 cerita tau. Tu yang ngantuk ni. "Jelas Edlynn kepada Natalia yang berjalan di sebelahnya. Bersama Umar.

"What? Kau masih layan Barbie Ed? How childish you are. "Tawa Umar. Natalia juga tertawa. Edlynn menumbuk perut Umar.

"Auchh. Sakitlah. Perut aku ni tak sesado perut kekasih kau tu. "Gurau Umar. Diusap perut yang terbentuk six pack itu.

"Siapa kekasih aku? "Edlynn mengacah hendak menumbuk Umar lagi. Pantas Umar menahan perutnya.

"Alah. Kau ni. Dah 12 tahun kut. Kahwin jelah. Sampai bila kau nak simpan perasaan kau? "Soal  Natalia. Mereka menuju ke pusat karaoke. Ditempah bilik VIP selama 1 jam. Lagu dipilih dari playlist. Lagu english lama. Boy menawarkan diri untuk menyanyikan lagu tersebut kepada Maya. Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja Boy siap menyanyi.

"Ian. Nyanyilah. Suara kau kan sedap. "Ujar Faiz sambil menghulurkan mikrofon kepada Danial. Tepukan gemuruh diberikan untuk memberi sokongan kepada Danial.

"Wuuu, abang askar I love You. "Gurau Edlynn sambil memberikan tepukan. Danial memandang Edlynn. Edlynn menundukkan wajahnya.

"Eh, malu pula awek seorang ni. "Kata Boy. 'Tak guna kau Boy. Aku potong gaji kau nanti. 'Edlynn menjengilkan matanya ke arah Boy.

"Oklah. Aku nyanyi. Kalau sumbang, jangan marah. "Danial menyanyi lagu Imagination nyanyian Shawn Mendes. Sambil matanya sekali sekala melihat Edlynn.

Diluahkan segala rasa yang terpendam dalam nyanyiannya. Edlynn terpaku melihat Danial yang seperti yang memaksudkan maksudnya. Bukan dia tak perasan mata Danial merenungnya.

"Sedapnya suara kau Danial. Tak sangka kau ada bakat jadi penyanyi. "Puji Emir ikhlas.

"Thanks. Kau bertuah sebab kau je askar yang dah dengar suara merdu aku. "Kata Danial. Emir menumbuk bagi Danial perlahan.

"Perasan gila. "

                                      ***

"Kena ke beli baju lagi? Haritu baru beli baju kut. Takkan nak beli lagi. Membazirlah kau ni. "Kata Edlynn yang dipaksa dan terpaksa menemani Danial membeli baju. Rayyan pun sedang memilih kemeja. Emir dan Faiz sedang membelek seluar jeans. Pasangan ideal, Umar dan Natalia pula ke kedai hadiah. Nak beli hadiah untuk Natalia katanya. Ceh, acah sweet gitu. Boy dan Maya pula ke kedai permainan. Nak beli Fifa Game yang baru. Edlynn nak ikut Boy sebenarnya sebab nak beli  Racing Car Gold 2.0 yang baru untuk PS7nya. Setiap kali waktu rehat semasa di butik, Edlynn memang selalu main game bersama Boy sehinggalah habis kerja. Itupun kalau tak banyak kerja. Kalau tak, hanya sempat selama sejam je.

"Diamlah. Kau tunggu je. Teman aku. Jangan nak membebel. Macam mak nenek tau tak? "Kata Danial. Edlynn memuncungkan mulutnya. Danial menghulurkan beberapa helai sweatshirt kepada Edlynn untuk dipegangkan.

"Edlynn?? "Sapa Faris yang muncul bersama seorang perempuan yang seksi.

Edlynn menoleh. Danial begitu juga. Faris memeluk pinggang perempuan itu.

"Faris. "
"What a surprise? Danial? Dah lama tak nampak kau. Pergi mana? "Tanya Faris. Perempuan itu bermain dengan kolar baju Faris. Meremang bulu ketiak Edlynn melihat adegan itu.

"Aku masuk askar. Kau? "Tanya Danial pula.
"Aku macam ni lah. Tolong bapak aku. Eh, datanglah rumah aku minggu depan. Adik aku kahwin. Ed kenal. Ingat lagi, Ed, Iman? "Soal Faris. Edlynn mengangguk.

"Aik, adik kau yang kahwin? Kau bila lagi? "Tanya Danial. Faris mengangkat bahunya.
"Aku macam ni je lah. Ini pun, girlfriend aku yang ke berapa tah? Asyik putus je. Aku kejar orang tu, dia jual mahal. Dia mula murah kat kau je. "Gurau Faris sambil menjeling ke arah Edlynn.

"Siapa? "
"Siapa lagi? Edlynn Adrianna lah. "Tawa Faris meletus. Edlynn menyepak kaki Faris lantaran tangannya yang penuh dengan baju.

"Betullah. Better kau cepat. Sebelum ada orang amik. Dah lah, aku chau dulu. Jangan lupa minggu depan. "Faris berlalu keluar dari kedai pakaian tersebut.

"Jangan percaya cakap dia. Dah, kau nak beli semua ni kan? Aku letak kat kaunter. "Edlynn melangkah ke kaunter. Danial mengikut langkah Edlynn sambil tersenyum lebar.

-----------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now