Bab 50(FINAL)

12.5K 262 6
                                    

Masuk ke hari kesepuluh. Edlynn masih belum sedar.

Danial pula masih membacakan Yassin ditelinga isterinya.

"Danial!! " Tersentak Danial yang sedang makan nasi beriyani gam.

"Kau nikan! Terkejut aku. Nasib tak mati tercekik tulang ayam ni. "

Edlynn hanya tersengih. Ayu pula lihat Edlynn memakai selendang  putih yang dipadankan dengan baju kurung moden berwarna putih. Lagak macam dia pula heroin hari ni.

"Sedaplah suara kau ngaji. Merdu. "Puji Ed tanpa segan silu.

"Ermm. Tu je ke? Baru kau nak mengaku suara aku merdu. Bukan macam suara kau yang macam burung belatuk. Tuk.. Tuk..  Tak sedap langsung. "Sesuka hati Danial mengutuk Ed. Ed mencerlung melihat Danial.

"Yelah. Aku je yang tak sedap. Kau semua sedap. Aku sapa je. Dahlah bodoh, tak lawa pula tu. "

"Hish, sapa kata kau tak lawa? Meh cakap kat aku. Biar aku pelangkung. "

"Betulke? Tapi, takpelah biar aku pelangkung sendiri orangnya. " Pantas Edlynn memukul bahu Danial.

"Ishh, kurang ajar kau. "

"Puas hati aku dapat balas dendam. "

"Kalau tak mengenangkan aku tengah makan selain akulah hero harini, memang nahas kau. "

"Ee, tolonglah. Hero? Kalau tak disebabkan suara Rayyan serak, takdanya mak si Rayyan nak pilih kau untuk khatam al-quran  sempena aqiqah cucu pertamanya. "

"Pedulilah. Yang penting, kau mengaku suara aku sedap. Untung aku tak rakam. Kalau tak, aku jadikan ringtone phone aku. "
"Alah, tak baik. "

"Woi, pasangan merpati patah sayap. Dating eh? "Usik Umar. Rayyan, Faiz dan Natalia juga turut mendekati Ed dan Danial.
"Mana ada. "Pantas Edlynn menafikan.
"Tak adalah. Dia cuma puji suara aku yang merdu. Tu je. "Sambung Danial.
"Merdu? Suara kau?  Kau salah dengar ke Ed?"Usik Natalia. Sikunya menyenggol tangan Ed.

"Kau apa tahu, Nat? Orang kemaruk bercinta macam nilah. Suara tak sedap pun jadi merdu bak buluh perindu. "Jawab Umar.

"Danial? "Tegur Nadia. Tersentak Danial dari lamunannya.

"Yup. "

"Kau risaukan Ed ke? "

"Taklah sangat. Tapi aku rindu dia. Aku rindu nak panggil dia kecil, kenit, katik. Tapi aku lagi rindu nak dia panggil aku bagong. Segala pasal dia aku rindu. "

"Jangan risau. Mesti ada hikmah disebalik semua ni. Dahlah. Aku datang nak check Ed. "

Nadia memeriksa nadi Ed. Keadaan bola mata Ed juga diperiksa. IV tube juga dibetulkan. Tiba-tiba, mesin disebelah Ed berbunyi kuat. Nafasnya tetiba laju. Seakan baru lepas berlari.

                                         ***
Jangan fikir aku akan lepaskan kau Edlynn. Kau dan keturunan kau patut terima padahnya. Kau tak boleh kembali. Kau akan terperangkap dalam dunia aku. Hahahahhaha... Inilah yang aku inginkan..

Edlynn tidak berputus asa. Dia terus lari sebelum sampai ke sebuah lubang yang tertulis Adrianna. Pantas dia masuk ke dalam lubang. Sebelum cahaya putih meluru masuk ke dalam matanya.

                                      ***

Edlynn melihat sekelilingnya. Putih. Kiri. Putih. Atas. Putih.

'Aku kat mana nih? '

"Sayang! "Panggil Danial. Pantas Edlynn kearah punca suara itu. Susuk tubuh suaminya yang dahulunya sasa kini sudah mulai susut. Jambang tumbuh meliar mencemari wajah suaminya. Pakaiannya sudah tidak terurus.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin