bab 25

6.8K 257 2
                                    

Edlynn menyarung kemeja berwarna putih dan skinny jeans berwarna hitam ke tubuhnya. Converse Leather berwarna putih dengan potongan highcut juga disarung. Hari ini dia ingin melawat Paradigma Group. Minggu lepas memang tak sempat. Busy dengan produk barunya. Danial masih belum balik dari Columbia.
Mungkin berat sangat misinya kali ini.

Sampai sahaja di bangunan gah itu, Lamborghini Aventador Pro miliknya diparking di bahagian VIP.

"Saya nak jumpa dengan Encik Rizuan. "Kata Edlynn kepada penyambut tetamu yang berada di lobi.

"Cik. Paradigma Group bermula dari tingkat 20 hingga 35. Cik boleh tanya receptionist Paradigma Group di tingkat 20."kata penyambut tetamu itu setelah membelek komputernya.

Edlynn mengangguk sedikit dan tersenyum kecil sebelum melangkah ke tingkat 20. Hanya dia seorang yang berada di lif tersebut sebelum lif berhenti di tingkat 15. Seorang lelaki tua masuk. Dia memandang Edlynn dengan pandangan nafsu. Edlynn berasa seriau. Cepatlah.

Ting.

Tingkat 20. Edlynn terus berlalu keluar namun masih diekori lelaki itu. Dia terus masuk ke syarikat itu. Tiada orang. Lelaki itu masih mengejarnya.

Edlynn berfikir sebentar. Dia mengambil keputusan untuk bersembunyi di balik meja receptionist. Dia mengintai lelaki itu. Sudah beredar. Fuh, dia menarik nafas lega.

"Cik. "Sapa seorang lelaki muda. Edlynn yang masih gerun terkejut. Apa lelaki ni nak?

"Pekerja baru ke? "Soal lelaki itu. Dia melihat tubuh Edlynn atas bawah. Meneliti habis.

"Ehemm. Saya bukan pekerja kat sini. Saya nak cari Encik Rizuan. "Kata Edlynn. Dia membetulkan kemejanya. Tali beg tangan dibetulkan di bahu kanannya.

"Atas urusan apa cik nak jumpa dia? "Soal lelaki itu lagi.
"Banyak tanya pula mamat  ni. "Bebel Edlynn kegeraman.
"Saya Edlynn Adrianna. Kawan kepada Tengku Danial Hafiz Park. Dia suruh saya tengokkan syarikatnya. "Edlynn memperkenalkan dirinya.
"Oh, Cik Edlynn. Lain pula dengan gmbr yang diberi Danial. Maafkan saya. Saya Tengku Rizuan. Sepupu Danial. "Giliran Rizuan pula memperkenalkan dirinya.
"Mari saya tunjukkan kepada awak. " Rizuan membawa Edlynn melawat syarikat perkapalan itu. Sungguh cekap pekerja mereka.

"Mari saya kenalkan dengan Rycarl, anak kepada Tan Sri Helmi Mokhtar. Rakan kongsi Paradigma Group. "Ujar Rizuan. Dia mengetuk pintu yang tertulis Raycarl Ebrahim Tan Sri Helmi Mokhtar, Chief Operation Officer(COO).

"Masuk" laung Raycarl dari dalam bilik.
Rizuan menguak pintu. Ada tetamu.

"Uncle Helmi. "Sapa Rizuan sebelum dia mengucup tangan Uncle Helmi. Lelaki tua yang mengekori Edlynn sebentar tadi.
Edlynn hanya menunduk sedikit.

"What a surprise  Rizuan masuk bilik Raycarl ni? "Soal Tan Sri Helmi Mokhtar. Ini ke wajah pembunuh abah?

"Rizuan nak kenalkan Edlynn Adrianna. Danial suruh Edlynn tengokkan syarikat untuk dia. "Kata Rizuan.

"Kenapa perlu hantar orang untuk jenguk syarikat? Macam kitorang tak buat kerja. Mana Danial? Misi lagi? Edlynn, cakap dengan Danial jangan terlibat dengan Paradigma kalau nak jadi askar. "Kata Tan Sri Helmi Mokhtar. Rycarl tersenyum sinis.
"Kalau Danial tak terlibat, boleh lah korang berjoli dengan syarikat? "Kata Rizuan menunjukkan ketegangan.

"Uncle tak cakap berjoli dengan syarikat. Kitorang boleh uruskan dengan baik apa? "Kata Tan Sri  Helmi  Mokhtar lagi. Rizuan mengenggam penumbuknya.

"Edlynn. Mari kita keluar. Saya rasa panas duduk sini. "Perli Rizuan. Edlynn hanya mengangguk. Dia berasa aneh dengan kelakuan Raycarl. Macam psiko.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now