Part 1

35.6K 1.1K 189
                                    

Nur Zayfa Ayana anak kepada Nur Zara dan Zarif Haikal berjalan perlahan menuju ke tasik pada waktu tengah hari begini. Zayfa Ayana yang lebih gemar di panggil Zayfa tidak mengisahkan perihal panas terik di atas kepalanya ketika ini. Zayfa cuma ingin mengambil angin kerana bosan di dalam rumah.

Zayfa merenung tasik di hadapannya ini. Angin daripada tasik itu meniup tudung Zayfa sehingga beralun. Zayfa memerhati sekeliling, sengaja ingin melihat jika ada orang lain di situ. Rupanya tiada seorang manusia di situ kecuali Zayfa sendiri. Zayfa tersenyum seorang diri.

Mestilah tak ada orang dekat tasik ni sebab sekarang bukan waktu untuk bersantai. Tengah hari macam ni mesti orang ramai duduk di rumah sahaja. Panas terik ini mungkin bukan pilihan orang ramai untuk datang.

Zayfa menarik nafas tinggi menghirup udara segar. Zayfa terpandang sebuah kerusi di bawah pokok besar tidak jauh dari tempat Zayfa berdiri.

Zayfa duduk tanpa memikirkan sebarang masalah. Apa yang Zayfa nak fikirkan pada umurnya yang masih sembilan belas tahun itu. Lagipun Zayfa sedang menyambung pelajaran di Universiti pilihannya sendiri. Zayfa yang sibuk memandangi tasik tiba-tiba terkejut dengan suara nyaring bayi yang menangis teruk.

Zayfa menoleh ke arah bunyi nyaring tersebut. Tidak jauh dari tempat Zayfa duduk terdapat sebuah pondok yang memang ada di tasik itu. Pondok kayu yang cantik terjaga. Zayfa mengecilkan bebola matanya apabila menangkap susuk tubuh seorang lelaki berdiri di dalam pondok itu.

Jantung Zayfa berdetak pantas. Apa yang lelaki tu buat?

Zayfa masih tidak mengalihkan pandangannya dari lelaki itu. Zayfa mendengar jeritan kuat buyi daripada seorang bayi dan juga tangisan yang menggila. Zayfa membulatkan matanya terkejut apabila si lelaki mengangkat tangan memukul bayi yang Zayfa sangkakan.

Zayfa yang terdidik dengan baik dan sopan oleh mama papanya sejak kecil tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Zayfa dengan jantung berdegup sekencang bagaikan baru bermarathon berlari ke arah lelaki dan bunyi bayi itu.

Sebaik sampai jantung Zayfa bagaikan terpancu hebat melihat lelaki itu hampir ingin menumbuk bayi yang sedang menangis kuat.

" Apa yang encik cuba buat ni!! ". Zayfa dengan berani menahan tangan lelaki yang terangat berbentuk penumbuk itu sebelum terkena pada si bayi. Si lelaki yang sedang dikuasai marah yang melampau menatap Zayfa tajam. Siapa perempuan yang menyibuk ni. Zayfa menatap bayi yang berbalut kain itu sayu.

Si lelaki melepaskan tangannya daripada di pegang oleh Zayfa dengan kasar. Zayfa hampir terdorong jatuh selepas di tolak oleh lelaki tersebut.

Nasib baik Zayfa sempat mengimbangkan badannya agar tidak terjatuh. Lelaki di depan Zayfa ini sungguh kasar orangnya. Zayfa dapat melihat nafas naik turun daripada dada si lelaki itu.

" Kau siapa? Apesal kau kacau aku!! ". Tanpa Zayfa sangka si lelaki menjerit memarahi Zayfa yang menyibuk dalam halnya. Zayfa mengelengkan kepala. Zayfa boleh simpulkan satu perkara melihat sikap si lelaki yang baru menengking Zayfa. Lelaki ini tiada adab dan kurang ajar.

" Saya Zayfa— Apa yang encik buat ni hah? Encik nak pukul bayi yang masih kecil ni ke? Encik nak tumbuk bayi yang tak tahu apa-apa ni ke? Mana akal fikiran encik ni?! ". Zayfa yang juga dikuasai marah kerana sikap kasar lelaki itu. Sanggup memukul bayi yang masih kecil ini. Mungkin umur bayi itu dalam beberapa hari mungkin.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now