1

15.5K 688 12
                                    

-Bismillahirrahmanirrahim-

°°°°°

Suasana di dalam masjid Cyberjaya kedengaran meriah sekali dengan kehadiran saudara-mara bagi kedua-dua belah pihak namun adab di dalam masjid masih kekal dijaga. Para camera man sudah bersiap sedia dengan posisi masing-masing sebelum acara bermulanya pernikahan yang akan dijalankan berbaki 3 minit dari sekarang.

Risya tersenyum nipis bagi menutup perasaan gementar yang bertandang. Figura Kasyaf yang duduk berhadapan dengan tok kadi dan lain-lain dipandang. Lelaki itu hanya duduk dengan tenang bersama senyuman nipis. Dan yang pasti senyuman itu bukan untuk dirinya.

" Bismillahirrahmanirrahim." Suara Tok kadi kedengaran bergema melalui pembesar suara. Suasana yang kecoh kembali senyap apabila acara sudah bermula.

" Sebelum akad nikah. Saya akan menyampaikan sedikit khutbah perkahwinan."

Risya menunduk memandang jari-jemari yang cantik diukir dengan henna merah. Warnanya pekat dan seakan memberi satu rasa untuknya.

Khutbah perkahwinan dimulakan. Kedua sang mempelai fokus mendengar dan sesekali mengangguk. Turut serta para camera man yang sudah mula menjalankan tugasnya.

10 minit sudah berlalu. Segala borang sudah diturunkan tandatangan. Kini,segala yang dinanti-nantikan oleh semua para tetamu sudah berada dipenghujungnya. Kasyaf membentulkan songkok dikepala seraya membetulkan posisi duduknya.

Risya pula beristighfar dalam hati supaya meredakan rasa gugupnya. Walaupun Kasyaf hanya dikenali melalui gambar dan hanya sekali bersemuka iaitu pada hari kursus perkahwinan bulan lepas,namun dia dapat rasakan dihadapannya sekarang ini adalah jodoh dan ketentuan takdir untuknya. Semoga pilihan orang tua adalah yang terbaik untuk dirinya dan Kasyaf.

" Tuan Hazrul Kasyaf Bin Tuan Hairil Kazni."

Nafas ditarik dan dihembus. Tangannya yang sudah berada digenggaman lelaki tua itu diperkemas. Anak mata memandang tepat kedua mata Tok Kadi cuba memberi tumpuan sepenuhnya walaupun terdapat berpusu-pusu cahaya disekelilingnya merakamkan detik-detik penyatuan ini.

" Ye saya."

" Aku nikahkan dikau Tuan Hazrul Kasyaf bin Tuan Hairil Kazni dengan Nik Risya Adya Binti Nik Asri dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."

" Aku terima nikahnya Nik Risya Adya Binti Nik Asri dengan mas kahwinnya RM500 tunai."

Sekali lafaz. Sekali nafas. Akhirnya kedua-duanya selamat diijabkabulkan bersaksikan saudara-mara dan pihak media. Ucapan syukur bermain dibibir masing-masing.

Risya tersenyum nipis seraya menyeka air mata bahagia yang tumpah. Tubuh Puan Aida didakap erat. Turut serta mak mertua; Puan Katijah di kanannya.

" Terima kasih Risya. Sebab sudi jadi menantu mama."

Risya tersenyum. Tangan Puan Katijah digenggam erat." Risya janji. Risya akan cuba jadi menantu dan isteri yang baik kepada Kasyaf.".Puan Katijah tersenyum gembira.

Kasyaf bangkit membetulkan sampin songketnya sebelum menapak ke saf hadapan untuk menunaikan solat syukur.

7 minit berlalu, para camera man upahan,pihak media serta saudara-mara masing-masing bergegas ke pengantin perempuan sebaik Kasyaf selesai menunaikan solat. Dia duduk melutut menghadap Risya. Wajahnya sedikit pun tiada tercalit sebuah senyuman.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now