41

6.9K 274 5
                                    


" Around 3 pm Tuan ada meeting dengan marketing department bersama Cik Fasha."

Kasyaf mengangguk. Laju pen berdakwat hitam itu menari-nari di atas kertas."That's all?"

Wardah menyemak kembali buku catatannya."Oh Tuan. Pagi tadi saya dapat panggilan daripada Syarikat Dato' Rizal (M) Sdn Bhd. Diorang nak adakan meeting dengan Tuan."

Kasyaf mengangkat muka dengan wajah serius."Awak cakap apa?"

"Saya cakap saya kena tanya Tuan dulu memandangkan schedule Tuan dua tiga hari ni penuh. "

Kasyaf diam. Fikirannya berkira-kira tentang pertemuan dengan Syarikat ternama itu. Kalau ditolak,syarikat dia yang akan rugi,tapi kalau dia terima makin padatlah masa dia.

"Okay Wardah. Set date next week in Tuesday around 2 pm. Itu biar Tengku Farhan handle." Kasyaf senyum dalam hati. Biar sepupu dia yang kena datang meeting tu. Time dia cuti hari tu kerja tak berlambak sangat. Tapi bila sepupunya cuti makin berlambak kerja yang dia kena uruskan. Memang tak adil betul!

Wardah gigit bibir."Tapi Tuan. Dato' Rizal nak jumpa pengurus bukannya CEO."

Kasyaf menghela nafas seraya pen diletakkan di atas meja."Antara pengurus dengan CEO tak ada beza pun Wardah. Dua-dua manusia. Yang beza cuma jawatan yang dipegang. Lagipun Tengku Farhan pun boleh handle meeting ni. Kalau Dato' Rizal tanya awak cuma cakap saya ada hal penting."

Wardah mengangguk sambil mencatat. Kasyaf menyimpan fail kerjanya lalu fail lagi satu diambil dan dibuka."Saya nak tahu rekod sales kita bulan ni. "

Wardah mengangguk. Diselak sehelai demi sehelai buku catatannya sebelum berhenti pada satu helaian kertas."Untuk sales ni daripada dua buah syarikat iaitu Creative Holdings dan Syarikat Dato' Johar sebanyak 40%. Itupun kurang daripada tiga minggu dan all marketings ada up kan sedikit around 1 or 2 percent sebab kita ada keluarkan projek baru.."

" 50% sales plus 5% sales bonus daripada client kita dekat Amsterdam. Total's sales in 3 companies we got 95%. Company kita pun makin maju."

" Wait." Kasyaf mengangkat wajahnya memandang Wardah."Projek baru? Yang Wooden House Billyboard tu?"

Wardah mengangguk."Projek tu kita dapat sambutan dari 5 buah syarikat dan lately ni Uk dengan China dah booking meeting personally dengan Tuan. Semalam saya dapat panggilan daripada dua buah negara itu. Mereka tanya sama ada Tuan perlu ke sana untuk attend meeting atau mereka datang sini?"

Kasyaf terdiam. Ah sudah! Memang terlampau sibuk ni. Bahagia betul Tengku Farhan sekarang ni. Yang dia pula nak pecah otak handle sendiri. Dahlah kerja datang serentak! What the hell?!

" Yang tu tolak tepi dulu. Nanti saya bagitahu bila tarikhnya. Sekarang ni saya nak tahu lagi berapa meeting yang saya perlu hadap."

Wardah menyemak kembali buku catatannya."5 company in Malaysia. 2 company of Britain and Francis."

Jatuh rahang Kasyaf sebaik pembantu peribadinya memberitahu jadualnya. Tali leher dilonggarkan sedikit membolehkan dia bernafas dengan tenang. Rasa macam tak cukup oksigen!

" Kenapa banyak sangat meeting ni? Kalau saya pecahkan kepada COO ke co-production ke marketing ke tak boleh?"

Gelengan Wardah membuatkan air muka Kasyaf berubah."Ni semua orang penting Tuan. Lagipun Art's Empire ni hanya satu dalam Malaysia. Syarikat kita satu-satunya syarikat yang menjalankan perniagaan keseniaan dan susun atur penghasilan. Lagi-lagi our projek semua mendapat sambutan. No wonder a whole of the word need to spread bussiness with our companies."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now