13

7.1K 352 14
                                    


" Fiya! Tu your future husband dah sampai! "

Saffia berkerut dahi. Kaki diatur ke muka pintu sebelum kepala dijengul keluar memandang Zara yang sibuk bermain dengan Baby Khayra.

" Siapa woi!"

Zara mendongak."Tengku Farhan!"

Saffia tersentak. Kaki terus diatur masuk ke dalam semula. Tudungnya diperkemaskan lalu tubuhnya ditilik dihadapan cermin sebelum tas tangan dicapai.

" Haish lambat betul siap." Rungut Zara tanpa memandang Saffia. Baby Khayra yang sudah tinggal pampers di tubuhnya didukung.

Saffia menjuih. "Bukan aku yang lambat. Dia yang datang cepat sangat." Tubuh Zara dipeluk dan pipi Baby Khayra dicium.

" Yelah tu. Dah-dah pergi cepat. Kesian Tengku tunggu lama dekat luar. Dah lah kena naik atas semata-mata nak jemput kau."

" Eh sorry okay. Aku tak suruh pun dia jemput aku. Dia yang tetiba naik atas ambil aku. So pandai-pandai dia lah. Suruh tunggu bawah tak nak."

Zara menggeleng. Benci betul dia dengan Tengku Farhan. Ada jodoh baru tahu.

Eeh? Cakap dengan cermin ke?

" Suka hati kau lah Fiya. Ni jangan balik lambat sangat. Jaga diri baik-baik kau tu mana pernah keluar malam. Dengan lawa-lawa ni nak pergi dinner company ke dinner dengan bakal mak mertua?"

Pinggang Zara dicuit membuatkan gadis itu mengaduh. Baby Khayra yang hampir terlepas ditekap ke dada. Fuh selamat.

" Mulut kau baik-baik eh."

Zara tertawa kecil."Mana lah tahu." Kaki diatur ke bilik tidurnya seraya mengerling Saffia yang kelihatan tak berpuas hati.

" Times to bath baby Khayra! Jom mama mandikan yeay!" Baby Khayra dikucup. Tertawa suka Khayra. Lebar mulutnya menampakkan gusinya yang merah. Haha comel.

Saffia tersenyum tanpa sedar. Tahu sangat dengan sikap Zara yang suka budak-budak. Dengan hadirnya baby Khayra rasanya dah bersedia nak jadi isteri orang tu. Kita tunggu je lah siapa jodoh dia ye.

°°°°°

Kereta Audi R8 silver itu memasuki ke perkarangan hotel Starlin's yang mewah dengan nilaian 5 bintang. Setiap ukiran batu yang dipamerkan di setiap ruang hotel itu menggamit perasaan teruja dalam hati Saffia. Oleh kerana dia berpengalaman dalam bidang Interior designer tetapi apabila hiasan-hiasan seperti ini benar-benar menambahkan keterujaannya. Memang terlalu cantik. Terpana dia seketika.

" Saffia?"

Panggil Tengku Farhan apabila Saffia seakan terleka seketika. Sesekali matanya tak lepas dari mencari tempat parkir vvip yang disediakan khas untuknya. Cahaya terang di perkarangan parkir itu menjadikan hotel 5 bintang itu semakin mewah. Terlalu sempurna. Hanya orang yang minat interior design je boleh faham.

" Fiya?" Saffia tersentak. Dia terpinga-pinga seketika sebelum berdehem kecil. Terleka pula.

Enjin kereta dimatikan sebaik diparkirkan. Tengku Farhan mengerling ke sebelah.

" Awak okay tak ni?"

Saffia tersenyum hambar." O-okay."

" Sure?" Saffia mengangguk."Okay jom. Kalau awak rasa tak sihat awak bagitahu saya ye." Sekali lagi Saffia mengangguk. Kedua-dua melangkah keluar dari perut kereta dan langkah diatur ke ballroom hotel.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now