45

6.5K 271 12
                                    

" Dasar binatang!"

" Saffia!"

Pang!

Kepingan gambar yang sudah menjadi serpihan kertas kecil dicampak tepat ke wajah Tengku Farhan yang memegang pipinya setelah menerima satu tamparan. Jelas terpancar lelaki itu sangat terkejut dengan tindakannya.

Saffia menyeka sisa air matanya."Ni lah sebab kau paksa aku kahwin dengan kau! Sebab kau nak habiskan dendam kau dekat aku! "

Tengku Farhan mengambil serpihan kertas yang sudah dikoyak menjadi kecil. Statik matanya terbuntang lalu kotak hitam yang berada sedikit jauh darinya dipandang.

" Saffia saya-"

" Apa? Pandai kau berlakon kan Nufail? Aku tak sangka. Aku tak sangka aku kahwin dengan orang yang tergamak rogol aku." Saffia berlari ke wardrobe. Bagasi kecilnya diambil lalu disumbat baju-bajunya ke dalam bagasi itu.

Tengku Farhan terbuntang. Pantas kaki mendapatkan Saffia yang memasukkan baju ke dalam bagasi."Saffia. Dengar dulu saya nak cakap."

" Aku tak nak dengar apa-apa daripada mulut kau." Bagasinya dizip kemudian dipegang. Kaki laju diatur ke pintu bilik namun bagasinya lebih pantas ditarik Tengku Farhan lalu dicampak ke tepi.

" Jangan tinggalkan saya Saffia. Bagi saya explain dulu." Tangan Saffia dipegang namun pantas ditarik semula. Wajah Saffia yang tegang dan merah itu ditatap. Masih ada lagi air mata kekecewaan di situ.

" Aku tak nak dengar apa-apa lah Nufail! Cukuplah apa yang kau dah buat kat aku selama ni. Aku dah cukup terseksa. Aku dah cukup terluka. Hidup aku musnah sebab kau. Sebab kau!" Tubuh Tengku Farhan ditolak tetapi lelaki itu menolaknya ke dinding membuatkan Saffia meringis kesakitan. Ditolak tubuhnya dengan tubuh lelaki itu rapat ke dinding bagai mahu tembus.

" Nufail-"

Kata-katanya termati apabila dahinya disentuh dengan bibir lelaki itu. "Ak-"

Tengku Farhan lepas. Mencerlung tajam sepasang mata berair itu."Saya tahu saya salah. Bagi saya explain perkara sebenar."

Pang!

Tengku Farhan terteleng ke tepi. Namun cengkamannya ditangan Saffia masih lagi kuat.

Saffia mengesat kasar bibirnya sambil cuba menolak tubuh Tengku Farhan. Air mata semakin laju mengalir. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu. Memaksanya,menafikannya. Semua tu menyiat-nyiat hatinya sebagai luka paling dalam.

" Aku jijik dengan kau! Kau dah rogol aku then kau nak rogol aku lagi?! Memang tak lah!" Tubuh Tengku Farhan ditolak namun lelaki itu masih mengunci dirinya di dinding.

" Awak tak boleh pergi Saffia! Awak isteri saya!"

" Isteri atas kertas! Eh aku tak inginlah nak jadi isteri kau! Lepas! Lepaskan aku lah Nufail!"

" No! Saya takkan lepaskan awak selagi awak tak dengar apa yang saya cakap!"

" No need to say right now Nufail! Hati aku ni dah terlampau sakit! Kenapalah aku bodoh sangat percaya dengan orang macam kau! Kahwin dengan perogol sendiri! Dasar syaitan bertopengkan manusia!"

" Sanggup kau rasuah mak bapak aku. Family aku. Kahwin dengan kau! Jadi isteri kau! Untuk tutup kesalahan kau! Kau memang kejam!"

" Saffia-"

" Kau tipu aku! Kau pura-pura sayang aku! Kau pura-pura cintakan aku! Sebab kau nak aku percaya dekat kau!"

" Saffia saya betul-betul sayangkan awak!"

"Pergi mati dengan sayang kau! Lepaskan aku! Aku tak nak duduk sebumbung dengan perogol!"

" Saffia! Awak tahu tak-"

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now