33

6.3K 315 15
                                    



Fauzan memandang Puan Shila dan Encik Basri silih ganti. Pandangan mereka bertiga tertumpu pada Saffia yang diam tak berkutik selepas akad nikah diadakan petang tadi. Risau juga mereka melihat perubahan gadis itu. Majlis pun sudah lama tamat memandangkan sekarang merupakan waktu isyak. Kelibat Tengku Farhan juga tidak nampak barangkali sedang menunaikan solat fardhu isyak.

" Abang. Cuba ajak Pia makan. Dari petang tadi tak sentuh nasi." Arah Encik Basri kepada anak lelakinya. Fauzan mengangguk mengerti lalu bangkit daripada sofa. Kaki diatur menghampiri Saffia yang masih berada di pangkin luar rumah. Pakaiannya kini sudah bertukar kepada baju kurung.

Saffia memandang sekilas abangnya yang mendapat tempat di hadapannya. Jelingan kecil diberikan. Membuak-buak rasa amarah dalam dirinya.

" Pia. Jom makan? Aku ambikkan nak?" Pujuk Fauzan lembut. Angin malam yang menampar kulit lengannya membuatkan dirinya meneguk air liur. Sejuk.

Saffia tertawa sinis. Hujung shawlnya dilibas kebelakang apabila ditiup angin. Pandangannya tertumpu pada langit malam yang sepi tanpa ada sinaran bulan mahupun bintang. Seakan memahami isi hatinya yang kosong. Pilu.

" Tak payah nak pura-pura prihatinlah. Kalau Pia lapar. Pandai-pandai Pia lari pergi dapur."

Fauzan menunduk. Pandangan dilarikan sekilas ke arah pintu rumahnya yang terbuka luas sebelum kembali memandang adiknya. Rasa bersalah kerana memperlakukan sebegini rupa. Dia tahu semua ini untuk kebaikan Saffia. Walau macam mana pun adiknya kena terima.

" Pia, kau marah aku ke?"

Sekali lagi Saffia tertawa sinis. Hidungnya yang tidak gatal digaru. Kaca mata bulatnya ditanggalkan lalu ditiup.

" Haih..Macam cerita novel pulak kan abang? Main paksa-paksa kahwin. Lepas tu tahu-tahu suaminya orang yang paling kita kenal. Sungguh hebat takdir hidup Pia ni kan? Sampai family sendiri sanggup berkomplot." Kedengaran sinis bicaranya. Riak wajah Fauzan kelihatan berubah membuatkan senyuman sinis semakin lebar di bibirnya. Apa? Senang-senang nak bagi dia dekat orang lain. Fikir ni cerita drama?

Fauzan menghela nafas."Pia. Kitaorang bukan berkomplot tapi-"

" Tapi apa? Bersepakat? Bekerjasama? Bantu-membantu nak satukan Pia dengan lelaki tu? Eh abang tahu tak lelaki tu siapa?"

Perlahan-lahan Fauzan mengangguk. Dia menentang pandangan yang meluahkan seribu rasa dalam hati. "Boss Pia."

" And so what? Kalau dah tahu kenapa setuju juga? Oh wow." Saffia menepuk tangan."Abang yang selama ni Pia percaya. Yang selama ni Pia sayang. Tak sangka sanggup memperbodohkan adik sendiri semata-mata sebab lelaki tu. Apa point abang sebenarnya?" Suaranya sudah naik seoktaf. Tajam pandangannya menentang pandangan Fauzan. Terdapat riak kekesalan di situ.

" Pia. Aku tahu aku salah. Maafkan aku-"

Saffia tersenyum herot. Dia bangkit dan turun daripada pangkin. Selipar disarungkan dikakinya.

" Nasi dah jadi bubur pun. Tak payahlah nak pura-pura kesal."

Saffia menapak masuk ke dalam rumah. Telinganya menangkap suara mak dan abahnya yang memanggil namanya tetapi tak dihiraukan. Langkah kaki dihayun ke biliknya. Pintu dikuak kasar lalu dihempas dan dikunci. Dadanya berombak laju menahan marah.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now