14

7.2K 391 33
                                    


Zara mendengus. Baby Khayra yang sedang berbaring di atas comforter bayi dipandang sekilas sebelum dia menapak ke pintu rumah. Tahu sangat siapa yang datang pagi-pagi macam ni.

" Kau nak apa? "

Khai menjongketkan kening. Tubuh gadis itu ditilik dari atas hingga ke bawah sebelum dia menjenguk ke dalam rumah Zara. Mengintai baby Khayra yang sudah bersiap.

" Kau nak pergi butik ke?"

" Eh tak. Aku nak pergi jogging." Zara meloyar buruk. Sudah tahu lagi mahu tanya. Pakwe siapa lah ni?

Khai menayang wajah tak puas hati. Dia cuba menghela nafas menenangkan hatinya yang mahu membara. Takut rezeki dia pagi-pagi ni hilang macam tu je sebab minah otak separuh ni.

" Hari ni aku cuti. So turn aku pulak jaga Baby Khayra. Kau pergilah butik. Baby Khayra bagi aku."

Zara tersentak. Tangan naik berpeluk tubuh dengan wajah tak ada perasaan terpampang. "Kau cuti ke atau kau buat-buat cuti?"

Khai menjeling. Kedengaran dengusan kecil dilepaskan. Buku limanya digenggam. Eii rasa macam nak....Sabar Khai sabar..

" Aku ambil cuti dua hari. Next week aku fly ke Istanbul. So bagilah aku main puas-puas dengan Baby Khayra.." Terang Khai. Nanti terpaksa menanggung rindu. Nak bawa sekali nanti mak cik ni kepoh pulak.

Zara tersentak. "Main? Hey kau nak buat apa dengan anak aku hah!"

Spontan dahinya menerima satu jentikan yang cukup power daripada Khai. Mengaduh kesakitan dia jadinya. Khai pula menggeleng seraya menepuk dahi. Bengap!

" Kau fikir aku sex god ke sampai nak main dengan budak? Fikirlah sikit otak letak kat mana? Kat lutut? Kalau aku nak main aku main dengan kau je lah. Pahal kau bengap pagi-pagi ni."

Marah Khai dengan nada tertahan. Nasiblah dia ni bukan seorang yang dayus. Kalau tak dah lama dia gantung Zara dekat tingkat 25 kondominium elit ni.

Zara menjuih bibir seraya menggosok dahinya. Sakit tahu! Dia gurau je pun!

" Hmm..Boleh.Tapi aku tak izinkan dia tidur dengan kau malam nanti. Sebelum maghrib hantar dia balik."

Zara menapak masuk ke dalam diikuti Khai. Sebelum masuk sempat Khai menahan pintu dengan kasutnya. Takut-takut entah angin mana yang tolak sampai tertutup pintu. Kena tangkap basah..Mampus dia.

Baby Khayra didukung dan dicium. Zara pula mengemas barang-barang Khayra lalu diletakkan di tepi Khai.

" Hmm wanginya anak papa ni. Dah susu belum? "

" Belum." Sampuk Zara. Gadis itu berdiri di hadapan cermin membetulkan tudungnya yang hampir siap. Khai yang sedang mencerlungnya melalui biasan cermin dibalas dengan menjongketkan keningnya.

" Teruknya mama you ni Khayra? Kesian you lapar ye..Kita susu nak?"

Zara membaling bantal kecil Khayra tepat pada Khai dengan geram. "Watch out your mouth okay. Aku baru siap pakaikan dia baju."

Bibir Khai menceceh mengajuk percakapan gadis itu.Baby Khayra diribanya. Botol susu dicapai sebelum disuakan di bibir kecil itu. Rakus Baby Khayra minum susu kerana kehausan membuatkan Khai menggeleng kepala perlahan.

" Kau tengok dia haus gila ni. Apa benda lah kau ni."

Zara mendengus kegeraman. Khai dipandang dengan geram. Kenapa aku rasa macam nak baling semua benda dekat dia ha?

" For your information Encik Tengku Khai Edyana..Aku dah bagi dia susu sebelum mandi okay!"

" Nama aku bukan Edyana lah sakai! Edyan!"

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now