24

6.5K 319 9
                                    

Beberapa hari kemudian,

Perutnya yang sudah mulai membentuk dibelek-belek didepan cermin bilik air. Bibir mengukir senyuman segaris. Tali bathrobe diikat kemas sebelum kaki diatur keluar dari bilik mandi. Anak matanya terus terpanah pada si suami yang sedang bersiap untuk ke pejabat. Risya menapak ke walk in closet dan mencapai dress bercorak floral soft pink paras lutut dan kembali ke ruang biliknya.

" Abang balik lambat ke hari ni?"

Kasyaf menoleh lalu menghampiri dirinya yang masih berbalut bathrobe sambil membutangkan baju kemejanya.

" Balik lambat sikit dalam pukul 6:30 macam tu."

Risya mengangguk sebelum berpusing ke belakang menghadap Kasyaf. Serta-merta tubuhnya ditarik rapat. Lelaki itu senyum segaris.

" Kenapa pagi ni abang rasa...Sayang nampak seksi?" Kasyaf tersenyum nakal sambil tangannya gatal menarik tali bathrobe yang tersarung pada tubuh kecil itu. Haruman lavender segar yang melekat pada tubuh isterinya betul-betul menggoyahkan imannya. Risya yang tersedar cepat-cepat menahan tangan Kasyaf daripada meleraikan tali bathrobenya.

" Jaga nafsu tu. Malam tadi dah dapatkan?"

" Pagi ni belum." Bibir sengaja mahu didaratkan di pipi Risya namun gadis itu pantas menekup bibirnya. Risya tertawa nipis.

" Jangan nak mengada. Tengok jam dah pukul 7:30 nanti jalan jem abang lambat masuk office." Dada Kasyaf ditahan apabila lelaki itu sengaja membongkokkan badannya. Tahu dah dia sejak akhir-akhir ni Kasyaf punya perangai tu buas semacam. Seram dia jadinya. Asyik nak menempek je dengan dia.

" Abang tak masuk office pun tak apa. Abang nak sayang..." Rengek Kasyaf. Isterinya itu pantas menutup ruang bathrobe bahagian dadanya yang terbuka apabila lelaki itu mencuri pandang. Risya telan liur. Haih makin menjadi-jadi nampak.

Bibir tergelak halus."Jangan ngada-ngada lah abang."

" Sayanglah buat abang bernafsu pagi-pagi ni."

Risya menayang wajah tak puas hati. Kita pulak disalahkannya?

" Abang..Pergi kerja. Nanti lambat."

" Ala nantilah. Abang masuk tengah hari." Tanpa amaran tubuh Risya ditolak namun Risya pantas melarikan diri membuatkan suaminya jatuh tersembam di permukaan katil. Tawa Risya meletus seraya mendapatkan suaminya yang kaku.

" Sorry abang. Sorry."

" Sayang ni jahatlah." Kasyaf bungkam. Bibirnya dicebik sambil memandang ke tempat lain. Merajuk! Punggung dilabuhkan di birai katil. Rambutnya yang sudah rapi menjadi serabai. Risya menahan tawa daripada meletus.

" Abang pergi office eh.." Rambut Kasyaf dirapikan semula lalu bibir dilabuhkan pipi Kasyaf. Lelaki itu tersenyum nipis.

" Tapi abang nak sayang.."

Risya menjegil mata."Malam ni. Dah abang pergi." Tangan Kasyaf ditarik sambil tangan kiri mencapai tie hitam di atas katil. Perlahan tie tersebut dipasangkan di kolar kemeja Kasyaf.

" Habis berkedut baju."

" Nak sayang..." Kasyaf mendepa tangan memeluk isterinya lalu sengaja kepala Risya disembamkan di bawah ketiaknya. Risya tertawa halus.

" Ketiak abang wangi.." Puji Risya halus membuatkan Kasyaf kaku.

" Sayang!"

Meletus ketawa Risya sekali lagi. Hadeh pagi-pagi dah terhibur dengan Mr.Cool saya. " Dah lambat dah ni. Nanti tengah hari Risya mintak tolong Kak Hanna hantar Risya pergi office abang."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now