53

8.8K 319 9
                                    

Oh hujan turunlah..
Seiring bersama air mata.
Sungguh aku tak berdaya.
Untuk meneruskannya.
Kuatkanlah...
Seandainya aku tertulis untuk dirinya.
Tunjukkan aku bagaimana menempuhinya.
Oh tuhan dengarkanlah.

***

Tiga hari berlalu..Hidup yang dulunya gembira kini sunyi. Kosong. Kehilangan dirinya terlalu sukar untuk diterimanya. Terseksa. Walaupun tinggal bersama satu bumbung, tetapi bagaikan dirinya tidak wujud. Pedih. Terpancar jelas kekecewaan diwajah gadis itu.

Bagaimana kecewanya mama apabila papa pernah berhasrat mahu memadukan mama. Begitu juga kecewa yang dialami isterinya tika ini. Wajahnya yang kelihatan sembap. Lesu. Seakan hidup di dunia sendiri.

Berkali-kali dia cuba mendapatkan ruang untuk berbincang atau lebih tepat mengembalikan rumah tangganya seperti dulu. Tetapi setiap kali terserempak,Risya akan memilih untuk terus beredar. Tidur pun kini berasingan. Dirinya terpaksa tidur di bilik Lisya. Terasa hidup betul-betul sunyi.

Figura Risya yang berlalu keluar dari bilik segera dirapatinya. Pantas pinggang kecil itu disauk membuat telinganya mendengar keluhan kecil.

"Abang tolong sayang mandi eh." Tangannya yang berada di pinggang Risya perlahan ditolak tangan kecil itu namun dia tetap menguatkan pelukannya. Langsung gadis itu tidak mahu memandangnya.

"Tak perlu. Saya boleh berjalan sendiri."

"Sayang ada abang. Abang suami sayang. "

"Saya tak nak bercakap pasal ni dengan awak-"

"It's abang. Bukan awak."

Risya mendengus."Tepi."

"Abang tolong."

"Tak perlu! Saya bukannya cacat sampai perlu tangan seseorang untuk berjalan ke mana-mana!" Marah Risya dengan nada tertahan. Tangan Kasyaf di pinggangnya ditolak kasar sebelum dia menapak kembali ke dapur. Serentak itu juga air mata mengalir keluar. Terasa berdosa.

Kasyaf menghela nafas berat. Figura Risya yang menapak dengan penuh berhati-hati dipandang dengan perasaan berbalam. Ternyata isterinya masih lagi memarahinya.

Pintu ditolak masuk ke dalam. Pandangan terus berpusat pada anak kecilnya yang sedang bermain sendiri di atas katil. Pantas kaki dihayun sebelum tubuhnya direbahkan di sisi anak lelakinya. Spontan bibir tersenyum.

"My hero dah bangun.." Pipi tembam itu digesel-gesel dengan hidung. Tertawa kecil dirinya melihat kerenah anak kecil itu.

"Hazrul Ridzwan..Sedap nama anak papa. Pandai mama pilih nama Iwan." Kasyaf tersenyum. Cadangan nama oleh isterinya sememangnya amat disetujuinya. Nama yang pernah dibincangkan mereka berdua beberapa bulan lepas.

Bibirnya dilabuhkan dipipi Iwan. Dielus lembut wajah kecil itu sebelum jarinya terhenti pada pipi sebelah kiri Iwan. Kasyaf tersengih.

"Iwan pun ada lesung pipit? Wow..Betul-betul anak papa ni."

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan Kasyaf menoleh. Seperti apa yang dijangka,Risya menapak masuk dengan pakaian baru tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now