21

6.7K 318 6
                                    


Risya mendongak ke atas memandang wajah kacak Kasyaf yang memaut tubuhnya dari belakang. Tangan lelaki itu melingkar diperutnya. Tubuh disandar pada tubuh Kasyaf sambil menikmati suasana waktu malam yang terhidang dengan pemandangan 'cahaya' di Kuala Lumpur. Rumah yang dibeli Kasyaf betul-betul menepati citarasanya. Rumah di atas bukit yang boleh nampak seluruh bandar KL.

" Sayang marah abang ke?" Bisik Kasyaf perlahan. Risya memegang tangan Kasyaf yang melekap di perutnya. Dapat dia rasa degupan jantung lelaki itu yang tenang.

Gadis itu menggeleng perlahan. Sungguh tenang menikmati suasana waktu malam dengan angin malam yang dingin.

" Habis tu. Dari balik tadi senyap je. Merajuk eh?"

Risya tergelak kecil."Tak ada lah abang. Risya cuma penat sikit je."

" Ha tu lah merayap lagi. Ni-" Punggung Risya ditepuknya."Tak reti duduk diam. Asyik nak bangun je kerjanya." Bebel Kasyaf. Dagunya diletakkan di bahu Risya lalu satu kucupan singgah di pipi kanan itu.

Risya tersenyum. Berbunga hati dia menerima layanan istimewa daripada suami yang bernama Tuan Hazrul Kasyaf. Seseorang yang digelar 2 in 1. Tegas dan dingin. Tapi istimewa. Lepas kena marah terus dipujuk. Manalah tak cair..

" Love you sayang."

Risya menoleh dan tanpa sengaja hidungnya bersentuhan dengan bibir Kasyaf. Pipi Risya serta merta bertukar merah. Lelaki itu menjongketkan kening berserta senyuman nakal.

" Sayang abang lebih."

Kasyaf mengenyitkan mata membuatkan Risya cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia punya kenyitan tu boleh membunuh tahu. Risya tersentak apabila tangan kasar Kasyaf melekap pada dadanya.

" Lajunya jantung sayang. Berdebar ke?"

Usik Kasyaf seraya menghadiahkan ciuman di pipi Risya. Risya memejam mata. Jantungnya berdegup kencang bagai mahu meletup.

" Abang..Abang nak bunuh Risya ke?"

Kasyaf tergelak."Tak apa lah. Nanti sayang masuk syurga. Kan?"

Pipi Risya dicium lagi sebelum pelukan dileraikan. Tubuh kecil itu ditolak lembut sehingga bersandar pada beranda kaca. Kasyaf merapatkan tubuhnya lalu kedua tangannya memegang pinggang ramping Risya. Gadis itu tersenyum. Kasyaf mendekatkan wajah sehingga hidung mereka bersentuhan.

" Sayang...Besok kita jalan-jalan nak?"

Bersinar anak mata Risya memanah sepasang mata coklat gelap itu. "Nak. Kita nak pergi mana?"

Kasyaf menjuih bibir."Hmm..Rahsia."

Bibir dicebik.Ni lah Kasyaf. Suka berahsia. Nanti ke mana-mana lah dirinya dibawa.

" Abang." Kasyaf menjongket kening. Rambut Risya yang terjuntai diselit di belakang telinga.

" Hari tu kan.. Risya ada dengar tau. Ada sorang budak ni kan. Masa sekolah rendah dulu. Dia suka mengorat budak perempuan. Siap belanja aiskrim. Tapi kan..Bila dah besar pandang perempuan pun tak nak."

Kasyaf menjongketkan kening. Dia kenal siapa budak tu."Hmmm so?"

" Lepastu..Kak Hannah selalu cerita. Ada budak ni masa kecik-kecik dia pelik. Dia suka pakai seluar dalam terbalik."

Kasyaf menahan senyum. Ni mesti tengok gambar dalam album ni. Haih adiknya ni pun.

" Dan sekarang sayang abang dah tengok kan abang pakai seluar dalam terbalik ke tak?"

Risya menjongketkan kening. Wajah sarkastik ditayang."Eh! Abang ke budak tu?"

" Wah dah pandai loyar buruk."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now