51

8.1K 276 7
                                    

" Sayang..."

Rengek Kasyaf lalu tubuh Risya dipeluk dari belakang. Tubuhnya benar-benar lemah tika ini. Nak berjalan tak larat. Nak makan tak larat. Nak mandi? Alahai...Macam berdepan dengan maut je bila hujan turun dengan lebat tadi. Memang menggigil mandi air sejuk!

Risya tersenyum. Tubuhnya berpusing menghadap lelaki itu lalu tangannya dirangkul dileher Kasyaf. Tak boleh nak peluk rapat-rapat sebab ada halangan. Orang ketiga lah katakan..

"Demam dah surut sikit ni..Nanti makan ubat eh?"

Kasyaf menggeleng. Pinggang Risya dipeluk lalu dahinya disatukan dengan dahi Risya. Digesel-gesel hidungnya dengan hidung gadis itu.

"Tak naklah..Nanti abang tertidur. Susah nak bangun."

Risya mengangguk. Wajah Kacak suaminya ditenung. Ada iras-iras lelali yang dia minat dulu-dulu. Dengan tubuh tegap dan tinggi lampai itu. Memanglah serupa dengan dia. Kacaks!

"Makin lama Risya tengok abang ni..Makin hensemlah.." Risya tergelak melihat Kasyaf yang seakan tersentak kecil.

"Sayang ni..Abang ni tengah sabar dengan sayang tahu tak? 9 bulan. Campur sebulan berpantang. Dah 10 bulan. Jangan macam-macam."

Risya tergelak."Kenyataan tau.." Sengaja jari telunjuknya mengelus lembut dada Kasyaf membuatkan lelaki itu pantas menangkap tangannya.

"Janganlah sayang.."Cemberut wajah Kasyaf seakan mahu menangis. Suka tau isterinya dera mental dia macam ni! Terseksa tahu!

Risya tergelak. Pipi Kasyaf dikucup lembut."Risya nak dengar sesuatu boleh?"

Dahi Kasyaf berkerut seraya bibir senyum nipis."Apa dia?"

"Risya nak dengar kata-kata janji abang untuk Risya. Apa-apa je."

"Apa je?" Kening dijongket sebelah. Gadis itu mengangguk lalu tersenyum lebar.

"Hmm..Okay..Abang janji.." Kasyaf berjeda. Ditenung wajah putih itu yang menantikan ayat sambungannya.

"Janji?"

"Abang janji..Yang abang akan teman sayang waktu sayang tengah berperang dalam labour room."

Dahi Risya berkerut."Bukan suami tak boleh masuk sekali ke?"

"Hospital swasta ada." Risya mengangguk mengerti. Kalau macam tu baguslah!

"Lagi?"

Kasyaf tersenyum."Lagi...Abang janji abang akan azankan anak kita..Abang akan jaga sayang sepanjang sayang berpantang. Abang akan jaga sayang dan baby kita elok-elok."

Risya tersenyum."Tapi kalau Risya bersalin caesar?"

Kasyaf mengecilkan kelopak mata memandang isterinya."Kenapa cakap macam tu?"

"Tak..Risya kan kecik. Hari tu adalah Risya search sikit-sikit. Kalau orang yang rahim dia kecik..Barangkali terpaksa bersalin caesar."

Kasyaf tergelak."Wow..Barangkali hmm? Sastera sungguh!" Kasyaf tergelak besar. Kedengaran kelakar dipendengarannya. Risya yang memandang hanya memuncung bibir ke hadapan.

"Sasteralah..Abang betul-betullah.."Risya merengek membuatkan dahinya dikucup lelaki itu. Kasyaf berdeham kecil menghentikan tawanya.

"Kalau bersalin caesar..Abang tak boleh masuk teman sayang..Tapi abang harap sayang bersalin normallah."

"Insyaallah.."

Kasyaf tersenyum. Tiba-tiba kelopak mata terpejam rapat lalu tubuhnya pantas ditahan Risya. Sakit kepala yang menyengat kembali menyerang.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now