30

7.4K 310 11
                                    

I lost my confident serious in writing.

So tortuned bruh!

***

Langkah kaki dibuka besar mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur utamanya. Pintu bilik air yang terbuka dimasukinya apabila kedengaran suara Risya yang sedang muntah-muntah. Rambut Risya yang tidak diikat itu dibawa ke belakang. Lembut belakang isterinya diusap perlahan bersama kerutan di dahinya. Risau.

" Habis kan. Keluarkan sampai habis." Arah Kasyaf sambil mengurut perlahan tengkuk isterinya. Beberapa saat kemudian pili air dibuka dan cepat-cepat dia membilas mulut Risya. Sepantas kilat tubuhnya dipeluk erat. Kasyaf kaku merasai kehangatan tubuh isterinya.

" Abang...Risya tak larat." Esakan kecil kedengaran. Tubuh Kasyaf dipeluk erat. Tubuhnya menggigil kecil

" Behave Risya." Bahu Risya dipeluk dan dibawa keluar dari bilik air. Dagu Risya ditolak lembut ke atas supaya memandangnya lalu bibirnya didaratkan di dahi isterinya. Air mata diseka dengan ibu jarinya.

" All preggy mom face it." Ujarnya perlahan. Berkerut dahinya bersama senyuman halus terukir di bibirnya. Kesian tengok Risya yang muntah-muntah semenjak tiga hari yang lepas. Boleh dikatakan setiap pagi dan juga malam. Inilah komplikasi mengandung yang amat mencabar oleh setiap ibu-ibu mengandung.

" Risya tak larat. Pening kepala. Risya rasa loya." Adunya lemah. Wajahnya kelihatan pucat. Semenjak usia kandungannya mencecah dua bulan semakin menjadi-jadi alahannya. Kalau boleh mahu saja dia duduk dalam bilik air tak keluar-keluar. Penat nak ulang-alik. Bertapa dalam tu sampai rasa dah tak nak muntah.

" Risya kena kuat. Abang selalu ada dengan Risya. Dulu masa mama mengandungkan abang pun macam tu juga. Muntah-muntah. Pening kepala. 9 bulan mama asyik muntah-muntah sampai abang keluar. Papa pun tak putus asa teman mama. Papa jaga mama. Papa sayang mama. Dan sekarang kita pula jadi macam mama dan papa. Abang akan jaga sayang ."

" Abang janji abang takkan tinggalkan Risya?"

" Tak ada sebab abang nak tinggalkan bidadari abang." Dahi Risya dikucup. Perasaan sayang dan cinta semakin bertambah. Terlampau simpati dia dengan keadaan isterinya. Tak seperti masa mula-mula berkahwin. Jauh beza. Seakan dihadapannya ini bukan isterinya yang ceria,manja. Malah lesu dan lemah sepanjang masa. Selera makan pun hilang. Tidur pun tak cukup. Dugaan seorang wanita mengandung.

Kasyaf menilik tubuh kecil itu yang masih berkemban dengan tuala putih yang hanya separas paha. Tergugat iman dia seketika. Ni mesti baru lepas mandi.

Ubun-ubun Risya dikucup. Pipinya dipegang."Kuat Risya. Dugaan namanya. Tak apa. Hari ni abang teman Risya."

Risya menjauhkan wajahnya dari dada Kasyaf. Bebola matanya menilik dari atas ke bawah tubuh suaminya yang sudah lengkap berpakaian kerja.

" Tak payahlah. Abang dah siap. Risya boleh duduk rumah. Abang pergi kerja." Ujarnya perlahan. Kesian dengan suaminya. Lagi pula semenjak dia mengandung ni lelaki itu dah banyak cuti. Tak mahu dia membebankan suaminya.

Keluhan kecil dilepaskan. Sepasang mata hitam itu ditentangnya. "Macam mana abang nak pergi kerja kalau hati abang risaukan Risya? Nanti satu kerja pun tak jalan. Biar abang teman hari ni. " Pipi Risya dikucup. Dia tahu dia over protective. Tetapi demi isterinya. Pernah sekali isterinya hampir gugur dan dua kali isterinya terjatuh. Alamatnya memang risiko untuk gugur terlalu tinggi.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now