40

7.6K 283 9
                                    

Daun pintu ditolak perlahan ke dalam. Kaki menapak memasuki ke dalam sebuah bilik yang tiada beza saiz dengan biliknya. Tapi yang berbeza..Bilik itu keseluruhannya warna baby blues dan kebanyakan barang-barang yang terdapat di dalam bilik itu berwarna putih. Pandangan berpusat pada gantungan huruf kertas yang digantung di satu dinding. Humairah..Disekeliling bilik itu penuh dengan polaroid yang tergantung sekali dengan lampu. Yang kini menjadi trend anak-anak muda. Dahinya sedikit berkerut apabila gambar-gambar yang tergantung itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Terdapat satu suis di situ sebelum tangannya gatal pergi tekan. Sekejap sahaja lampu terpasang dan disaat itulah gambar-gambar yang tergantung dapat dilihat dengan jelas.

" Humairah.." Bisiknya perlahan seraya bibir menguntum senyuman manis. Gambar-gambar itu kebanyakannya gambar seorang gadis yang berambut panjang dan sangat cantik. Ada yang tersenyum. Ada yang terlompat. Ada juga yang memegang sejambak bunga. Ada juga gambar yang meraikan hari jadi gadis itu.

" Cantik.." Gambar itu diusap perlahan sebelum terhenti pada satu gambar.

Senyuman Saffia mati apabila melihat gadis itu sedang memeluk Tengku Farhan. Suaminya. Banyak juga gambar mereka dan ada juga gambar kakak Tengku Farhan. Saffia terdiam sebelum fikirannya terlintas sesuatu.

"Yang Tengku post dekat insta tu tunang Tengku ke?"

"Aah.Kenapa? Awak pernah jumpa ke?"

"Tak pernah..Tapi cantik.."

'"Terima kasih."

Saffia tersentak. Gambar itu sekali lagi ditatap. Sama. Meliar pandangannya ke segenap ruang dalam bilik itu. Humairah..Kenapa bilik ni jadi bilik Humairah? Humairah...Tunang suami dia kan? Apa kaitan suami dia..Dengan Humairah? Dan sepatutnya Humairah kahwin dengan Tengku,bukan Tengku kahwin dengan dia. Apa semua ni?

" Saffia.Kat sini pun awak. Puas saya cari."

Saffia tersentak. Segera pandangan dialihkan memandang Tengku Farhan yang menapak menghampirinya. Terlakar senyuman di bibir lelaki itu seakan tiada apa yang berlaku. Saffia pula menayang ekspresi wajah terkejut.

" Humairah..Tunang awak kan? Kenapa bilik ni..Penuh gambar dia? Kenapa awak tak kahwin dengan dia? "

" Saffia."

Saffia terbuntang. Jari telunjuk dihala pada lelaki itu."Jangan cakap awak jadikan dia perempuan simpanan."

" Watch out your words Saffia!" Marah Tengku Farhan secara tiba-tiba membuatkan Saffia terdiam. Respon lelaki itu seakan benar-benar marah apabila dia menyebut perkataan tak sopan itu. Habis kalau bukan perempuan simpanan..Siapa? Isteri? Tapi hari tu kata tunang?

Tengku Farhan menghela nafas perlahan lalu menghampiri Saffia. Gambar-gambar Humairah dikerling sekilas. "Sorry saya tak sengaja tertengking awak." Tangan Saffia cuba dicapai namun gadis itu pantas menepis. Air muka pun sudah bertukar serius.

" Saya tak nak dengar sorry awak. Tapi saya nak dengar explain awak pasal Humairah. Tunang awak."

Tengku Farhan diam seketika. Frame gambar yang terletak elok di atas meja solek dicapai lalu diusap perlahan. Saffia menahan rasa dalam hati apabila frame gambar itu menunjukkan gambar Tengku Farhan dipeluk dan dicium pipinya oleh seorang gadis bernama Humairah. Mahu saja dia bakar gambar-gambar tu sekarang juga!

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now