10

8.4K 387 14
                                    


Button shower ditekan. Tuala yang disangkut di ampaian besi dicapai sebelum tubuhnya dilap sehingga kering dan dililit dipinggang. Kasyaf menapak keluar menuju ke closet. Baru sahaja tangan mahu membuka almari tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Serta merta jantungnya berdegup laju disaat tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Berkerut dahi dia.

Kepala dipalingkan ke belakang. Membuntang mata Kasyaf melihat gerangan yang memeluknya seraya cuba untuk merungkaikan pelukan.

" Kau buat apa dalam bilik aku ni Lisya? Macam mana kau boleh masuk?" Suaranya ditekan. Tangan yang menjalar di dadanya sumpah buat dia rasa tak sedap hati. Macam mana Lisya boleh tahu dia tinggal dekat hotel sini?

" Shuhhh..You look so...Aumm." Meremang bulu roma Kasyaf disaat suara yang berbisik menjengah halwa telinganya.

" Lepas Lisya! Aku suami Risya! Ingat tu." Tangan Lisya yang melingkar di perutnya cuba dirungkaikan tetapi tak boleh. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh melawan.

This is not you Hazrul Kasyaf!

" Do i care? I love you.."

Lisya tersenyum di sebalik tubuh lelaki itu. Haruman yang melekat di tubuh Kasyaf tajam menusuk rongga hidung. Sehingga menggegarkan nafsu perempuannya. Semakin erat tubuh suami Risya dipeluknya. Kesah apa dia suami Risya ke apa?

" Istighfar Lisya! Ingat Allah! Lepaskan akulah!"

" A big no Kasyaf..I like you.."

Tuala yang berlilit di pinggang Lisya pegang sebelum bertindak untuk membuka namun pantas tangan Kasyaf menahan sebelum tubuh Lisya ditolak menjauh. Tuala yang hampir terlerai dikemaskan kembali. Sumpah ini kerja gila Lisya buat. Hanya mereka berdua dalam bilik. Macam mana dia boleh masuk? Aku tak kunci pintu ke malam tadi?

" Awww...You main kasar lah Kasyaf..I like."

Rambut yang berserabai dibetulkan sebelum dia bangkit dan berlari mendapatkan Kasyaf. Kasyaf pula semakin tak keruan apabila gadis itu bertindak menanggalkan dress pendek dan hanya membiarkan long shirt menutupi pehanya yang terdedah.

" Bodoh! Kau nak buat apa dekat aku ni?"

" Just for fun."

Kasyaf mencapai t-shirt lalu segera menyarungkan ke tubuh. Figura Lisya yang menghampiri dengan berpakaian separuh bogel betul-betul menguji keimanannya. Sumpah dia katakan. Hanya Allah yang dia perlukan sekarang ini.

" Relaxlah Syaf. Bini kau bukannya tahu pun..."

Kasyaf mendengus. Serta merta wajahnya bertukar dingin. " Bodohnya kau perempuan! Sanggup kau khianat kakak kandung kau! Apa dah sangap sangat ke kau ni?!"

" Well.." Lisya berdiri berhadapan dengan lelaki itu. Tangan naik berpeluk tubuh seraya bibir tersenyum sinis.

" Kau yang buat aku tergoda.. Dengan kau!"

Tubuh Kasyaf ditolak kasar sehingga terdorong ke belakang membuatkan Kasyaf terjatuh di atas katil. Baru sahaja dia mahu bangkit tubuhnya terus ditahan. Membuntang matanya apabila peha putih itu yang terhidang di hadapan matanya.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now