4

9.4K 500 13
                                    


" Eh Kasyaf?"

Tersentak Kasyaf dan hampir-hampir tersadung di tangga kayu dapur apabila disapa dengan figura Puan Aida. Dadanya diurut perlahan seraya bibir tersenyum kecil.

" Mak.."

" Risya mana? Tak bangun lagi?"

Kasyaf tersenyum sebelum menapak mendekati Puan Aida. Figura seorang perempuan yang sedang bersarapan ditoleh sekilas. Gadis itu tersenyum-senyum melihatnya. Kasyaf pula berkerut dahi. Siapa pula perempuan ni?

" Belum mak. Ingat nak kejut tadi tapi kesian dia penat seharian tak tidur sampai sembap mata. Tu yang biar dia tidur kejap."

Pili air ditutup sebelum tubuh dipusing menghadap Kasyaf." Dia tak solat subuh ke?"

" Err..Risya cuti mak." Puan Aida mengangguk kecil sebelum berlalu ke meja makan. " Jom sarapan dulu. Mak masak Mee goreng je."

Kaki diatur ke meja makan sebelum punggung dilabuhkan berhadapan dengan gadis yang bertudung itu. Dalam hati tertanya-tanya akan gerangan itu.

" Abang Kasyaf nak makan? Lisya ambil kan ye." Lisya bangkit mahu mencapai pinggan namun dihalang Puan Aida.

" Tak perlu. Biar mak sendukkan. Kasyaf ni suami Kak Risya. Tak manis. Dah Lisya duduk biar mak ambil kan."

Lisya menayang senyuman kelat sebelum punggung dilabuh kembali. Geram dia dengan Puan Aida. Bukannya dia buat apa-apa pun.

" Ouh. Lisya ni adik Risya ye mak?"

Pinggan yang berisi mee goreng disambutnya." Aah. Baru lepas SPM. Nanti dapat tawaran sambung belajar tinggallah mak berdua dengan abah kat sini."

Kasyaf mengangguk kecil sebelum mula menjamu selera."Terima kasih mak." Dia mula berasa tak selesa apabila ditenung Lisya. Makanannya cuba dihabiskan secepatnya. Haihh..Lain macam pula adik Risya ni.

" Abang Kasyaf ni pengurus besar syarikat dekat KL eh?"

Kasyaf menoleh sekilas. Tiada satu pun senyuman yang terukir diwajahnya. Sekejap sahaja mee goreng sudah habis dijamahnya. Anak mata dilarikan memandang Puan Aida yang sudah hilang entah ke mana. Hanya mereka berdua sahaja di ruang meja makan ini. Abah pula sudah sedia maklum ke kebun menjalani rutin hariannya selain ke sawah.

" Abang-"

" Lisya tak makan ke?" Kasyaf bangkit apabila terasa kakinya digesel dengan kaki Lisya. Sengaja menyibukkan diri mencuci pinggan dan cawannya daripada menghadap Lisya yang seakan cuba menggodanya.

" Dah. Baru je habis. Abang-"

" Aku naik atas dulu."

Tersentak kecil Lisya apabila Kasyaf berpanggilan seperti itu. Figura Kasyaf yang hilang disebalik ruang atas itu membuatkannya berasa tidak puas hati. Sombong punya abang ipar.

" Heh. Sombong. Tengoklah nanti."

°°°°°

Tok! Tok!

" Masuk! "

Figura seseorang yang menapak masuk ke dalam ruang yang berpenghawa dingin itu tidak diendahkan. Tumpuannya sejak 2 jam yang lalu masih pada proposal yang harus dihantar pada hari esok. Kerana terlalu kesibukan dia terpaksa meninggalkan telefon pintarnya didalam kereta kerana tidak mahu diganggu.

Bijak kan dia?

" Assalamualaikum Tengku."

Kedengaran suara asing menyapa gegendang telinga menghentikan pergerakan tangan Tengku Farhan yang asyik menulis. Kertas dihadapannya ditenung sebelum perlahan wajah diangkat.

Book 1:The Faith's [C]✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora