32

5.9K 341 23
                                    


Ukiran henna di kedua-dua belah tangannya dipandang sepi. Henna yang masih basah itu diukir cantik. Tak terlalu serabut dan tak terlalu simple. Hari ni merupakan hari bersejarah buat dirinya. Hari ini merupakan hari tamatnya zaman bujang dirinya. Bergelar isteri pada usia 23 tahun. Masih terlalu mentah untuk memikul tanggungjawab yang berat ini. Bukan mudah. Mahu sahaja dia menangis dan menjerit kuat-kuat. Tetapi semua itu takkan membantu. Takdir Allah telah ditetapkan hari ini.

Ya. 27 hari bulan 3. Jatuh pada hari lahirnya yang ke-23. Hari ini.

" Saffia. Nanti dalam pukul 11 kau dah kena pakai dress ni tau. Aku keluar kejap."

Pintu yang terkatup rapat dipandang sepi. Berdebar-debar yang dia rasakan. Orang lain gembira,teruja pada hari pernikahan. Tetapi berbeza dengan dirinya. Dipaksakan diri supaya bersedia. Dipaksakan hati supaya ikhlas menerima. Jasad mungkin di sini. Di dalam bilik ini. Tetapi hati di tempat lain.

' bersedia kah aku?'

Kedengaran pintu biliknya terbuka. Terpacul satu susuk tubuh yang melemparkan senyuman manis. Saffia membetulkan posisi duduknya.

" Hello bride to be." Kelibat Zara yang menapak masuk dipandang. Khayra yang didukung tersenyum manja. Comel baby Khayra.

" Hai baby..Comelnya dia." Saffia hanya mampu memandang Baby Khayra yang meniarap di atas katilnya. Comel baby Khayra. Dengan flower gown putih tersarung ditubuhnya dan flower crown pink yang terletak elok di atas kepala. Comel sangat. Macam dia pula yang nak kahwin.

Berkerut dahi Zara melihat ukiran henna yang masih basah terukir cantik di tangan Saffia. "Kau baru pakai inai ke?"

Saffia menoleh seraya mengangguk. Soalan yang sama setiap kali orang masuk ke dalam biliknya. Kenapa? Tak pernah tengok ke?

" Asal tak pakai dari malam tadi? Kau tahu tak lagi berapa jam kau nak bernikah?"

Saffia mendengus. Kenapa ramai sangat tekankan dia pasal pernikahan ni? Memang semua nak dia kahwin ke macam mana?

" Pakai inai malam tadi ke. Pagi ni ke. Sama juga. Aku tetap bernikah juga."

Zara mendecit kecil. Ni lah dia Saffia. Tahu nak sedap mulut je."Tapi kan nanti tak ada lah stress sangat. Kau kejap lagi nak bersolek. Bersiap-siap. Kau fikir sempat ke?"

" Hish.. Apanya yang tak sempat? Lain lah kalau kejap lagi aku nak bernikah sekarang ni juga aku pergi lari cari baju. Relaxlah." Marah Saffia. Dia tengah ambil feel untuk bertenang boleh pula dia bangkitkan isu yang memang dia tak suka. Zara dengan Tengku Farhan sama je!

Zara menjeling kecil. Penat. Penat nak bercakap dengan orang yang keras kepala seperti Saffia. Tak ada guna bertikam lidah.

***

" Zara..Aku nak air kosong."

Saffia melabuhkan punggung dibirai katil. Dadanya berdebar hebat. Nafas cuba diatur sebaik mungkin. Air kosong yang dihulurkan pantas dicapai lalu diteguk. Gementar hebat sampaikan dia hampir-hampir mahu rebah. Menggigil kecil tubuhnya.

" Take breathe. Calm." Zara mengusap perlahan belakang tubuh Saffia. Wajahnya berkerut risau melihat Saffia yang baru selesai bersiap hampir-hampir mahu jatuh. Nasib pantas dia menyambut.

Kelopak mata dipejam rapat. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan. Wajah Zara dicari lalu tangannya digenggam erat.

" Zara aku takut." Perasaan yang sama ketika hari pertunangannya bulan lepas. Kalau bulan lepas dia mahu lari tetapi tak menjadi. Kalau hari ni dia lari boleh tak?

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now