12

7.3K 379 15
                                    

" Saffia dah sampai? "

Hajar mengangguk. Fail yang dipegang dirapatkan ke dada."Dah Tengku. Dia dalam bilik."

" Okay terima kasih."

Kaki diatur ke bilik kerjanya malah sempat dia menjenguk Saffia yang sibuk mengakses maklumat dalam komputer. Pintu ditolak dan ditutup kembali. Dan mejanya didapati.

" Huh." Tengku Farhan menghela nafas. Interkom yang berada disebelah ditekan beberapa punat sebelum bersambung talian dengan staffnya.

" Selamat pagi Tengku."

Suara Saffia yang menjengah pendengarannya telah mengukir senyuman di bibir lelaki itu. Rindu dia dengan Saffia. Haha terpaksa cuti emergency semalam sebab cirit-birit. Sehari tu 24 jam terpaksa menanggung rindu.

" Masuk bilik saya sekarang."

" Baik Tengku."

Tengku Farhan bersandar. Dalam beberapa saat pintu dikuak dan terpacul wajah yang ditunggu-tunggu. Figura Saffia yang mendekat dan buku catatan yang turut dibawa dipandang. Bibir terukir senyuman halus.

" Tengku."

" Duduk."

Saffia akur. "Semalam saya tak masuk awak buat apa?"

" Pagi tu saya dekat office lepas lunch saya ada meeting dengan Haj's Enterprise dekat Ampang."

" Awak pergi dengan siapa?"

" Sorang."

Tengku Farhan menganggguk. Kesian Saffia terpaksa hadir meeting sendiri. Dah lah baru masuk kerja.

" Great. Okay." Tubuhnya ditegakkan. Laptop kerjanya dihidupkan seraya fail-fail yang bertimbun ditarik mendekat.

" Check my shedule."

Saffia mengangguk. Buku catatannya dibuka dan diselak helaian demi helaian sebelum berhenti pada satu helaian.

" Pagi ni Tengku free. Lepas lunch Tengku ada lawatan dekat Puchong. Then malam Tengku ada dinner dengan Syarikat Terland's Studio." Saffia tersenyum. Pen hitam sudah bersedia di tangannya.

Lelaki itu menyembunyikan senyumannya apabila senyuman Saffia menjamah matanya. Gugup dia seketika.

" Hmm..Macam biasalah. Awak lunch dengan saya then kita terus gerak ke Puchong. Lepas maghrib,I will pick you up."

Saffia tersentak. Takkan dinner pun dia nak kena ikut? "Tapi Tengku. Saya rasa dinner tu hanya untuk Tengku. Kenapa ajak saya sekali?"

" You're my PA right?"

Ragu-ragu Saffia mengangguk. Kaca matanya ditolak mengena batang hidung. Wajah kacak Tengku Farhan yang tersenyum ke arahnya menggamitnya untuk menunduk. Tak selesa dengan pandangan sebegitu.

" So. Ke mana saya pergi atas urusan kerja awak kena ikut. Even outstation sejauh mana sekali pun awak kena ikut sebab awak PA saya. "

" Baik Tengku."

Fail yang berada di sisi kirinya dicapai sebelum disemak dan diturunkan tandatangannya di situ. "Nah." Fail tersebut dihulur dan disambut Saffia.

" Tolong hantarkan dekat bilik Tuan Kasyaf dekat tingkat atas."

Saffia mengangguk seraya bangkit. "Baik Tengku. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu."

" Okay. Tapi ingat. Hari ni saya hantar awak balik."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now