37

6.3K 289 6
                                    


" Alhamdulillah..Dah sampai."

Tengku Farhan dan Saffia menapak keluar dari perut kereta mercedes benz yang berwarna kelabu. Kaki diatur ke bonet kereta lalu mengeluarkan dua buah bagasi mereka berdua. Saffia yang kelihatan terpegun dihampirinya lalu pinggang Saffia ditarik.

" Eh." Pantas Saffia meleraikan tangan Tengku Farhan dipinggangnya lalu kembali memutarkan bebola mata memandang seisi halaman rumah teres elit 2 tingkat itu.

" Ni..Rumah awak ke?"

Tengku Farhan tersenyum."Rumah kita." Jari jemari Saffia diselusuri lalu ditarik supaya menapak masuk ke dalam rumah. Saffia pantas menarik pemegang bagasinya dan kaki diatur masuk. Sebaik berdiri di muka pintu,dia tergamam. Sungguh cantik rekaan dalaman rumah Tengku Farhan. Elegant dan Simple. Dengan reka bentuk meja kayu yang sangat classic. Ada meja kopi di satu sudut. Sangat cantik. Dia yakin pasti semua ini hasil tangan Tengku Farhan. Seseorang yang mahir dalam bidang Interior Designer.

" Sebenarnya ni penthouse saya. Tapi lately ni saya jarang balik sini. Saya tidur rumah mama. Tapi kalau awak tak suka nanti kita cari rumah lain."

Saffia pantas menggeleng. Bibir tersenyum lebar. Gila ke? Berapa banyak rumah dia nak ada? Yang ni pun dah macam rumah persinggahan dah. Rasa nak duduk,duduk. Tak nak,duduk rumah family.

" Ni dah terlebih okay dah. Saya suka. Cantik. Kemas dan teratur."

Rumah yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Malah hiasan dalaman mengikut citarasa dan dipadankan dengan warna light grey campur putih seakan memahami kegemarannya.

" Jom naik atas. Saya nak rehat jap."

Tanpa menunggu balasan,Tengku Farhan terus menapak mendaki anak tangga dengan mengangkat kedua-dua bagasi milik dirinya dan Saffia. Saffia yang mahu menghulurkan bantuan terbantut apabila lelaki itu sudah selamat tiba di ruangan tingkat atas.

" Ni bilik kita." Bilik yang berada betul-betul dihadapan tangga ditunjuknya. Tombol pintu dipulas lalu ditolak ke dalam.

"Awak." Tengku Farhan menoleh. Tersentak kecil dia apabila bagasi Saffia ditarik daripada tangannya. Dahinya berkerut pelik.

" Kenapa?"

Saffia tersenyum kecil. Bagasinya dipegang "Saya nak bilik lain."

Tengku Farhan melepaskan bagasinya lalu memeluk tubuh."Awak cakap apa?"

Saffia memandang Tengku Farhan silih ganti lalu perlahan-lahan kaki menapak ke tepi tanpa disedari suaminya. Bagasinya dipegang kemas.

" Saya nak bilik asing. Saya tak nak sebilik dengan Tengku." Ujarnya perlahan. Wajah serius lelaki itu dipandang.

" No way. Kita dah kahwin. Awak isteri saya. Saya suami awak. Jadi-"

"Jadi saya pilih bilik sebelah awak. Thanks awak!" Saffia terus berlari ke bilik sebelah sambil menarik bagasinya. Tengku Farhan tercengang tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya.

" Saffia!"

" Bye Tengku!" Pintu bilik sebelah biliknya ditutup. Sempat telinga Tengku Farhan mendengar pintu dikunci. Spontan dia menggeleng kecil seraya menghela nafas. Bibir tersenyum nipis.

" Awak ingat awak boleh lari ke Saffia?"

***

Button shower yang terletak elok di belakangnya ditekan membuatkan air berhenti mengalir. Kain basahan ditanggalkan dari tubuh lalu tuala yang berwarna putih diambil dan dililitkan di tubuh setelah badannya yang basah dilap. Kain basahan itu diletakkan di dalam sebuah bakul yang tersedia di tepi sinki.Saffia tersenyum lebar melihat bilik air yang cukup canggih itu. Siap ada tub mandi. Bilik air pun besar. Siap ada shower air panas dan air sejuk. Batak sekejap dia tadi. Terujalah katakan.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now