47

7.1K 292 12
                                    

" Kemeja putih ni abang nak bawa ke?"

Kasyaf yang duduk bersila di atas katil sambil melipat bajunya menoleh lalu mengangguk."Yang putih satu. Lepastu yang emerald green dengan baby blues. Bawak sini."

Risya mencapai sehelai baju berwarna emerald green dengan baby blues lalu kaki diatur ke katil."Tie?"

"No. Abang bawa satu je. Warna hitam."

Punggung dilabuhkan di sisi lelaki itu sambil tangan mencapai kemeja tersebut. Dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam bagasi sederhana kecil itu. Setelah selesai,zip ditarik lalu bagasi tersebut diletak ditepi katil. Briefcase di sebelah pula dicapai.

" Esok siapa hantar abang pergi airport?"

Fail-fail di dalam beg di keluarkan."Esok driver papa hantar abang. Flight abang tengah hari. "

Risya mengangguk. Tubuh Kasyaf dipeluk dari tepi sambil mata ralit melihat lelaki itu yang menyusun kertas-kertas di dalam fail. Pinggang lelaki itu dipeluk erat.

Kasyaf mengerling ke sebelah melihat wajah cemberut isterinya. Spontan dia tertawa kecil."Macam tak bagi abang pergi je ni.."

Risya menghela nafas."Tahan rindulah Risya dibuatnya.."

" Lepas abang balik dari Singapore abang cuti dua hari. Lepaslah rindu sayang yang menggunung tu." Ubun-ubun Risya dikucup sekilas.

Bibir dijuih ke depan."Kalau abang cuti nanti macam hari tu. Banyak sangat kerja yang tertangguh."

" Insyaallah tak. Ni pun last meeting yang postpone hari tu. Lepas ni cuma duduk kat office je. Abang pun nak cari runner baru. Ganti tempat abang long."

Briefcase dizip. Bahu Risya ditepuk perlahan."Bangun jap. Abang nak ambil barang dekat bilik kerja."

Risya melepaskan pelukan. Figura Kasyaf yang berlalu keluar dari bilik dipandang dengan ekor mata. Meliar bebola matanya memandang seisi ruang bilik yang besar sebelum pandangannya berpusat pada iphone x lelaki itu. Risya tersenyum lalu pantas diambil.

Fail yang terletak elok di atas meja dicapai sebelum kaki diatur keluar. Sebaik sahaja dia melintasi bilik adik iparnya,langkahnya terhenti. Kaki diatur ke bilik tersebut lalu pintu dibuka. Terpacul wajah Lisya yang sedang menyiapkan assignment di meja belajar. Kasyaf menutup pintu semula lalu dia menghampiri gadis itu.

" Lisya."

Lisya mengangkat muka. Tersentak kecil dia sebelum pandangan beralih pada pintu sekilas."Asal kau masuk bilik aku?"

" Aku nak minta tolong sikit."

Lisya tertawa sinis. Pen ditangan diletak di atas meja lalu dia duduk bersandar pada kerusi. Kasyaf yang berdiri sambil memeluk tubuh dipandang tanpa perasaan.

" Apa dia?"

" Esok aku outstation. Tiga hari. Sepanjang aku tak ada aku nak kau tolong jaga isteri aku."

Lisya tertawa sinis. Rambutnya disebak ke belakang."Apahal pulak aku nak kena jaga isteri kau? Bawak je lah sekali. Kau kan overprotective."

Kasyaf mendengus."Aku pergi sana sebab kerja bukan nak pergi honeymoon. Kalau ikutkan nak je aku bawa isteri aku daripada tinggal dengan adik yang entah apa-apa."

Lisya mendengus."Jaga mulut kau!"

Kasyaf tersengih sinis. Tahu pun terasa. Ingatkan hati kering."Macam ni lah." Poket kiri seluar diseluk lalu wallet yang berwarna hitam diambil. Note berwarna ungu diambil sebanyak 5 keping lalu dihulur kepada gadis itu.

" Aku malas nak bergaduh dengan kau. Ni upah kau jaga isteri aku.

Lisya tersenyum sambil menyambut huluran lelaki itu. Lebar senyumannya. Kalau ini dia suka!

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now