23

6.4K 303 5
                                    


Wajahnya ditundukkan ke bawah. Tangan yang sejuk itu dipegang erat dengan detakan jantung yang tidak mengikut tempo. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Perasaannya bercampur-baur tika ini. Semuanya salah dia. Salah dia kerana meletakkan Risya di risiko yang paling tinggi.

Kasyaf beristighfar dalam hati menenangkan dirinya. Wajah yang pucat dan masih belum menyedarkan diri ditenung. Tiada yang lain dia mahukan selain isterinya bangun dari lena panjang. Hanya itu.

Kasyaf bangkit lalu mendaratkan bibirnya diubun-ubun Risya. Beberapa saat kemudian tangan Risya yang berada dipegangannya bergerak-gerak. Kasyaf menghela nafas panjang. Syukur isterinya sudah sedar.

Terkelip mata Risya apabila menerima pancaran cahaya dari lampu bilik hospitalnya. Dia cuba bangkit dengan bantuan Kasyaf.

" Abang. Kenapa Risya ada dekat sini?" Soalnya perlahan sambil bersandar di kepala katil. Kasyaf tersenyum hambar sebelum mendapatkan tempat di sisi Risya di atas katil pesakit.

Dahi Risya berkerut apabila suaminya hanya mendiamkan diri malah menunduk merenung tangannya yang berada di dalam genggamannya. Hidung Kasyaf yang merah dan mata berair ditenung sesaat.

" Abang menangis ke?"

Kasyaf mengangkat wajahnya. Bibirnya tersenyum pahit."Tak adalah. Mana ada. Abang mengantuk je." Nafi Kasyaf. Sejujurnya dia tidak mahu memberi tekanan lepas apa yang jadi pagi tadi. Yang hampir-hampir membuatkan jantungnya berhenti.

Risya mengemam bibir. Pandangannya melurut jatuh pada tangan kanannya yang dilekap pada perut. Air mata tiba-tiba mengalir apabila fikirannya terimbas kejadian pagi tadi. Ada sesuatu yang mahu ditanya tetapi dia terlalu takut. Takut jawapan yang diterima bakal memusnahkan sekeping hati itu.

Risya menarik nafas panjang dan air liur ditelan sesaat. "Apa yang jadi pada Risya abang?" Soalnya pilu. Air mata semakin deras mengalir. Kasyaf di depan ditenung. Dapat dia lihat cecair jernih yang mengalir di tubir mata.. Wajah lelaki itu kelihatan hiba.

" Risya gugur kan abang?" Statik kepala Kasyaf terangkat membuatkan semakin lebat tangisan Risya. Air matanya diseka lalu punggungnya diherot merapati Risya.

" Sayang-"

" Anak kita dah tak ada kan?"

" Sayang dengar dulu-"

" Risya gugur kan?" Desak Risya mahukan jawapan dari bibir itu. Sumpah dia rasa sakit sangat. Sakit kerana Kasyaf seakan mahu berdalih dengannya daripada berkata benar.

" Risya. Dengar apa yang abang nak-"

" Bagitahu je lah Risya gugur! Anak kita dah tak ada kan? Risya gugur kan abang! Kan?!" Risya bertindak agresif. Tangannya cuba ditarik dari pegangan lelaki itu namun Kasyaf menguatkan pegangan.

" Risya behave." Pujuk Kasyaf. Tubuh Risya yang meronta-ronta ditarik dan dipeluk erat. Sebak mula menebar di dada. Nada suaranya cuba dikawal supaya tidak terlepas sebarang perkataan yang akan mengguris hati isterinya.

" Maafkan Risya abang." Risya menangis di dada lelaki itu. Menangis lesu di dakapan Kasyaf membuatkan lelaki itu turut mengalir air mata hiba. Dia cuba paksa untuk berkata benar tetapi seakan berat untuk dia mengeluarkan kenyataan itu. Ubun-ubun Risya dicium.

" Behave sayang. "

" Risya gagal-"

Kasyaf mengeratkan pelukan." Nothing happen sayang. Just implication."

" Risya apa?"

" Sayang hampir gugur."

Risya diam tak berkutik. Hujung baju Kasyaf yang dicengkam perlahan-lahan terlerai. Menggigil kecil tubuhnya sebaik sebaris perkataan itu menerpa ke salur telinga.

Book 1:The Faith's [C]✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang