7

8.4K 410 5
                                    


Beg pakaian yang sederhana besar dicampak di atas katil. Sesekali tubuhnya berpusing-pusing mengikut rentak alunan yang bermain di bibir mungilnya. Gerobok kayu dibuka lalu baju-baju yang tergantung dipilih sebelum dicapai satu.

" Eh?"

Baju-baju yang tergantung rapi dibelek-belek. " Banyaknya baju kurung ni? Euww?"

Bibir diherot senget. Baju kurung yang dipegangnya ditenung dalam." Ouh ya." Lisya tertawa kecil.

" Relax Sya. Tak lama. Dua bulan lagi dan aku takkan jadi budak kampung lagi."

Punggung dilabuhkan di birai katil setelah beberapa baju kurung yang tergantung diambilnya. Nak tak nak dia terpaksa bawa baju kurung tersebut untuk menyambung pelajarannya di UniKL. Hanya itu sahaja baju yang okay yang dia ada.

" Two months ..." Tuturnya perlahan. Bayangan kota mewah itu bermain-main di minda. Senyuman terukir tersirat.

" Aku tak boleh bayangkan kalau aku dapat jadi The Best Fashion Designer!"

Tok! Tok! Tok!

Lisya tersentak. Anak mata terus menghala pada pintu kayu tersebut sebelum terjengul kepala Puan Aida bersama kerutan di dahi.

" Lisya cakap dengan siapa?"

Gadis itu menayang senyuman tersengih. Ops! Terlebih pulak.
" Err.." Dahinya digaru." Mana ada mak. Lisya tengah kemas baju ni."

Puan Aida menapak masuk sebelum melabuhkan punggung di sisi Lisya. Wajahnya jelas berkerut seraya memandang si anak dara dan pakaian di atas katil kayu itu silih berganti.

" Lisya kemas baju-baju ni nak pergi mana?"

Pergerakan tangannya terhenti. Perlahan kepala dipaling memandang Puan Aida bersama senyuman kecil di bibir. Lisya bangkit menapak ke meja belajarnya sebelum mencapai satu brochure dan dilabuhkan kembali punggungnya.

" Mak.." Puan Aida menyambut huluran anaknya itu sebelum membacanya dengan teliti.

" Lisya harap. Mak dengan abah izinkan." Tuturnya perlahan. Izinkan! Tak kira apa jadi Lisya nak jugak! Bisik Lisya dalam hati. Penuh pengharapan yang menggunung tertanam dalam hati.

Lama suasana sepi sebelum Puan Aida mengeluh kecil dan mengangkat kepala memandang Lisya. Ralit wajah putih itu ditenung, terlalu berat untuk dia memberi kesimpulan terhadap keputusan ini.

" Kenapa jauh sangat? Dekat Perlis ni pun ada kan?"

Berkerut kening gadis itu." Mak..U dekat Perlis tak sama dengan UniKL mak. Lain. Lisya tak nak dekat sini. Lisya nak berhijrah. Tolonglah mak.."

Puan Aida mengerling sekilas sebaris nama yang tertulis di dalam brochure itu. Berat untuk dia memberi kata putus. Cukuplah Risya dah tinggalkan mereka sekeluarga dengan menjadi isteri termuda untuk seorang lelaki kaya. Takkan Lisya pun dia mahu lepaskan?

" Jauhlah Lisya. Lagipun kalau Lisya sambung belajar kat KL nanti Lisya nak duduk mana? Nanti apa-apa jadi mak dengan abah susah nak ke sana."

Tangan Puan Aida dicapai dan digenggam. "Mak..Hari tu Lisya ada bincang dengan Kak Risya. Dia kata kalau Lisya sambung dekat UniKL Lisya boleh duduk serumah dengan dia. Bolehlah mak."

Puan Aida terdiam berfikir sejenak. Brochure di tanganya direnung dalam." Tapi kan tak manis kalau Lisya duduk satu rumah dengan Kak Risya. Dia dah kahwin tambah-tambah ada abang ipar kamu tu. Mak tak nak lah terjadi apa-apa diluar perhatian mak dengan abah."

Lisya menunduk. Keluhan kecil terkeluar dari celah bibirnya." Lisya pilih UniKL bukan sebab lain mak. Lisya nak jadi pereka fashion terkenal. Lisya nak bawak nama mak dengan abah ke serata dunia. Lisya nak banggakan mak dengan abah. Hanya cara ni je Lisya dapat balas jasa mak dengan abah. Lagipun dekat UniKL tu pembelajarannya bagus."

Book 1:The Faith's [C]✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن