3

10.7K 530 1
                                    


Perjalanan yang memakan masa selama berjam-jam menuju ke bumi jelapang padi amatlah meletihkan. Dengan menghadap traffic jam,dengan singgah makan dan solat. Oleh kerana Kasyaf sanggup bertahan mata memandu dari Kuala Lumpur ke Perlis, Risya sanggup menahan kantuknya semata-mata mahu menemani Kasyaf. Takut terjadi apa-apa memandangkan jam tangannya sudah menginjak 3 pagi.

" Abang." Kasyaf menoleh sebaik pedal minyak dilepaskan apabila lampu isyarat bertukar merah. Rambutnya disebak ke belakang. Tengkuknya diurut-urut menghilangkan lenguh.

" Abang tak penat ke? Berhentilah dekat RnR dulu ke. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Sian abang letih." Pipi Kasyaf dipegangnya lalu bahu lelaki itu dipicit lembut..

Kasyaf tersenyum kecil dalam samar-samar memandangkan highway tiada lampu jalan yang banyak. Risya pula tergugat melihat senyuman Kasyaf. Bagaikan ada nur disebalik senyuman suaminya.

" Tak payahlah. Lagipun dah nak sampai. Tidurlah dulu. Dari petang semalam berjaga. Nanti dah sampai abang kejutlah."

Pantas Risya menggeleng. " Tak apa lah. Risya teman abang. Abang tak mengantuk?"

Brek dilepaskan. Cermin pandang belakang dilihatnya sebelum meneruskan perjalanan. Risya yang masih setia menunggu jawapannya dikerling dengan ekor mata.

" Okay." Risya membetulkan postur duduknya memandang ke jalan raya. Bibir cuba diukir dengan senyuman. Cuba menghapuskan perasaan ' terasa' nya dengan Kasyaf.

°°°°°

" Alhamdulillah..Dah sampai."

Risya menepuk tangan tanda gembira. Kasyaf yang sedang meregangkan otot-ototnya menghilangkan penat lelah dipandang sebelum bibirnya laju mendarat di pipi kiri Kasyaf.

" Terima kasih abang."

Enjin kereta serta aircond dimatikan. Kunci ditarik keluar lalu Kasyaf bersandar seketika sambil memandang Risya. Wajah putih bersih Risya yang manis berhijab membuatkan dia teringat akan arwah sepupunya Tengku Humairah adik kepada Tengku Farhan yang terlibat dalam kemalangan 2 tahun lepas. Cukup memilukan apabila disahkan arwah meninggal pada malam tersebut.

" Abang? " Suara lunak Risya meragut pergi lamunan Kasyaf. Lelaki itu tersentak kecil sebelum menghela nafas kecil. Jam Rolex di tangannya dikerling.

" Dah nak masuk subuhlah abang. Ermm..Kita solat subuh dulu ye?" Lengan sasa Kasyaf,Risya sentuh. Wajah kepenatan suaminya melahirkan rasa simpati pada Risya. Kesian Kasyaf sanggup bertahan mata kerana mahu pulang ke Perlis.

Kasyaf mengangguk. Bibirnya dihinggap ke pipi Risya." Baju tu biar dulu dalam bonet. Besok pagi abang angkat masuk dalam."

" Ouh okay. Jom masuk."

Risya melangkah turun dari perut kereta diikuti Kasyaf. Berlari kecil dia mendapatkan suaminya sebelum kaki diatur ke depan rumah. Cahaya yang menerobos keluar dari celah-celah rumah papan itu menandakan keluarganya sudah pun bangkit dan bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Risya memanjatkan rasa syukur apabila pintu dikuak dari dalam tepat pada waktunya. Wajah seorang lelaki yang sudah dimamah usia menyapa pandangan mereka berdua. Bibir merah itu tersenyum gembira.

" Assalamualaikum abah."

Tersentak kuat tubuh Encik Asri iaitu bapa Risya yang lengkap berpakaian baju melayu dan kain sarung.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now