52

8.1K 312 1
                                    

"Ya Allah!!"

Puan Aida pantas memeluk tubuh anaknya. Dahinya berkerut seribu sambil mengusap belakang gadis itu. Risya melepaskan semuanya dipelukan seorang ibu. Pelukan yang sentiasa bersamanya tidak kira waktu susah mahupun senang. Pelukan yang sentiasa menenangkan.

"Risya! Kenapa anak mak ni? Ya Allah!" Wajah Risya dipegang lalu air mata anaknya diseka. Risau bertandang dihatinya apabila melihat suaminya sedang berbual dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai pemandu peribadi besannya. Kelihatan serius dan tegang wajah lelaki itu. Hatinya mula berasa seakan sesuatu.

"Mak,Risya tak kuat mak!" Tubuh Puan Aida dipeluk semakin erat. Hatinya sakit. Perasaannya hancur. Dia tak mampu nak hadapi semua ni.

"Kenapa ni Risya? Kenapa menangis ni? Suami kamu mana? Lisya mana?"

"Ampunkan Risya." Esakan yang kuat tak mampu membuatkan dirinya untuk berkata-kata. Semangat dan kekuatannya dibawa pergi sejak beberapa jam yang lalu. Kini yang tinggal hanyalah Risya seorang gadis lemah. Seorang gadis yang hanya mampu menangis.

"Ya Allah Risya! Jangan buat mak risau! Kenapa ni!"

"Mak-" Risya terkedu. Tangisannya terhenti seketika membuatkan tangannya melekap pada perut. Seakan ada cecair yang mengalir keluar dari celah kakinya membuatkan Risya menunduk ke bawah. Puan Aida turut melihat perkara yang sama.

"Ya Allah Risya!!Air ketuban kamu dah pecah!"

Risya gigit bibir dengan air mata mencurah-curah dipipi. Kini segala sakit bersatu. Sakit hati dan sakit dibahagian rahimnya.Tapi..

Tangan Puan Aida dicengkam kasar dengan kerutan di dahi. Sakit. Terlalu sakit!"Mak.. Kenapa ada darah mak?"

Menggigil tubuh Risya melihat darah yang mengalir bersama-sama air ketubannya membasahi lantai. Puan Aida turut terkedu sambil menguatkan pautan ditubuh anak gadisnya.

"Kita pergi hospital sekarang.Abang!"

"Ya Allah sakit mak."

***

Pertarungan antara hidup dan mati demi menyelamatkan dua nyawa akhirnya berakhir selama tiga jam di dalam labour room. Ketabahan hati yang harus dikukuhkan demi melahirkan satu nyawa di atas muka bumi sememangnya tidak mampu dilakukannya namun demi tanggungjawab yang satu itu. Dia rela! Ketika dia memerlukan tangan untuk dipegang dan digenggam ketika berperang dengan situasi genting. Kosong. Hanya tangan orang asing dan besi katil yang menjadi pegangan kekuatannya demi menyelamatkan nyawa si kecil yang hampir-hampir lemas. Nyawa yang hampir-hampir berada di hujung.

Ketika dia mahukan seseorang disisinya. Menjadi kekuatan dan semangat untuk dirinya. Kosong! Bilik bersalin yang hanya dikerumuni oleh beberapa orang jururawat dan seorang doktor wanita. Sayu. Sedih. Sebak. Kekuatan yang harus ditempuh dengan sendiri. Bergerak dengan separuh hati yang retak. Luluh. Hancur hatinya.

Mengenangkan semua itu membuatkan dirinya semakin dihambat rasa sayu dan sebak. Sedih. Janji yang pernah diutarakan tidak dikotakan.

Hari ini. Tepat jam 3 pagi! Bersamaan hari Isnin. Lahirnya satu nyawa yang menjadi dambaan selama sembilan bulan. Satu nyawa yang menjadi penantian selama sembilan bulan. Satu nyawa yang memberi pelbagai ujian dan dugaan. Hanya dengan satu nyawa,segala-galanya harus ditempuh. Melahirkan satu nyawa sememangnya sukar. Tetapi maknanya kelahiran satu nyawa. Terlalu berharga.

Dan itu dia. Seorang bayi lelaki yang mirip dengan wajah yang paling dia sayang. Suami dia. Bayi yang masih suci bagaikan sehelai kain putih itu ditenung dalam. Mengubati sekeping hatinya yang terluka dan berdarah kecewa. Senyuman kecil yang terukir dibibir kecil itu mengingatkan dia pada seseorang. Hidung yang mancung. Bulu kening yang halus. Bibir yang nipis. Pipi yang tembam. Sempurna.

Book 1:The Faith's [C]✓On viuen les histories. Descobreix ara