19

6.5K 355 12
                                    

Zara merebahkan tubuh disebelah Khayra. Khayra yang sedang lena ditepuk perlahan dengan sebelah tangan menongkat kepala. Anak mata jauh memandang dinding seakan mahu ditembusinya. Fikirannya melayang memikirkan tentang semalam.

Zara tertawa kecil. Khayra dibaringkan diribanya. Khai yang sedang menunggu jawapan darinya dibiar sepi. Sumpah dia tak tahu nak balas apa.

" Zara. Aku serius ni janganlah gelak."

Gadis itu mengangkat muka memandang Khai yang kelihatan serabut. Timbul rasa simpati dalam diri melihat kawan baiknya sejak bangku sekolah lagi. Tak pernah dia lihat Khai punya tekanan seperti hari ini. Dia kenal Khai. Lelaki itu tak semudah down apabila berlaku kesulitan. Tetapi hari ni lain. Sungguh lain.

" Babe. Kahwin ni bukan main-main tau. Bukan hari ni nikah besok cerai. No. Kahwin ni banyak cabaran. Dugaan. "

" Ye aku tahu. Sebab tu aku nak kahwin dengan kau. At least parents aku kenal kau."

Sekali lagi Zara tergelak. "Khai. Banyak lagi perempuan lain kat luar sana. Asal kau pilih aku? Kau nak jadikan aku ni ' batu loncatan' kau?"

Khai pantas menggeleng. Punggungnya dingesot menghampiri Zara. Wajahnya penuh dengan pengharapan yang menggunung. Susah betul nak pujuk yang sorang ni.

" Yes. Perempuan memang banyak kat luar sana. Yang cantik. Yang kurus. Yang chubby and so on. Yang baik? Yang ikhlas nak jadi isteri aku? Dekat KL ni ramai perempuan cantik nak duit je kau tahu tak."

Zara mengecilkan mata memandang Khai.
" Aku pun duduk KL jugak tau tak sama dengan perempuan yang kau maksudkan tu."

" Aku tak katalah kau macam perempuan kat luar sana. Alah..Tolonglah aku Zara. Jadi wife aku. Kau sanggup ke tengok kawan baik kau kahwin dengan perempuan yang tah apa-apa tah. Buatnya nanti wife aku tak bagi aku keluar jumpa kau even kau business partner aku? Ha macam mana?"

Luah Khai. Bersungguh-sungguh dia mahu Zara jadi isteri dia. Tak mahu dia kahwin dengan perempuan yang tak dikenalinya. Kata-kata mamanya malam semalam bagai terngiang-ngiang di telinganya.

"Khai kahwin dulu,bercinta kemudian."

Haa ye lah. Kalau dapat perempuan yang baik tak apa lah jugak. Kalau dapat yang materialistik?

" Ha baguslah isteri kau tak bagi lepak dengan aku. Kau kan tanggungjawab dia."

Khai mendengus."Tak nak lah gila. Kau tahu tak aku tak boleh hidup kalau kau tak ada? Dari dulu sampai sekarang kau tolong aku survive hidup. Sampai masing-masing dah ada butik sendiri. Kau pun tahu aku ni macam mana orangnya."

Menceceh bibir Zara mengajuk cakap Khai. Ni lah dia Tengku Khai Edyan. Suka pendam masalah. Bila luah dari A ke Z tak pernah tak tinggal satu pun. Semua dimasukkan.

Zara menghela nafas. Kasihan pula tengok keadaan Khai ni. Baru suruh cari calon isteri pun kabut macam langit nak runtuh.

" Aku bukannya tak nak tolong kau Khai. Tapi kau tahulah kita macam mana? Kau dah lah spesies mulut longkang bergabung dengan aku mahu malapetaka datang. Lagi satu aku risau. Kalau aku jadi wife kau pun macam mana nak set up masa? Dengan butik aku lagi."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now