29

6K 305 7
                                    


" What?! Abang bergurau ni. "

Kepala digeleng berkali-kali. Bebola matanya sedari tadi terbuntang luas bagaikan mahu terkeluar. Jantungnya mula memain rentak irama.

Kedengaran lelaki itu mendengus."Tadi desperate sangat nak tengok gambar. Bila dah bagi tak percaya. Sumpah aku tak faham dengan kau."

Saffia mencebik bibir. "Tipulah. Takkanlah sehensem macam ni." Gambar lelaki yang lengkap berpakaian seragam tentera askar ditiliknya. Tak terkata dibuatnya melihat gambar tersebut. Dapat dilihat dengan jelas wajah tunangnya. Hensem. Muka pun suci tanpa ada segelumang jambang mahupun janggut. Jawline pun padu ya amat. Kening pun halus je..Dan matanya...

" Okay Pia tak percaya." Handphone Fauzan dipulangkan kembali. Sebenarnya dah tak sanggup tengok sepasang mata itu. Bagaikan ada aura memikat disebalik mata hitamnya walaupun hanya didalam gambar.

" Tak percaya pulak? Lantak kau lah Pia. Kau tengoklah depan-depan time menikah nanti ye. "

Saffia diam. Malas mahu membuka ruang bicara kisah dia dengan tunangnya itu. Nak percaya atau tidak? Takkanlah tunang dia sehensem tu. Dan macam mana dia boleh kenal dirinya? Entah dari ceruk mana dia nampak.

" Kau masuk office balik pukul berapa?"

Saffia menilik jam coklat ditangannya."15 minutes left. "

Fauzan mengangguk. Dia bangkit bersama resit di atas meja. Tahu dia bahawa lelaki itu mahu membayar bil makanan. Saffia bangkit. Kaki sengaja diatur keluar dahulu dari cafe itu dan menuju ke balkoni luar. Baru sahaja tangannya terlepas dari pemegang pintu kaca serta merta tangannya ditarik kasar membuatkan tubuhnya hampir-hampir mencium lantai menyembah bumi namun sempat ditahan dengan tubuh seseorang. Saffia angkat muka. Terkedu?

" Afiq?"

" Ye aku. We need to talk Saffia. " Tanpa menunggu balasan Saffia, tangannya terus ditarik menuju ke satu ruangan tertutup. Atau lebih tepat cafe yang berdekatan dengan cafe tadi.

Saffia gigit bibir merenung wajah tegang bercampur kecewa yang terpancar jelas di hadapan matanya. Rasanya dia tahu apa yang bakal diutarakan lelaki itu.

" Where's your serious deal sweetheart?" Pandangan penuh sayu dan redup itu menghentak kuat hati Saffia. Dia cuba bertentang mata dengan lelaki itu. Mulutnya bagai terkunci kemas sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata sebaliknya merenung sepasang mata yang selama ini menjadi saksi kebahagian.

" Kenapa senyap Saffia? Tell me. "

Afiq mengeluh berat apabila tiada sebarang jawapan yang diterimanya. Merundum pilu hatinya tika ini. Hancur lebur melihat sepasang mata itu. Terketar-ketar bibirnya yang cuba berkata sesuatu.

" Why Saffia? Kenapa kau hancurkan hati aku? Kenapa kau hancurkan perasaan aku? Kenapa kau bertunang? Kau janji kau tunggu aku. Apa semua ni?" Bergenang air mata lelaki itu menunjukkan betapa hebatnya sayang dia terhadap gadis itu.

" A-Afiq." Speechless. Dia betul-betul dah hancurkan hati Afiq. Membuktikan memang lelaki itu amat ikhlas dan jujur menyayangi dirinya.

" With the twinkling of an eye, you destroy my heart. You broke our deal. You frustrated me. You promise you will wait. You promise you will be faithful. But why are they all gone?"

Bergenang air mata Saffia apabila kenyataan pedih itu menusuk tajam ke dalam sanubarinya. Sepedih-pedih yang dia rasakan,lagi pedih sekeping hati yang terluka itu.

" You are a hypocrite. You do not stick to the words."

" Afiq! Kau tak tahu cerita sebenar jadi please jangan tuduh aku macam-macam!" Air mata diseka kasar. Jari telunjuk dihala tepat ke dada lelaki itu.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now