31

6.5K 303 4
                                    

" Awak okay Saffia?"

Saffia menoleh. Senyuman pahit diberikan sebelum tubuh tinggi lampai itu berlalu keluar dari tandas perempuan. Pili air dibuka lalu ditadahkan air paip membasahi wajahnya. Sekali dua dilakukan lalu pili air ditutup. Tisu yang tergantung ditarik dan diseka wajahnya sehingga kering.

Wajahnya ditilik di hadapan cermin. "Haih dua hari aku sengsara macam nak tertanggal hidung hari ni baru nak tumbang." Air liur ditelan kesat. Payau. Wajahnya sedikit pucat. Matanya juga sembap. Badannya juga dah naik panas. Kalau sukat guna termometer mahu naik 5 darjah celcius.

Lesu. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia cuti hari ni. Sampaikan pagi tadi masuk bilik air okay keluar bilik air macam jerangkung. Menggigil!

" Semoga aku boleh bertahan sampai balik. Amin.." Ujarnya perlahan. Angan-angannya yang mahukan sebiji bantal dan sebuah tilam hapus tatkala jam ditangannya menunjukkan waktu tengah hari. Pantas dia mengambil anak tudung lalu tudung bawal chiffon yang berwarna dusty pink disarungkan semula dikepala. Kaki diatur keluar dari tandas.

Dari jauh dia melihat figura Tengku Farhan yang sedang mengemas kertas-kertas di atas mejanya. Barangkali mahu keluar untuk mengisi perut memandangkan sekarang merupakan waktu lunch. Saffia yang tersedar cepat-cepat langkah dihayun masuk ke pejabatnya. Tak mahu dia buka kaunter soalan peribadi. Tahu-tahu je lah majikannya macam mana.

" Fuh." Punggung dihempas seraya tubuh disandar selesa. Kelopak mata dipejam rapat. Mahu rehatkan kepala sekejap sebelum menyambung kembali kerjanya.

" Tengah ambil feel kat mana tu? Melbourne? Uk? Jepun? Tak pun Korea?"

Saffia yang baru sahaja mahu terlena automatik terjaga. Pantas kelopak mata dibuka dan mencari arah suara itu. Buat seketika kepala berputar kecil apabila dia terjaga secara mengejut. Setelah reda, wajah Tengku Farhan dipandang tak puas hati. Tetamu tak diundang betul!

" Yes Tengku? Ada apa-apa ke nak saya tolong?" Soalnya tanpa menjawab loyar buruk lelaki itu. Posisi tubuhnya dibetulkan apabila lelaki itu menapak masuk ke dalam. Saffia merungut dalam hati. Mula lah tu nak lancarkan serangannya.

Tengku Farhan senyum sebelah bersama kerutan di dahi. Barangkali risau agaknya. Kedua-dua tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Tiada lagi blazer hitam ditubuhnya. Sebaliknya kemeja hitam yang tersarung di tubuh dengan lengan baju dilipat sehingga ke bawah siku menonjolkan lengannya yang kekar dengan urat timbul. Okay serius hensem!

" Saya-"

" Saya tahu Tengku hensem. Tak payah puji diri sendiri depan saya." Saffia senyum sebelah. Sudah boleh diagak apa yang bakal keluar dari bibir lelaki itu. Lagi-lagi bila Tengku Farhan ternampak yang dia seakan terpegun seketika. Okay sumpah tadi cuma scan je.

Bibir tertawa kecil. Hidungnya yang tidak gatal digaru. "You're overthinking dear. Saya bukan nak cakap yang saya hensem tapi saya nak cakap. Saya nampak muka awak pucat. Awak tak sihat ke Saffia?"

Saffia termalu sendiri. Bibir bawah digigit. Terasa wajahnya disimbah dengan air panas. Merah habis!

" Oh ye ke. A-adalah demam si-sikit." Saffia tertawa palsu menutup kegusarannya. Takut-takut dia mahu mengangkat muka memandang lelaki itu. Pasti Tengku Farhan sedang mengutuknya dalam hati.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now