44

6.2K 260 5
                                    


" Abang.."

Kain yang sedang dilipat ditinggalkan. Pantas kaki berlari mendapatkan Kasyaf yang baru tiba di rumah setelah pulang dari tempat kerja. Briefcase dan tuxedo hitam lelaki itu diambil daripadanya lalu tangan lelaki itu dikucup.

Risya tersenyum." Abang nak makan dulu ke nak mandi dulu? Hari ni Risya masak sambal sotong?"

Kasyaf menoleh tanpa sebarang senyuman. Ditenung wajah putih bersih itu lama sebelum kaki terus menapak ke tingkat atas. Risya yang memerhati terus melepaskan keluhan kecil.

Sudah dua hari suaminya tidak mahu bertegur sapa dengannya. Asal balik kerja terus naik mandi dan solat. Lepas solat turun makan. Makan pun dah tak seperti selalu. Cukup tiga senduk nasi dan terus naik ke bilik kerjanya. Dia sedaya upaya memujuk lelaki itu namun satu pun tak berhasil. Dia juga cuba untuk menerangkan perkara sebenar namun hasilnya tetap sama.

Risya diam sambil kaki dihayun ke tingkat atas. Pintu bilik ditolak perlahan dan serentak itu bunyi pancuran dari bilik air didengarinya. Tuxedo dan briefcase lelaki itu diletakkan di atas almari kecil dan kembali ke ruang bilik tidurnya.

Tangan naik berpeluk tubuh. Cuba dikerahkan alasan dan cadangan yang harus dia gunakan untuk mengambil semula hati lelaki itu. Cara apa dia harus gunakan untuk dia mendapatkan kembali suami dia yang dulu.

Psikologi?

Risya terdiam. Ya! Cara psikologi. Hanya itu yang boleh berkesan untuk runtuhkan ego lelaki itu.

Bunyi pintu dibuka dari dalam membuatkan Risya menoleh ke arah bilik air tersebut. Sempat anak matanya melihat Kasyaf yang memandang ke arahnya sebelum mengalihkan pandangan. Laju lelaki itu menapak ke walk in closet dan pintu gelangsar ditarik. Dikunci! Membuatkan langkah Risya mati.

Nafas ditarik dalam-dalam supaya bertenang. Punggung dilabuhkan di birai katil sementara menunggu lelaki itu keluar. Dalam 10 minit kemudian,figura Kasyaf yang sudah lengkap berpakaian menapak keluar dari ruangan walk in closet. Pantas kaki dihayun menghampiri lelaki itu dan tubuh sasa itu dipeluk.

" Abang..."

" Eh!" Pantas Kasyaf meleraikan tangan Risya yang melingkar di tubuhnya. Wajahnya yang serius semakin tegang dan tanpa sengaja tubuh kecil itu ditolak. Jelas melalui pancainderanya bahawa gadis itu seakan terkejut dengan tindakannya.

" Abang dah ada wudhuklah Risya."

Marah Kasyaf lalu terus berlalu ke bilik air dan pintu dihempas.Risya termangu lalu pandangan ditunduk ke lantai. Air mata yang bergenang terus mengalir di pipi. Terasa? Ya memang terasa. Tak pernah-pernah Kasyaf memarahinya hanya kerana benda remeh.

Risya menapak keluar dari bilik itu dengan perasaan yang berbalam dan air mata yang lebat mencurah-curah di pipi. Bilik yang berada di hujung sekali dimasukinya lalu dikunci. Bilik kosong yang hanya ada sebiji katil dan almari. Punggung dilabuhkan disitu. Risya menangis teresak-esak untuk melepaskan apa yang dia rasa dalam hati.

***

Laptop yang terpasang ditutup lalu tubuhnya disandar pada kerusi. Nafas ditarik dan dilepas. Suasana yang sunyi dan hening itu membuatkan dirinya berasa kosong. Seakan kurang sesuatu. Jam digital sudah menunjukkan pukul sembilan setengah malam.

Risya! Sejak dia memarahi isterinya itu,sampai kini batang hidung dia tidak nampak. Selalu waktu begini gadis itu suka mengganggunya. Tetapi sejak beberapa jam yang lalu langsung tiada tanda-tanda gadis itu akan mencarinya.

Pantas bilik tidur mereka dimasukinya lalu kepala dijenguk ke dalam." Risya?" Senyap. Pintu kembali ditutup lalu langkah diatur ke tangga menuju ke ruangan tingkat bawah. Bahagian dapur ditujunya.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now