50

8.4K 303 9
                                    

"Sayang.."

Pantas tubuh Risya dipeluk erat. Terhambur jua tangisan gadis itu didakapannya. Kasyaf mengusap berkali-kali belakang gadis itu supaya bertenang. Perasaan risau yang menggunung perlahan terhapus.

"Abang Risya takut.."

Ubun-ubun Risya dikucup."Abang ada dekat sini sayang. Abang minta maaf sebab tak dapat balik semalam."

Hujung baju lelaki itu dicengkam kasar. Menggigil ketakutan apabila wajah sinis yang sedari tadi menghantui fikirannya. Dia takut.

"Abang...Risya takut. Lelaki tu..Dia-Di."

Kasyaf mengeratkan lagi pelukan. Berkali-kali ubun-ubun Risya dikucup. Hampir tercabut jantungnya apabila menerima panggilan daripada pihak polis malam tadi yang mengabarkan berita tentang isterinya dimasukkan ke hospital atas ancaman keselamatan.

"Dia dah tak ada sayang. Polis dah tangkap dia." Ujarnya dengan nafas lega. Memang beruntung sangat pihak polis sudi bekerjasama dengannya supaya memasang alat peranti cctv yang menghubungkan terus ke pihak polis. Kes stalker ini sememangnya kes berat. Sukar untuk dia atasi tanpa bantuan pihak polis.

Risya mengangkat muka."Siapa dia abang? Abang kenal ke?" Bibir terjuih ke hadapan. Air mata mencurah-curah di pipi.

"Abang kenal. Bekas staff abang."

Risya diam. Pandangan lelaki itu ditentang dengan kerutan di dahi."Staff? Lelaki tu ada sebut nama abang. Lepastu dia kata abang buang pekerja tanpa sebab. Dia ke yang abang buang?"

Kasyaf tertawa sinis. Buang tanpa sebab?"No sayang..Memang abang buang dia. Tapi sebab dia mencabul dua staff perempuan abang. Dia bagus. Ada ijazah. Bekas Dekan Universiti Malaya. Tapi..Tak tahulah kenapa dia jadi macam tu."

Risya tersentak lalu tubuh lelaki itu terus dipeluk erat. Ketakutan kembali menjalar diseluruh tubuh."Dia nak cabul Risya juga ke abang?"

Kasyaf menggosok perlahan bahu isterinya."No way sayang. Sayang abang punya sorang. Berani dia sentuh sayang abang? Memang kaki abang bagi."

Risya tertawa kecil. Geli hati melihat tingkah Kasyaf yang mengangkat kaki seakan mahu menendang. Namun tawanya terhenti apabila Kasyaf seakan memegang dadanya.

Dahi Risya berkerut."Abang?"

Kasyaf menarik nafas panjang. Perutnya yang senak dipegang. Terasa loya pada tekaknya membuatkan nafas Kasyaf menjadi kencang. Seakan ada sesuatu yang mahu melonjak keluar dari anak tekaknya.

"Abang kenapa?" Lengan Kasyaf dipegang. Namun dia tersentak kuat apabila lengannya ditarik kasar sebelum lelaki itu bertindak meloloskan diri ke dalam bilik air di dalam wad privasi itu.

"Abang!" Iv drip yang melekat ditangannya dicabut kasar membuatkan Risya meringis kesakitan. Laju kaki menapak ke bilik air mendapatkan suaminya yang memuntahkan isi perutnya.

"Abang okay tak ni kenapa muntah-muntah ni?" Belakang Kasyaf diusap-usap. Risau dia dibuatnya. Terbongkok-bongkok lelaki itu dimangkuk tandas.

"Abang tak sarapan ke pagi tadi?"

"Perut abang senak ke?"

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now