27

5.8K 292 4
                                    


" Nothing serious but..Pesakit still belum sedarkan diri perhaps dadanya terhentak kuat pada stereng kereta. Dan..Pesakit mengalami kecederaan di kepala serta kaki kirinya patah akibat tersepit."

Zara menekup mulut kerana terkejut. Empangan air mata pecah mengalir di pipi. Bergetar hebat dada dia menerima tentang keadaan lelaki itu. Patutlah dari malam tadi dia berasa tak sedap hati. Dan bersyukur sangat-sangat Khai dilaporkan stabil. Mahu gugur jantungnya sebaik menerima panggilan daripada mama Khai.

" Saya minta diri dulu." Zara mengangguk kecil lalu tubuhnya dipapah Puan Kaisara iaitu ibu Khai. Dia didudukkan di kerusi berhadapan dengan wad kecemasan itu.

" Istighfar banyak-banyak Zara. Doakan Khai cepat sedar."

Zara memeluk erat Puan Kaisara. Serta-merta dia rindu akan pelukan arwah ibunya yang telah pergi dijemput ilahi dua tahun yang lepas akibat kanser darah. Menambahkan lagi sebak di dadanya.

" Aunty..Zara nak tengok dia." Zara mendongak memandang Puan Kaisara. Wanita itu tersenyum nipis lalu mengangguk kecil.

Pantas Zara bangkit dan menapak masuk ke dalam wad kecemasan tersebut. Bau ubat menusuk tajam ke dalam rongga hidungnya. Air mata sekali lagi mengalir deras melihat figura yang terbaring tidak sedarkan diri dengan kepala berbalut dan kaki tergantung. Pilu hatinya tika ini. Kelopak mata dipejam sesaat sebelum kaki diatur menapak ke katil tersebut.

Bunyi mesin defribilator yang terletak di tepi katil menunjukkan keadaan lelaki itu yang normal. Cuma tunggu sedar je.

" Kenapa kau buat aku menangis Khai?" Soalnya perlahan. Ini kali pertama dia menangis kerana lelaki itu. Kali pertama juga dia takut kehilangan lelaki itu. Dan kali pertama lelaki itu membuatkan jantungnya mahu melompat keluar dari jasad. Ya dia yang pertama untuk segalanya.

" Bangunlah Khai. Jangan buat aku takut."

Tit~ Tit~Tit

" Kalau kau dengar suara aku..Cuba lawan untuk bangun Khai. Aku tunggu."

Zara mengemam bibir. Sesungguhnya dia amat takut untuk kehilangan lelaki itu. Mungkin kata doktor 'nothing serious' tapi kuasa Allah siapa tahu?

" Fighting Khai. Aku tunggu kau bangun. Aku sayang kau."

' I love you Zara'

Ayat keramat yang dilontarkan oleh lelaki itu semalam bermain di fikirannya. Nafasnya cuba diatur sebaik mungkin. Kaki diatur keluar dari wad kecemasan itu untuk menenangkan fikiran sementara menunggu lelaki itu sedar.

Zara melabuhkan punggung disisi Puan Kaisara. Tubuhnya tersandar lemah. Dia sendiri pelik. Ibunya hanya tenang sahaja tetapi dia?

Okay jujur aku sayang Khai.

" Macam mana majlis tadi?"

Zara menguntum senyuman hambar. Tangannya berada di genggaman Puan Kaisara ditenung."Alhamdulillah berjalan lancar tapi Khai tak ada."

Puan Kaisara mengeluh kecil."Itulah. Dari hari tu dia semangat nak pergi majlis Zara tapi sebaliknya yang jadi."

Zara menunduk. Dagunya bergetar hebat menahan sebak di dada."Maybe dia rushing sebab Zara."

Puan Kaisara menggeleng. "Zara tak salah. Mungkin dah Allah tetapkan apa yang berlaku hari ini betul-betul terjadi. Bermaksud Allah tengah uji Zara."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now