Epilog

4.2K 304 320
                                    

"Taehyung!! Hati-hati berlari tu!!" kata si ibu yang melihat anaknya berlari keriangan apabila sudah tiba di taman permainan.

Kim Taehyung namanya, berumur 5 tahun dan anak tunggal dari keluarga yang berada. Dia sedang mencari buaian yang kosong untuk dinaikinya.

"alah mana buaian ni!!" Taehyung menghentak kakinya tanda marah.

Tiba-tiba seorang budak lelaki yang bermain buaian mula turun dan meninggalkan buaian itu, terus bersinar mata Taehyung melihat buaian yang tidak berpenghuni, dengan kelajuan yang dia ada segera dia berlari kearah buaian itu belum sempat tangannya mahu memegang rantai buaian ada tangan lain yang pegang.

Taehyung memandang wajah budak lelaki itu dengan geram manakala budak tu rilek siap buat muka kau-pahal?

"eh ni buaian kita la!!" Taehyung mengambil buaian itu dengan kasar.

"kesah? Siapa yang ambil buaian ni aku ke kau? Dah nampak kan tangan aku yang pegang dasar anak manja" kata budak lelaki itu, Taehyung membesarkan matanya.

"tak sopan la panggil aku-kau ni!! Dah la badan kecil!!" budak lelaki itu menjeling Taehyung yang agak gedik itu.

"berapa umur kau?" tanya budak lelaki itu.

"omma kita kata jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal werkk!" Taehyung menjelir lidahnya kearah budak lelaki itu.

"lah habistu dari tadi kau cakap dengan tiang buaian ni la?" "terus terdiam Taehyung.

"bagitau jelah aku mana culik kau tengok badan kau lagi besar dari aku" sambung budak lelaki itu lagi.

"ok la umur kita 5 tahun"

"kau sebaya dengan aku la"

"tapi asal badan kau kecil?" tanya Taehyung polos.

"dah badan aku nak kecil nak buat macam mana" balas budak lelaki itu geram.

"nah ambil la buaian ni! Hilang mood aku nak main!" budak lelaki itu mula untuk pergi tetapi Taehyung sempat menghalang.

"nak apa lagi?" budak lelaki itu memandang Taehyung yang melagakan kedua jari telunjuknya dengan muka give up.

"nama awak apa?" Taehyung mula bertanya lagi, terdetik dihatinya untuk mengenali budak lelaki itu walaupun pakaian budak itu tidak semewahnya.

Dia dapat merasakan seperti ada aura yang kuat pada budak lelaki itu.

"nama aku? Perlu ke kau nak tau?" budak lelaki itu menggaru kepalanya.

"bagitau jelah"

"ok la nama aku Ho-- Joshua Hong!!" budak lelaki itu tersenyum kecil.

"ouhh kita berkawan boleh?" budak lelaki itu memandang Taehyung tidak percaya.

"kau nak kawan dengan aku? Biar betul? Aku ni mana ada apa-apa" kata budak lelaki itu merendah diri.

"kita nak kawan je bukannya nak duit" Taehyung menjuihkan bibirnya.

"hmmm boleh la" budak lelaki itu memberikan kata putus.

"yeahh kita kawan?" Taehyung memberikan tangannya seperti ingin berjabat.

Dengan takut-takut budak lelaki itu berjabat tangan dengan Taehyung.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now