61

1.1K 135 91
                                    

Taehyung POV

"Joshua!! Oi Joshua?! Mana kau?!" jeritku dengan risau, mana pula dia ni tadi elok je menyorok belakang pokok tengok-tengok dah hilang. Aku terus memanggilnya sehingga aku rasa bahu aku disentuh oleh seseorang.

"Ei!! Kau pergi mana?! Puas aku cari!!" marahku padanya tetapi Joshua hanya tersenyum pada aku lalu dia menyerabaikan rambut aku haish habis rambut dah tunggang langgang nasib baik aku still hensem HOHOHO.

"Cantiknya.." Joshua yang sudah duduk di tikar yang aku hamparkan tadi di taman bunga. Indah je tempat ni, bunga banyak yang mekar dan ikut terbuai dengan tiupan angin yang lembut macam tak pernah disentuh orang.

"Taehyung, boleh janji dengan aku tak?" aku memandangnya setelah aku melabuhkan punggungku disebelahnya.

"Apa?"

"Janji dengan aku yang kau akan happy walaupun aku takde kat sisi kau tapi kalau kau rasa benda tu berat bagi kau aku bagi peluang untuk kau menangis, jadi janji?" aku mengerutkan dahi, apahal hanat sangat soalan dia ni.

"Apa kau merepek ni?" aku memandang wajahnya, nak cari riak wajah dia mana tau dia main-main je dengan aku tetapi apa yang aku nampak wajah dia sedih dan berharap pada aku.

"Alah janji jelah!! Tak cakap dengan kau seminggu kang!!" marahnya lalu dia memukul bahu aku dengan geram.

"Ish yelah janji!!" aku mengusap bahuku lalu dicebik perlahan, aku tak nak pun main janji-janji ni sebab aku takut aku akan mungkir janji tu hiks.

"Dan tolong banyak luangkan masa dengan member Bts kau tu takde la nanti asyik teringatkan aku je" bebelnya lagi dan aku hanya mengangguk pasrah.

"Yelah aku janji"

"Good!" dia kembali menyerabaikan rambutku lalu bangun dari duduknya. Ish tak boleh ke main benda lain selain rambut aku sensitif tau ak.

"Tapi aku tetap teringatkan kau" aku menundukkan wajahku cuba menyembunyikan air mata aku yang tiba-tiba sahaja mengalir. Kenapa dengan aku ni? Aku macam rasa dia akan tinggalkan aku. Soalan dia buat aku jadi sensitif, ish baru je nak happy.

"Suka hati kau la"

"Ok la aku nak blah dah lambat ni" aku mengangkat wajahku, tiba-tiba je ni.

"Pergi mana?! Nak ikut!!"

"Tak payah, mengada betul" Joshua menjeling aku lalu tersenyum kecil.

"Jadi Taehyung sila la bangun ye aku tak larat nak layan kau kat sini lama-lama"

"Hmmm"

"saranghage chingu" usai sahaja dia kata begitu, dia terus hilang bagaikan debu membuatkan aku mula ketakutan. Takut kehilangan dia lagi.

"Joshua?! Joshua?!" aku menjerit namanya sepuas hati, tiba-tiba kepalaku terasa sakit mata pula kian kabur dan disitu juga la aku jatuh terbaring dan semuanya mula bertukar menjadi gelap.

+++

Author POV

"Macam mana keadaan dia doktor?" Tn.Kim dan rakan-rakan Jisoo terus meluru kearah doktor yang baru sahaja keluar dari wad jejaka itu.

"Syukur dia diberi peluang untuk hidup lagi cuma tadi jantungnya tiba-tiba terhenti, saya sarankan dia kena banyak berehat dengan keadaanya yang makin teruk saya tak boleh beri kebenaran untuk bawa dia kemana-mana" terang doktor itu, mereka menghela nafas lega , nasib baik takde apa yang teruk berlaku pada Jisoo.

"Bila dia boleh bangun?" soal Seungcheol pula.

"Jawapannya ada pada Jisoo jika dia boleh lawan sakitnya itu maksudnya tak lama lagi dia akan bangun la, saya minta diri dulu"

"Nae, terima kasih" doktor itu mengangguk dan terus meinggalkan mereka yang masuk ke dalam wad Jisoo.

Seungcheol dan Chan memegang tangan Jisoo yang dengan penuh risau. Berat Jisoo turun mendadak setelah dia harus duduk di hospital untuk merawat penyakitnya.

Tiba-tiba muncul Jimin dan Jungkook yang ingin melihat keadaan jejaka itu, apabila dipandang wajah Jisoo tenang sahaja seperti jejaka itu tidak pernah tidur lena seperti ini. Seungcheol dan Chan memberi ruang pada mereka berdua untuk lihat Jisoo dengan lebih dekat.

"Jisoo lawan la sakit kau tu, bangun ok? Aku nak kenal kau lebih dalam" Jimin memegang tangan Jisoo erat, dirinya mula rasa bersalah dengan layanannya yang teruk pada jejaka itu walaupun sudah banyak kali memaafkannya dia tetap rasa bersalah, jikalau dia tidak melayan egonya itu pasti dia dan Jisoo berkawan dengan baik.

"Kamu semua balik la dulu nanti pak cik call appa Jisoo" setelah lama masing-masing melayan perasaan sendiri, Tn.Kim mula bersuara dan senyum pada mereka.

Seungcheol dan Chan mula meminta diri setelah Chan mendapat panggilan dari keluarganya itu menyuruhnya pulang. Seungcheol pula sememangnya ditugaskan untuk menghantar Chan balik dengan selamat kalau tidak kemungkinan esok dia pula yang akan masuk hospital dikerjakan oleh Jeonghan.

"Mana yang lain?"

"Kat wad Taehyung" jawab Jungkook, tiba-tiba pintu wad dikuak kasar terpampang wajah Seokjin yang kepenatan kerana berlari.

"Pak cik!! Taehyung dah sedar" ujar Seokjin tersekat-sekat tetapi dapat didengari oleh mereka bertiga. Jungkook dan Jimin memeluk hyung mereka dengan gembira sampai sesak nafas Seokjin dibuatnya. Tn.Kim hanya tersenyum melihat wajah gembira dari kawan-kawan Taehyung.

"Harap-harap ini boleh gembirakan kamu Jisoo" ujar Tn.Kim lalu memandang Jisoo yang masih lena itu dan kelihatan senyuman mula terukir di wajah anak kesayangannya itu.






__________
Yow sorry lambat update uwu RINDU MOMENT JOSH NGAN V HIKS TAHUN NI TAKDE MOMENT DIORANG🥺🥺🥺

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now