13

1.6K 230 89
                                    

"awal sampai?" perli Seungcheol lalu memeluk tubuh sambil memandang Jisoo tajam yang baru sahaja mahu duduk duduk dikerusi.

Jisoo mengusap rambutnya tanda rasa bersalah.

"sorry lambat tadi aku kena tolong omma" Jisoo tersengih.

"bukan omma kau da--" segera Jisoo menutup mulut Seungcheol. Member yang lain memandang Jisoo dan Seungcheol pelik.

"omma 'angkat' la" Jisoo buat muka bengang. Seungcheol mengangguk dan buat isyarat 'maaf'.

"korang ada simpan rahsia lagi ke?" celah Jeonghan.

"haah korang ada simpan rahsia lagikan? Selain lebam kat bahu Jisoo hyung" Jihoon memandang kedua-dua hyung.

"m-mana ada la! Korang ni jangan la curious sangat" tipu Jisoo.

"betul tu! Jisoo cepat order!!" arah Seungcheol.

Member yang lain memandang antara satu sama lain. Mereka merasakan bahawa Jisoo ada sorokkan rahsia yang besar dan pastinya...


Seungcheol pun tak tahu rahsia itu:)

"asal hyung suruh kitaorang datang ni?" Mingyu memulakan perbualan.

"saja hehe" sengih Seungcheol.

"fikir lawak la tu -_- esok dah la sekolah" Soonyoung menyedut sedikit airnya dengan menggunakan straw.

"alah orang saja je nak spent time dengan korang" Seungcheol memuncungkan bibirnya. Merajuk.

"hyung punya ayat tu macam nak mati je" semua memandang Hansol tajam.

"aku kata je!! Aku tak maksudkan pun!!" gelabah Hansol untuk terangkan selepas melihat ada yang nak lempar pinggan kat dia.

"lain kali nak kata tu fikir dulu" pesan Seokmin.

"yelah"

"esok dah kena hadap muka grup Bts tu lagi" keluh Wonwoo.

Dia tak nak grupnya dan grup Bts bergaduh boleh viral tau nanti sampai ke pengetahuan pengetua habis mereka.

"sama la btw esok ada majlis untuk pengetua baru tu" kata Seungkwan. Dia semua benda tau kat sekolah maklum la orang kuat bawang.

"oh yeah esok tak belajar!!" kata Chan riang.

"suka betul kau bila tak belajar esok" Junhui menggelengkan kepalanya.

Jisoo yang memerhati hanya tersenyum kecil melihat kawan barunya. Dia tak sangka dalam sehari sahaja dia dapat ramai kawan yang ambil berat tentangnya.

"korang terima kasih tau sebab terima aku sebagai kawan aku" ujar Jisoo dengan suara lirih.

Maka lagu smile flower berkumandang di dalam cafe tu.

"setan mana yang buka lagu sedih ni?" kata Seungcheol bengang.

"sama-sama la hyung! Kitaorang akan lindungi hyung dan takkan biarkan hyung seorang" Jihoon menepuk bahu Jisoo.

"korang tak kisah ke kalau kisah silam aku teruk?" Jisoo memandang kawan-kawannya dengan takut.

"hyung... itu benda lama kitaorang tak kisah pun kisah silam hyung tu ni sekarang bukannya dulu tak payah fikir benda lepas" Jisoo tersenyum gembira mendengar jawapan Soonyoung.

Manakala yang lain berbisik antara satu sama lain sambil mata gatal memandang Soonyoung dan Jisoo.

"sejak bila Soonyoung hyung normal ni?" bisik Mingyu pada Minghao.

"dia salah makan ubat ni" jawab Minghao.

"Jihoon kau ada ketuk dia ke sampai dia jawab macam tu?" soal Wonwoo pelik.

Jihoon menggelengkan kepala.

"korang ni dah kenapa? -_- aku normal salah aku tak normal salah juga eii" kata Soonyoung geram.

"sabar Soonyoung aku tau kau penyabar" Jisoo cuba menenangkan Soonyoung.

"dah la korang ni asyik bawang je cuba la jadi kunyit" kata Jeonghan tanpa rasa bersalah.

"EWWWW HYUNG GAY"

"aku tak kata pun aku ni gay -_-" ujar Jeonghan datar.

Jisoo tergelak kecil melihat karenah kawan-kawannya itu.

Seungcheol yang melihat Jisoo itu hanya tersenyum gembira.

'akhirnya aku dapat tengok juga kau tersenyum macam tu' bisik hati Seungcheol.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now