72

1K 116 101
                                    

"Lambatnya.. dah lima jam Jisoo hyung kat dalam bilik bedah tu" protes Seokmin yang sudah terbaring di atas lantai, orang dah ajak pergi Cafe tak mau nak juga tunggu Jisoo selesai bedah.

Disebabkan pembedahan Jisoo belum selesai, keluarga Taehyung dan appa Jisoo sudah turun ke Cafe untuk mengisi perut bersama Hoseok dan Jimin, tak lupa juga member Seventeen kecuali Seokmin, Minghao, Mingyu, Junhui dan Seungcheol.

"Memang la lambat takkan sekejap pulakan, bising pula kau" Minghao menjeling Seokmin yang dari tadi duk berguling atas lantai yang kini sudah berdiri turut memandang Mingao tajam.

"Eh korang berdua ni sempat pula gaduh, dah Seokmin pergi ikut makan dengan Mingyu dan Junhui sana" arah Seungcheol, nak tak nak Seokmin mula mengikut Mingyu dan Junhui pergi ke Cafe dengan malas.

"Hyung, jangan risau Jisoo hyung mesti kuat punya" pujuk Jungkook pada Taehyung yang sudah lima jam tidak lepas memandang pintu bilik bedah itu

"Hyung tau tapi macam mana kalau dia tak boleh diselamatkan?" soal Taehyung lirih, tolong la dia baru je jumpa Jisoo, baru je berbaik dengan Jisoo dan dia baru je terima Jisoo sebagai ahli keluarganya. Jangan la buat mereka berpisah lagi.

"Hyung ni jangan la fikir macam tu, yang penting kita kena sokong dia nae?" kata Jungkook, cuba menenangkan Taehyung dari fikir benda yang bukan-bukan.

"Gumawo Jungkook" Taehyung tersenyum manis lalu memeluk si maknae Bts.

"Bagus anak aku ni dah besar dah dia" ujar Seokjin sambil mengelap air mata palsunya selepas melihat moment manis Taehyung dan Jungkook.

"Anak aku juga tu" celah Namjoon yang turut berbangga dengan si Jungkook.

"Wathefak?" Yoongi yang sedang makan aiskrim terus hilang selera nak makan setelah mendengar pengakuan yang paling mengarut dia dengar dari Seokjin dan Namjoon.

Apabila sejam sudah berlalu, semua keluarga Jisoo dan rakan-rakannya sudah berada di hadapan bilik bedah menunggu pembedahan Jisoo selesai. Tiba-tiba pintu bilik bedah terbuka, keluar doktor yang merawat Jisoo sedang menghampiri mereka.

"Doktor!! Macam mana keadaan anak saya?" soal Pn. Kim dengan penuh berharap yang pembedahan Jisoo berjaya tetapi tiada sebarang jawapan yang diberikan dari doktor itu.

"Doktor? Kenapa diam?!" soal Taehyung, dia mula berada tidak sedap hati apabila melihat riak wajah sedih dan bersalah doktor itu.

"M-maafkan saya, pembedahan gagal, tuhan lebih sayangkan anak Tuan dan Puan, tubuh badan Jisoo tidak dapat menerima jantung itu dan disebabkan jantung asalnya semakin lemah kami tidak dapat buat apa-apa lagi maafkan saya. Saya minta diri dulu" doktor itu membongkok lalu pergi meninggalkan mereka yang masih terpaku dengan khabar mengejutkan itu.

"T-tak mungkin..." Seungcheol jatuh terduduk, tidak menerima kenyataan yang Jisoo rakan lamanya sudah pergi meninggalkannya sekali lagi tapi kali untuk selama-lamanya.

"Hyung, Jisoo hyung hiks..." Chan terus menangis teresak-esak memeluk Jeonghan yang turut menangis akan kepergian kawan rapatnya.

"Jisoo.." Seokjin terus memeluk Pn.Kim apabila wanita itu seperti hendak jatuh setelah mendengar berita itu.

"Jaemin... aku harap kau bersabar ye" Tn.Kim memeluk Tn.Hong yang masih terdiam itu, cuba memberikan kekuatan pada lelaki tua yang dia sudah anggap sebagai keluarganya.

"A-aku nak jumpa doktor kejap" kata Tn.Hong lalu pergi begitu sahaja.

"Jisoo, kau mungkir janji..." ucap Taehyung perlahan, dia menyisir rambutnya kebelakang lalu menumbuk dinding hospital itu.

"Hyung, jangan macam ni hyung!!" Jungkook memeluk Taehyung, cuba menghentikan hyungnya dari menumbuk dinding.

"Dia mungkir janji dia!!" jerit Taehyung dengan esak tangisannya, Taehyung memandang bilik bedah itu, dia membayangkan Jisoo sedang berdiri disitu lambai padanya dengan senyuman manisnya.

"Kau tinggalkan aku sekali lagi, Joshua Hong"




___________________

HAPPY BIRTHDAY JOSHUA DAN V HSHSHSHSHSH❤️🎉🎁🎈🎊🎀

HAPPY BIRTHDAY JOSHUA DAN V HSHSHSHSHSH❤️🎉🎁🎈🎊🎀

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Dec 30, 2020 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

Who Are You? || Joshua × V ||Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora