51

1.1K 146 30
                                    

Taehyung POV

"Kau bagitau sekarang!! Now!!" Aku mencekak kolar leher Seungcheol. Sorry la brader aku terpaksa buat macam ni.

"Wowowo rilek la dah la terjah rumah aku macam hape!!" Luah Seungcheol tak puas hati walaupun tadi dia nampak agak gelabah.

"Aku tak kira kau cerita pasal Jisoo!! Or patut aku panggil dia Joshua?" Aku melihat wajah Seungcheol sudah mula pucat. Hek dah kantoiii.

"K-kau tahu?"

"Cerita sekarang!!" Desakku lagi. Dia mengangguk lalu aku melepaskan cengkaman. Dia mengeluh perlahan.

"Ok fine! Yes dia kawan lama kau dulu! Dia panggil kau budak buaian walaupun waktu tu dia tahu nama kau!! Pergh hodoh betul namanya" Seungcheol menggelengkan kepalanya. Pahal kau main geleng-geleng pula.

"Menyempat lagikan kau?"

"Sorry la ok ada pernah sekali tu dia tunggu kau sampai pukul 4 petang semata-mata nak ucapkan selamat tinggal tapi kau takde" sambungnya lagi.

"Waktu tu aku pergi taman pukul 5"  aku tergamam, cis lambat sejam je tagune betul.

"Ingat ek kau waktu kau pergi taman tu?"

"Eh suka hati aku la" aku jeling dia lepastu dia jeling aku balik. Dan suasana kembali senyap.

Aku berdehem seketika lalu membuka mulut.

"Dan pasal parut tu"

"Parut?" Kelihatan dia mengerutkan dahinya seperti keliru.

"Yup kat lengan dia ada banyak parut yang tu sebab apa?" Terangku lagi detail dan dia macam faham apa aku cakap. Tapi muka dia macam nak tak nak je bagitau.

Selepas banyak kali aku memaksa dia memberitahuku akhirnya barulah dia mengalah.

"Hish! Macam ni..."

Flashback Jisoo berumur 5 tahun~~

"Bunyi apa yang bising tu appa?" Soal Seungcheol dan ditemani oleh Jisoo yang baru sahaja mereka selesai buat mesyuarat kat tandas.

Macam takde function sia..

"Joshua! Pergi masuk bilik!!" Arah Tn.Hong tegas.

"Eo? Bilik?" Jisoo yang kebingungan memandang Seungcheol.

"Bagi dia kat aku!!" Belum sempat Jisoo bertindak, seorang wanita menarik lengannya dengan kasar.

"Akh!! Omma?!" Dalam keadaan terkejut, Jisoo memandang ommanya yang sudah tidak terurus.

"Sunhee!! Bagi dia please!! Jangan apa-apakan dia!" Ujar Tn.Hong, dia cuba untuk memujuk isterinya dari melakukan perkara berbahaya lagi-lagi Jisoo sekarang berada di peganngan isternya itu.

"Asal pula?! Dia anak aku! Suka hati aku la nak buat apa kat dia!!" Pn.Hong memeluk Jisoo dengan kuat, sehingga menyebabkan budak lelaki itu menangis ketakutan.

"Huhuw appa tolong.. hiks"

"Sunhee anak kau takut tu please lepaskan dia" Tn.Choi turut memujuk Pn.Hong.

Seungcheol berlari memeluk ommanya, dia memandang Jisoo lalu turut menangis ketakutan.

"Tak akan!!" Pisau di pegangan Pn.Hong semakin mendekati leher Jisoo. Itu membuatkan lelaki itu lebih teruk menangis.

"Sunhee. Please lepaskan anak kita, tak kesian ke kat dia? Dia takut tu dia kecil lagi" Tn.Hong cuba mendekati isteri dan anaknya tetapi semakin dia menghampiri serentak itu mereka mengundur kebelakang.

"So?"

"Mak cik! Lepaskan la Joshua!! Huwahhh omma Cheol takut!!" Jerit Seungcheol.

"Omma.. Joshua nak balik..." Jisoo yang sudah penat menangis memandang ommanya sayu.

"Kamu nak balik? Betul ni?"

"Nak balik dengan appa.." riak wajah Pn.Hong berubah serta merta mendengar kata-kata Jisoo.

"Buat apa nak balik dengan lelaki tu?! Kau ada aku kan?! Sini kau!!" Pn.Hong terus mengheret Jisoo pergi ke ruang tamu.

Sampai sahaja di depan pintu, namanya dipanggil dengan kuat.

"Omma!!! Appa tolong Joshua!!" Rontaan Jisoo makin kuat tapi ommanya dapat memegangnya dengan kemas sehingga dia tidak boleh larikan diri.

"Sunhee!!" Pn.Choi menjerit nama wanita itu dengan keras. Kalau ada senduk kat sini memang dia baling.

"Korang dekat aku baling pisau ni kat anak korang!!" Ugut Pn.Hong, pisau yang tajam ditujukan pada Seungcheol yang sedang memeluk ommanya dengan erat.

Tn.Hong bukannya tak tau yang isterinya memang pandai buat macam tu. Jadi bahay untuk Seungcheol.

"Seungcheol..." Jisoo memandang Seungcheol dengan wajah yang sayu. Pergerakan matanya menunjukkan yang dia menyuruh Seungcheol selamatkan diri.

"Hiks Joshua.. aniya.."

"Aku kata jangan dekat!! Bila-bila masa je aku boleh baling!!" Pn.Hong makin kebelakang sambil mengheret Jisoo.

"Jangan.." Tn.Hong hampir mencapai lengan anaknya tetapi Pn.Hong cepat bertindak, dia terus keluar dari rumah sambil mengheret Jisoo.

Tn.Hong jatuh terduduk, air matanya menitis.

Kini permatanya sudah dibawa pergi.

"Sunhee!!! Yah!! Kim Sunhee!! Kau!! Hiks Joshua anak appa!!" Tn.Hong meraung disitu.

"Hiks Joshua!!! Jangan tinggalkan Seungcheol!!" Pn.Choi terus memeluk dan menenangkan anaknya walaupun dia tau pasti perit untuk Seungcheol yang baru sahaja berumur 5 tahun melihat semua ini lagi-lagi kawannya yang sendiri dibawa pergi seperti itu.

End flashback~~

"Lepas je 3 hari baru pihak polis dapat tangkap omma Jisoo and waktu tu..." Seungcheol mengelap air matanya, aku tau pasti sukar untuk dia. Sedangkan aku waktu tu boleh jadi gila sebab tak dapat jumpa Jisoo apatah lagi Seungcheol.

"Diorang jumpa Jisoo terkurung kat satu bilik bawah tanah, badan dia berbirat, luka sana sini lagi-lagi kat lengan dan paling teruk kepala dia berdarah banyak, memang dia parah sangat waktu tu tak dibagi makan minum" sambung Seungcheol. Aku menekup muka ku, terasa ngeri apabila membayangkannya.

Jisoo, kenapa semua ni kena berlaku kat kau?

"Paru-paru dia kering, jantungnya tiba-tiba jadi bengkak, waktu tu pun aku tak boleh jumpa dia tup tup appa dia dah bawa dia pergi LA rawat kat sana" air mataku hampir jatuh mendengar cerita Seungcheol.

Macam mana dia boleh teruskan hidup dia dengan gembira? Kenapa kau tak bagitau semua ni kat aku? Wae?!

"Omma dia mana?" Soalku.

"Omma dia sekarang tengah dirawat dekat hospital mental Seoul, Jisoo tak tau lagi pasal ni"

"Kadang-kadang aku tabik dengan dia, walaupun omma dia hampir bunuh dia pun dia still nak jumpa ommanya sebab sayang heh" aku tersenyum mendengar kata-katanya, memang tak dinafikan aku memang tabik gila dengan dia. Walaupun dia alami banyak dugaan dia still boleh happy. Kalau la aku boleh jadi macam dia hmm.

"Kau dah tahu semuanya jadi..."

"Aku marah kat dia lagi sebab dia tak bagitau perkara sebenar" ujarku datar, senyuman tadi terus pudar.

"Dia simpan benda tu bersebab" ujar Seungcheol.

"Masalahnya aku keluarga angkat dia kot dia boleh mengaku yang dia kawan lama aku"

"Macam ni lebih baik kau bincang dengan dia" cadangnya.

"Hmmm" aku hanya mengangguk, aku memandangnya dari wajahnya dia seperti nak bagitau sesuatu tetapi dia terus menggelengkan kepala.

Aku harap tu bukan benda penting pasal Jisoo.

________

Huhuw sorry la kalau tunggang terbalik, huhuw inipun ada masa sikit terus taip

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now