66

765 113 30
                                    

Taehyung mengerucutkan bibirnya bosan, selepas sahaja dia melepak dengan Jisoo dua jam yang lalu, dia kembali ke wadnya tetapi itulah Kim Taehyung adalah manusia yang tak reti duduk diam jadi dia ambil keputusan untuk hirup udara segar di taman sebab dah terlebih bau ubat kat dalam hospital ni.

Di taman, jejaka itu memandang sekeliling menikmati udara segar kadang kala dia akan menegur pesakit-pesakit yang turut berada disitu, langkahnya terhenti apabila matanya terpandang Jisoo yang termenung duduk di bangku tidak jauh darinya. Dengan berani jejaka itu cuba menghampiri Jisoo yang masih tidak perasan akan keberadaannya.

"Hai" tegur Taehyung, jejaka bermata seperti kucing itu tersentak perlahan lalu menoleh memandang Taehyung yang sedang tersengih tidak bersalah.

"Oh hai" sapanya kembali apabila sedar orang yang menegurnya adalah Taehyung.

"Boleh aku duduk sebelah kau?" Soal Taehyung takut-takut, mana tau Jisoo nak berseorangan tak nak diganggu.

"Kau ada nampak papan tanda mengatakan haram duduk sebelah aku ke? Duduk jelah" jawab Jisoo sempat menambahkan ayat sindiran.

"Hehe sorry" Taehyung menggaru kepalanya kekok lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jisoo.

"Bila kau boleh keluar dari hospital?" Tanya Jisoo apabila lama mereka mendiamkan diri dengan situasi yang kekok.

"Esok" jawab jejaka itu, Jisoo menganggukkan kepalanya lalu kembali diam, menikmati pemandangan di hadapannya.

"Jisoo, waktu aku tak sedarkan diri aku mimpi kau ada dalam mimpi aku, kita main sama-sama" cerita Taehyung, kalau boleh dia nak simpan tentang apa yang dia mimpi tapi lepas je tengok wajah Jisoo terus dia rasa nak luahkan semuanya.

"Wow hebatlah" komen Jisoo bersahaja seperti tidak terkejut dengan apa yang diceritakan oleh jejaka itu.

"Sebelum aku sedar, aku mimpi kau suruh aku janji dengan kau jangan menangis pasal kau, jaga diri dan cuba terima kawan yang lain" kata Taehyung lalu dia memandang wajah Jisoo lama.

"Waktu tu aku pelik sangat tapi aku iyakan aje la rupa-rupanya memang betul kau nak tinggalkan aku" sambungnya lirih, dia menundukkan kepala tidak memandang Jisoo yang sudah memasang wajah bersalah.

"Aku takkan tinggalkan kau" balas Jisoo tegas.

"Tipu! Sampai kau je semua tipu!!" Bentak Taehyung, dia tak boleh percaya sangat apa yang Jisoo kata kat dia kadang-kadang.

"Eh kau ni aku betul-betul takkan tinggalkan kau, kau kena janji akan tunggu aku sampai habis pembedahan aku" pujuk Jisoo dengan penuh berharap Taehyung mempercayainya.

"Tak nak janji!! Kau tu suka mungkir janji!!" Taehyung menggelengkan kepalanya laju, dia dah penat dengan semua janji-janji anak Hong ni.

"Eh mamat ni aku luku juga kejap lagi" rungut jejaka itu geram, semua benda tak nak mengada.

"Tapi.. aku tak nak kehilangan kau..." sampuk Taehyung dengan wajah memelas, tengok ayat 'tak nak' keluar lagi.

"Ye aku tau! Aku janji aku takkan tinggalkan kau! Kita jawab exam sama-sama, graduate sama-sama kalau boleh kerja pun nak sama-sama" ujar Jisoo bersungguh-sungguh.

"Awek?" Taehyung mengangkat sebelah keningnya nakal, waktu-waktu macam ni sempat lagi fikirkan pasal awek.

"Ikut suka kau la nak cari awek sama-sama janji bukan orang yang sama sudah" kata jejaka itu malas.

"Wokay bos"

"Janji ye kau takkan tinggalkan aku?" Jisoo menghela nafas berat, penatlah kalau asyik tanya ayat yang sama je nanti dapat jawapan yang sama juga.

"Ye aku janji!!"

"Kalau kau mungkir janji?" Jisoo mengerutkan dahinya memandang Taehyung yang sudah memasang wajah sedih.

"Kau cium bibir aku" gurau Jisoo cuba untuk membuat Taehyung tersenyum kembali dan iainya menjadi.

"Ewwww" Taehyung tergelak kecil lalu menolak bahu jejaka itu perlahan.

"HOHOHO"

"Aku lempang muka kau la" cadang Taehyung, dia memandang tangannya dan wajah Jisoo, hmm tangan dia lagi besar dari wajah jejaka itu mesti sedap kalau lempang.

"Iyolah" Jisoo menggulingkan biji matanya, mengalah jelah janji Taehyung bahagia.

Selepas itu, mereka kembali bergelak ketawa dengan lawak-lawak hambar sesekali mereka saling tampar menampar cuba untuk merasa gembira semampu yang mungkin untuk hari ini kerana mereka tidak tahu apa yang akan jadi pada keesokkan harinya.











________________

Pendek aje hiks sorry woi lambat update tapi ni pun last update juga sebab nak hiatus kejap

uwu maaf ye semua kerana buat anda semua menunggu harap takde yang lupakan story ni

Btw enjoyyyy

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now