68

435 92 16
                                    

Setelah sejam Junmin sudah pulang, pintu wadnya ditendang oleh seseorang membuatkan Jisoo segera bangun dari perbaringannya, kelihatan wajah rakan-rakannya sedang menatapnya dengan wajah nak menangis lagi-lagi wajah Chan.

"Erm.. hai?" sapa Jisoo pada rakan-rakannya yang masih tercegat di hadapan pintu.

"Hyung!!" Chan berlari masuk ke dalam wad lalu memeluk Jisoo dengan erat.

"Alolo kenapa Chan menangis ni?" soal Jisoo sambil mengusap rambut si maknae dengan lembut.

"Chan tak nak hyung pergi tinggalkan kitaorang... kita baru je kenal tak sempat nak jalan-jalan dengan hyung lagi" luah Chan sedih.

"Jangan risau hyung akan selamat, hyungkan kuat nanti hyung dah sihat kita spent time sama-sama ye?" pujuk Jisoo, Chan terus meleraikan pelukannya pada jejaka itu memandang hyungnya dengan senyuman lebarnya.

"Jinjja?! Janji tau hyung!!" kata si maknae dengan penuh berharap.

"Okok, janji"

"Aik janji dengan Chan je? Kitaorang?" sampuk Jihoon yang sememangnya dari tadi tengok drama si maknae dan Jisoo. Nak jeles tapi yang lain sakat dia pula hmmm.

"Ye aku janji dengan korang juga" ujar Jisoo, kang tak cakap janji takut ada yang merajuk nanti kang.

"Kalau kau mungkir janji aku takkan maafkan kau" Seungcheol membuat wajah serius, padahal dia memang tengah serius pun cuma Jisoo tengok macam dia main-main.

"Iyelah Choi Seungcheol" Jisoo menggulingkan biji matanya, menyampah dengan si unta jadian sekor ni.

"Hyung!! Nanti kitaorang akan rindukan hyung!!" jerit Mingyu lalu memeluk Jisoo diikuti yang lain, tinggal member tertua sahaja yang berdiri statik melihat adik-adik mereka memeluk Jisoo.

"Jeonghan? Seungcheol? Tak nak peluk aku ke?" Jisoo mengangkat kening sebelahnya, memandang kedua rakan sebayanya setelah yang lain meleraikan pelukan mereka.

"Gila tak nak!! Huwahhh Jisoo!!" Jeonghan terus berlari memeluk Jisoo, cuba menahan tangisannya yang bila-bila sahaja boleh pecah diikuti Seungcheol yang sudah memeluknya dari belakang.

"Hyung kena lawan tau!!" kata Seungkwan cuba memberi semangat pada Jisoo untuk pembedahannya esok.

"Jangan putus asa kat dalam bilik bedah tu!!" ucap Seokmin yang turut tidak kalah kuat suaranya seperti Seungkwan tadi.

"Kalau hyung sihat nanti Soonyoung belanja kek lobak merah kegemaran hyung!!" ujar Soonyoung, jarang-jarang tau dia offer nak belanja orang ni selalunya dia yang minta orang belanja dia.

"Nanti aku belanja hyung lamboghini" kata Junhui dengan penuh bangganya, yang lain termasuk Jisoo dah buat muka jijik mendengar sembang terlebih kencang dia tu.

"Tipu je tu nanti dia bagi hyung lembu camgini je" celah Wonwoo yang dah masak dengan perangai rakannya.

"Kuanghajor" Junhui memandang Wonwoo tajam, berura-ura hendak wushu jejaka berkaca mata itu di wad Jisoo tapi nasib sempat ditahan oleh Jeonghan.

Jisoo tersenyum manis apabila melihat rakan-rakannya tak henti berceloteh tentang sekolah dan cadangan mereka hendak bercuti bersama setelah Jisoo kembali sihat, tak lupa juga si Hansol yang sempat lagi tertidur di sebelah Jisoo dengan mukanya berconteng dikerjai si Minghao, mereka luangkan masa bersama sehingga tidak sedar hari sudah berginjak malam apabila sudah dihalau nurse mereka pulang setelah memberikan pelukan selamat tinggal pada Jisoo.

"Terima kasih untuk kenangan yang indah" ucap Jisoo perlahan sambil melihat pintu wadnya sudah ditutup rapat oleh Jeonghan.

Jisoo mengeluh perlahan, dia mengusap dadanya. Riak wajahnya bertukar menjadi murung apabila mengingatkan esok dirinya akan dibedah.

"Maaf jika aku akan mungkir janji kita nanti"





____________
Sorry kalau ayat aku tunggang terbalik

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now