38

1.1K 196 28
                                    

"Hah nak bincang apa?" Tanya Jisoo selepas mereka sudah duduk di bangku di tasik yang kini tak ramai orang. Memang la tak ramai sekarang baru pukul 3 petang kemain lagi panas.

"Aku tau yang kau dan Taehyung adik beradik angkat" Jisoo termangu seketika.

"Macam mana hyung tau?" Soal Jisoo tak percaya.

"Pagi tadi aku nak pergi rumah Taehyung kejap and then aku ternampak kau dengan Taehyung lagipun kau panggil mak bapak Taehyung omma dan appa kan?" Jisoo hanya mengiyakan saja.

"Alah rilek la aku bukan nak bunuh kau tak payah la pandang aku seram" tegur Yoongi apabila Jisoo dari tadi hanya memandangnya macam nak telan.

"Sepatutnya kau jangan seram kat aku tapi kat Jimin" kata Yoongi.

"Kenapa nak seram kat dia? Dah la lagi pendek dari aku" kutuk Jisoo.

"Eh kau kutuk budak ketot tu? Kau ingat dia kecil dia tak boleh buat apa-apa? Sekarang ni dia tengah cari maklumat pasal kau tau maybe dia nak balas dendam" Yoongi membesarkan biji matanya untuk menakutkan Jisoo lagipun Yoongi dan masal dengan perangai Park Jimin tu.

Mata sepet ada hati nak besarkan mata tu sama je sepetnya.

"Pergghhh pahal dengan jantan tu? Psikonya" Jisoo menolak muka Yoongi tanpa bersalah. Hyung tak hyung apa dia kesah janji tolak muka.

"Kuanghajor! Kau marah dia tapi kenapa kau lepaskan kat aku?!" hambur Yoongi geram.

Jisoo hanya menjelirkan lidahnya.

"Dan lagi satu aku nak tanya" Jisoo mengangkat kening, wajah Yoongi serta merta menjadi series.

"Kau sakit kan?" Jisoo terdiam mendengar soalan dari Yoongi.

"Diam maknanya setuju" Yoongi mengangguk faham.

"Eiii mana ada!!"

"Alah ngaku jelah fikir aku tak tau? Hahhhhhh" Jisoo menjeling Yoongi yang berada disebelahnya, rasa nak sepak-sepak je mamat mayat hidup ni.

"Hyung lagi psiko dari Jimin"

"Eh of course" kata Yoongi riak lagikan takbur. Jisoo hanya diam malas nak layan riak takbur Min Yoongi itu.

"Kau... sakit apa?" Soal Yoongi apabila lama mereka mendiamkan diri.

"Aku mana ada sakit!!" Tipu Jisoo walaupun memang terang-terang Yoongi dah tahu yang dia memang sakit tapi dia tetap tak nak ngaku juga.

Belum sempat Yoongi ingin membuka mulut ada orang lain yang potong dahulu.

"Jisoo, kau sakit??" Jisoo dan Yoongi terkaku apabila ada seseorang yang menegur mereka dari belakang.

"T-taehyung" Jisoo berdiri menghadap Taehyung yang terdiam memandang Jisoo dengan tajam.

Taehyung yang sememangnya nak balik terhenti langkahnya apabila melihat Jisoo dan Yoongi sedang berborak, dia pun pergi kearah mereka ingatkan saja nak kejutkan mereka dari belakang tapi lain ceritanya apabila dia terdengar mereka berdua berborak pasal dirinya dan Jisoo terus tak jadi dia nak kacau. Taehyung hanya diam membatu dibelakang mereka, Taehyung dengar semuanya dari mula sampai akhir mereka berborak.

"Berapa lama kau ada kat belakang tu?" Soal Yoongi rilek. Cuba untuk menyembunyikan paniknya.

"Lama juga la cukup untuk dengar perbualan korang dari mula sampai akhir" sindir Taehyung.

"Taehyung, seb—

"Hyung, stop! Takpe hyung pergi balik rehat biar aku yang settlekan semua ni" Taehyung terus menarik hoodie Jisoo meninggalkan Yoongi yang masih mengeluh.

"HUHUWW AKU KENA CULIK LAGIII" jerit Jisoo kuat siap meronta lagi tetapi Taehyung hanya abaikan dan terus menarik Jisoo balik ke rumah. Mukanya sumpah ketat.

Yoongi yang melihat mereka berdua dari jauh hanya mengetap bibirnya.

"Habislah Jisoo"

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now