49

1K 163 34
                                    

Sebelum terjadinya kejadian itu~~

Setibanya Taehyung di Cafe, dia mencari kelibat Jimin. Dia mula menghampiri Jimin apabila sudah jumpa keberadaan kawannya.

"Kau nak apa Jimin?" Taehyung duduk di hadapan Jimin, seorang waiter menghampiri meja mereka tetapi Taehyung menggeleng, waiter itu menunduk lalu pergi dari situ.

"Nah" Jimin menolak satu fail nipis di hadapan Taehyung.

"Apa benda ni?" Dengan tertanya-tanya Taehyung mengambil fail itu lalu diselak.

"Baca la" Jimin tersenyum nipis.

Taehyung mengerutkan dahinya, apa semua ni? Biodata Jisoo, berserta nama omma dan appa Jisoo tak lupa juga latar belakang Jisoo sudah sedia ada di dalam fail itu.

"Joshua Hong? Hong Jisoo?" Taehyung yang masih keliru memandang rakannya.

"Aku syak tu kawan lama kau yang dah lama kau tak jumpa" Jimin mengeluh perlahan. Dia dah lama syak yang Jisoo tu kawan lama Taehyung lagipun dia dah janji dengan diri sendiri untuk gembirakan Taehyung dengan mencari kawan lamanya. Tak sangka selama ni Joshua hanya ada di depan mata mereka sahaja.

"Mustahil la dia imaginasi aku je" Taehyung menggeleng perlahan. Tak mungkin Jisoo yang kini menjadi adik beradik angkatnya adalah Joshua. Tapi hatinya kuat mengatakan sebaliknya.

"Kau series? Jangan cuba buang perasaan kau Taehyung"

"Pasal family dia tu... mak dia sebenarnya ada penyakit mental" Taehyung terdiam mendengar penjelasan dari Jimin.

"Kenapa dia tak bagitau aku?" Soal Taehyung kecewa, kenapa kena orang lain yang tahu dahulu sedangkan Jisoo ada banyak peluang untuk bagitau semua ni.

"Sebab dia anggap kau bukan siapa-siapa" tebak Jimin.

"Haha. Tipulah la dia anggap aku macam tu, kitaorang kawan kot" Taehyung cuba menyedapkan hatinya tetapi Jimin menggeleng perlahan.

"Kalau kawan kenapa dia tak mengaku yang kau tu kawan lama dia?" Soal Jimin serdas membuatkan Taehyung terdiam kali kedua. Betul juga apa yang dikatakan Jimin.

"Mana kau tahu ni?"

"Aku dengar perbualan Seungcheol dengan Jisoo"

"Kau tipu!!" Jerit Taehyung, keadaan di Cafe mula senyap. Semua memandang Taehyung dengan terkejut.

"Tak percaya sudah aku just bagi benda yang betul je"

"Jadi betullah dia Joshua? Kawan lama aku?" Soal Taehyung sekali lagi, Jimin bangun dari duduknya. Dia menepuk bahu Taehyung lalu pergi meninggalkan Taehyung yang terpaku disitu.

Eh tagune.

Taehyung memandang pintu itu dengan lama, otaknya serabut dengan situasi sekarang ni lagi-lagi dia kena hadap muka Jisoo sekejap lagi.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, dia terdengar satu jeritan yang membuatkan jantungnya tersentak.

"Joshua!!!"

"Jadi betul la..." Taehyung mengundur setapak lalu pusing kebelakang keluar dari perkarangan rumah.

Hatinya yang terasa sakit diabaikan. Jiwanya meronta menyuruh dia berpatah balik tetapi dia tidak endahkan. Hanya air mata sahaja yang mengalir keluar memberitahu perasaannya yang sekarang.

Dia tahu sesuatu menimpa pada Jisoo tetapi disebabkan ego dia abaikan.

Taehyung mengabaikan bunyi yang huru-hara di dalam rumah lalu bergegas pergi dengan marah. Pergi mana? Kemungkinan dia terjah rumah Seungcheol.

+++

"Bagitau dia" Junmin mencucuk lengan Tn.Hong tetapi ditepis oleh lelaki tua itu.

"Tak nak"

Kini mereka berada di taman hospital. Nasib baik la Pn.Hong dah tidur jadi senang nak seludup selamatkan diri.

"Bagitau pak cik"

"Tak nak"

"Bagitau!!"

"Tak nak!!!" Junmin mengusap mukanya dengan kasar. Frust.

"Eh pak cik ni kita luku hidung dia nanti kang!!" Ugut Junmin geram dia dah ready pegang penyapu entah mana dia rembat.

"Jangan nak jadi derhaka sangat eh!!" Dia terus baling penyapu tu jauh-jauh tak jadi nak luku lepas terkena serdas.

"Bagitau jelah! Apa yang susah sangatnya? Eh eh orang tua ni" Tn.Hong menjeling Junmin yang duk sebok usap dada sendiri.

"Aku tak bersedia lagi la.. aku takut peristiwa tu berulang lagi"

"Takkan punya bawa Jisoo tengok omma dia pun dah memadai" Junmin menepuk bahu Tn.Hong persis tepuk bahu member sendiri.

"Hmmm" Tn.Hong menepis tangan Junmin sekali lagi. Junmin mencebik bibir.

"Hah elok la tu patutlah anaknya keras kepala, bapak dia pun sama" memang tak dinafikan yang Jisoo lebih banyak ikut perangai appa dia dari ommanya. Salah satu contohnya dua-dua keras kepala.

"Ishhh nanti la aku fikirkan"

"Bagusssss" Junmin terus ber-aju nice disitu.

Tn.Hong menggelengkan kepala melihat terlatah Junmin itu. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dilihat orang yang menelefon dirinya itulah Tn.Kim dengan rasa tidak sedap hati dia mengangkat call itu.

"Apa?!" Terus berdiri Tn.Hong mendengar apa yang dikata oleh si pemanggil.

Junmin yang berada disebelah Tn.Hong pula terus melatah.

"Apa?! Kenapa?! Dimana bila kau!! Eishh pak cik ni terkejut aku! Kenapa ni?" Soal Junmin.

Tn.Hong terus menampor Junmin. Fuhh hampir tercarut dia kat situ nasib baik sempat tahan.

"Jisoo dia masuk hospital lagi" Tn.Hong memandang Junmin.

"Hah?! Haih memang layak la gelarkan hospital tu rumah kedua dia" ujar Junmin lalu menggaru hidungnya.

Pak!

"Aduhh sakitlah" dia mengusap kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Tn.Hong.

"Mulut tu kan haishh rasa nak stepler je dah jom pergi" Belum sempat Junmin nak buka mulut, Tn.Hong dah menarik lengan Junmin. Nak tak nak dia redho jelah kena tarik.



__________

Sorry lambat update

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now