26

1.3K 215 26
                                    

"cantik rumah kau" puji Taehyung.

"thanks" Seungcheol hanya tersenyum kekok.

"nak aku hidangkan air ke?" Taehyung menggeleng.

"aku baru je sarapan tak payah la" kata Taehyung.

"hmm aku nak mandi dulu kau duduk la kat sofa kejap" Taehyung mengangguk lalu melabuhkan punggungnya diatas sofa, segera Seungcheol naik keatas untuk mandi.

"sunyinya ni mesti omma dengan appa dia pergi luar negara ni" kata Taehyung perlahan membuat andaian sendiri.

Akibat tidak tahan dengan kebosanan yang melampau, Taehyung berdiri lalu mentawaf satu rumah.

Nampak sangat memang bosan sangat.

Tak cukup dengan tawaf kat tingkat bawah, giliran tingkat atas pula tempat dia pergi tawaf.

Sibuk sangat melihat sekeliling dengan tidak sengaja Jisoo memasuki bilik Seungcheol kerana bilik itu je yang pintunya terbuka.

Taehyung melihat pintu bilik air yang masih tertutup rapat maka muncullah senyuman nakal di bibir Taehyung.

Misi tawaf bilik Seungcheol bermula.

"fuhh nampak moden gila bilik dia mesti anak tunggal macam aku" Taehyung mengangguk kepala.

Tiba-tiba Taehyung terpandang satu bingkai gambar di atas meja kecil sebelah katil Seungcheol.

Taehyung menilik gambar itu.

Kelihatan dua orang budak lelaki sedang berpelukan bahu serta senyuman yang begitu manis diberikan.

Taehyung mengerutkan dahi, dia pasti budak dibelah kiri itu Seungcheol tapi budak yang dibelah kanan seperti seseorang yang dia kenal.

"hmmm macam aku kenal muka ni" kata Taehyung perlahan, tanpa buang masa Taehyung mengeluarkan telefonnya untuk menangkap gambar supaya dia boleh tengok dirumah nanti

Tiba-tiba pintu bilik air terbuka dengan kalut Taehyung meletakkan balik gambar itu lalu bersandar di birai katil acah gentle.

"WARGHH!!" terjerit Seungcheol secara refleks dia memeluk badannya yang separuh naked kerana terkejut yang tiba-tiba sahaja berada di atas katilnya sial buat muka dingin lagi.

"macam mana kau boleh sesat sampai masuk bilik ni?!" tanya Seungcheol geram.

"aku saja je tawaf sekali termasuk bilik kau" jawab Taehyung selamba.

"dah keluar aku nak pakai baju ni" halau Seungcheol.

"sebelum aku keluar aku nak tanya siapa budak ni dalam gambar tu" Taehyung mengambil bingkai gambar itu lalu tunjuk kepada Seungcheol.

Mulut Seungcheol terkunci.

"k-keluar!!! Aku nak pakai baju!!" Seungcheol mengambil bingkai gambar itu semula lalu menolak Taehyung sehingga berada di depan pintu.

"alorh kau ni btw aku baru perasan kau berotot rupanya ingatkan kering" Taehyung cuba membuat lawak tetapi Seungcheol hanya menayang muka datar.

"ok aku tunggu kat bawah" kata Taehyung mengalah.

Seungcheol menutup pintunya, dia meletakkan kembali bingkai gambar itu di atas meja kecilnya.

Seungcheol menyerabaikan rambutnya yang basah.

"haishh Joshua mian... aku ni kawan yang terukkan?" Seungcheol menatap gambar itu lama lalu dia mengeluh.

"memang teruk"

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now