22

1.3K 207 10
                                    

Malam sudah tiba, selepas sahaja makan malam Jisoo meluru masuk ke dalam bilik untuk bersiap berjumpa dengan Seungcheol.

Nasib baik Jisoo sudah meminta izin kepada Pn.Kim jadi senang sikit dia nak curi-curi keluar tanpa pengetahuan Taehyung.

"ok siap!!" Jisoo mengambil topinya lalu dipakai, dengan perlahan dia keluar dari bilik.

Bilik Taehyung yang berada di sebelahnya dipandang sekilas, kedengaran bunyi muzik di dalam bilik Taehyung.

"main game la tu" kata Jisoo perlahan. Dengan cepat Jisoo keluar dari rumah.

Tetapi Jisoo tidak sengaja tertutup pintu dengan kuat, Taehyung yang baru main game mula tersentak.

"omma!!!" Taehyung keluar dari biliknya.

"apa?" Pn.Kim menghampiri anak bujangnya.

"siapa keluar?" tanya Taehyung, dia berharap sangat bukan Jisoo yang keluar.

"Jisoo keluar katanya dia nak jumpa kawan" jawab Pn.Kim.

Damn.

Taehyung terus masuk kedalam bilik untuk mengambil jaket, dompet dan telefon.

"kamu nak pergi mana?" soal Pn.Kim hairan.

"suatu tempat!! Ok la omma bye!!" Taehyung terus keluar dari rumah, Pn.Kim yang berasa pelik hanya mempu memandang pintu itu terbuka luas.

"dah kenapa dengan Taehyung ni?"

+++

Jisoo yang baru sahaja tiba di taman permainan lama mula menelefon Seungcheol.

"Seungcheol kau kat mana?" Jisoo meneliti setiap kawasan di taman permainan itu.

Taman permainan itulah yang menjadi tempat dia dan Seungcheol selalu bermain setiap petang dan taman itu tempat dimana Jisoo dan Taehyung bertemu sekali.

//sorry Jisoo aku tak dapat datang, aku ada hal sorry tau//

Jisoo mengeluh, nasib baik dia pergi naik bas kalau jalan kaki buat buang tenaga je.

"hmm takpelah lain kali kita bincang" kata Jisoo.

//ok!! Jaga diri elok-elok tau!! Bye//

"bye..." Jisoo menutup telefonnya.

"haishh kena balik jalan kaki la jawabnya" rungut Jisoo.

"dah la bawa duit tadi cukup-cukup takpe Jisoo engko kuat" kata Jisoo memberikan semangat kepada diri sendiri.

Sedang Jisoo berjalan tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang.

"ahh maaf!!" orang itu menunduk maaf kepada Jisoo.

"takpe-takpe" Jisoo membetulkan bajunya lalu Jisoo memandang orang itu.

Orang itu pun memandang Jisoo, serta merta riak wajahnya berubah.

Jisoo terkelu.

"Jisoo? Buat apa kat sini?" soal orang itu curiga.

"a-appa"

Hah sudah.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now