17

1.6K 221 102
                                    

"asal kau ni kejam sangat sampai tinggalkan dia?" Jisoo hanya diam, mendengar sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Yoongi.

"kau tau tak disebabkan kau la dia menderita" sekali lagi Jisoo hanya diam.

"hidup jangan nak jadi fake sangat boleh tak?! Bagitau jelah benda perkara yang sebenar!!"

"hanat! Disebabkan kau dia menderita!!"

"siapa nak tanggung derita dia tu?! Takkan aku?!"

"dah sayang tu cakap sayang!!"

"hyung dah habis belum marah kat orang bawah tu?" Jisoo memandang Yoongi yang sebab bebel kat seorang lelaki dan perempuan yang kelihatan mereka sedang bergaduh.

Maklum la diorang bincang kat bumbung sekolah last-last Yoongi bebel bukan pasal Jisoo tapi orang lain.

"dah-dah hehe" sengih Yoongi.

"tau la alone takde awek" kata Jisoo perlahan.

"kau kata apa tadi?" tanya Yoongi blur mungkin dengar samar-samar sahaja.

"hehe takde apa-apa"

"jadi kau Joshua Hong?" tanya Yoongi series, Jisoo hanya mengangguk.

"asal kau tinggalkan dia dulu?"

"yang tu peribadi sikit la hyung" Yoongi mengangguk faham.

"tapi kenapa tak maklumkan dia awal-awal? Sejak kau tak muncul tu dia setiap petang datang taman tu kalau hujan? Dia redah je janji dia dapat jumpa kau nak tau sebab apa? Sebab kau kawan pertama dia" terang Yoongi jujur.

"m-masa tu aku ada masalah sikit jadi aku tak boleh nak bagitau lepastu aku terus pergi airport" jawab Jisoo serba salah.

Tetapi Jisoo tidak menceritakan pun bahawa dia pun menunggu Taehyung sebelum pergi ke airport.

"and then bila kau dah muncul balik kau tak nak terus terang kat dia?" Jisoo tersenyum kecil.

"kenapa nak bagitau dia? Kalau bagitau atau tak bagitau sama je dia akan marah, biarlah nanti dia tahu juga perkara sebenar" Jisoo bermain dengan jarinya.

"degil" cebik Yoongi.

"janji ye hyung jangan bagitau siapa-siapa" Jisoo memandang Yoongi dengan harapan.

"ye aku janji takkan bagitau sesiapa hmm kalau bagitau Seokjin hyung boleh?" Yoongi senyum nakal.

"TAK BOLEH!!"

"Alah yelah-yelah aku gurau je" Yoongi menepuk bahu Jisoo.

"goodluck layan karenah Taehyung tu, sejak kau pergi macam tu je dia jadi dingin dan biadap sikit" Jisoo mengangguk.

"hmm kalau bagitau Taehyung?"

"hyung please shit up"

"kau carut ok ok kotunggu kotunggu" Yoongi menunding Jisoo dengan bengang.

"ermm hyung"

"......"

"lah merajuk ke? Hiyunggg~~"

"setan meremang la bulu roma aku"

"sorry-sorry btw kat mana dewan?"

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now